Positive Mind. Hindari cas negatif.

Salam Ramadhan..

Kita nak buka puasa ni.. lepas tu pergi makan dekat restoran terdekat yg servis paling cepat. Waiter tu datang... Dia tuang air.

Gelas 300 ml di isi air sehingga takat 150ml.

Separuh Penuh atau Separuh Kosong?

Itu satu jawapan yang akan memberi hint apa persepsi kita tentang satu perkara.

Ada manusia yang terus dapat air tu, then rasa penuh kesyukuran dan tak demand apa-apa dah.
Ada manusia yang nampak gelas tu separuh kosong dan bising tak memasal.
Ada manusia yang tak heran pun dan terus minum sebab dah haus sangat. Ye la.. Bulan puasa kan.
Ada manusia, panggil balik waiter, minta dia tambah balik sampai penuh.
Ada manusia, pergi drink counter sendiri, dan tambah sendiri air tu.
.
FH lagi mudah kata kan gelas tu separuh penuh dan harap dapat penuhkan lagi gelas tu nak nak kalau air tu air sirap. Hehe.

Dua tiga minggu ni FH dapat jumpa dengan beberapa jenis orang yang macam FH cakap kata atas. Bukanlah pasal cara mereka air yang sampai 150ml. Tapi bagaimana mereka berhadapan dengan sesuatu perkara.

Banyak FH belajar dari mereka.

Sekarang cuba senyum.

Rasa macam mana?

Ada rasa lega sikit tak? Menurut website yg FH baca ni, stres hormon macam cortisol, epinephrine, dan dopamine akan turun bila kita senyum.

Tak percaya?

Cuba fikirkan masalah sambil buat muka senyum.

Berjaya tak? Haa... Sebab bila kita senyum je, seluruh badan secara mentalnya terus jadi "I feel good!". Jadi kita tak akan rasa susah hati.

Malahan, problem pun kita akan rasa macam cabaran.

Untuk jadi seorang yang positif, kita kena selalu belajar didik diri sendiri.. walaupun hidup tak semua nya indah, Kalau kita pandang ia dari sudut yang positif, segalanya nampak mudah walau susah mana pun jalan penyelesaiannnya.

Jadi positif bererti, kita tidak mudah di kalahkan oleh orang yang cuba jatuhkan kita.

Jadi positif bererti, kita akan selalu menang walaupun seluruh dunia kalah.

Jadi positif bererti, kita akan selalu bertahan dalam segala kepayahan.

Jadi positif bererti, kita akan selalu tabah melawan penyakit hati dan fizikal.

Semoga kamu-kamu jadi positif dan buang jauh2 cas negatif.

Semoga berjaya!

Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines