Review: Perempuan Nan Bercinta by Faisal Tehrani
Nama lainnya; "Syi'ah for Dummies"
Nama novel : Perempuan Nan Bercinta
Halaman : 410 mukasurat.
Penerbit : Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM)
No Resit : ITNM002322
Harga : RM35 (sebelum diskaun 20 %)
No Resit : ITNM002322
Harga : RM35 (sebelum diskaun 20 %)
Cetakan pertama 2012.
Perempuan Nan Bercinta bernada romantis. Melihat kepada tajuk sahaja sudah terbau ada kesyahduan di dalam bait-bait dialog di antara watak-watak yang dihidangkan kepada khalayak pembaca. FT mengetengahkan 4 wanita nan bercinta dalam konteks kehidupan mereka dan bagaimana mereka menjalani perasaan itu dalam meneruskan percintaan yang diyakini.
Tengku Idora, seorang feminis yang tekad memperjuangkan isu wanita sejagat. Topik yang dicintainya sejak usia remaja. Tengku Zanjabila, adiknya seorang pencinta suaminya sejak pertemuan kedua. Siti Fatimah Ali Taqi, pencinta ilmu dan sejarah yang sanggup berkampung halaman di Bika, Lubnan demi mendalami perjuangan Hezbollah. Serta Khadijah, wanita Acheh yang mencintai suami dan anaknya.
Tidak kurang juga beberapa watak wanita yang kuat menzahirkan peranan wanita sebagai 'bunga' indah dalam menggerakkan plot yang bergerak secara linear dan diselang selikan dengan plot imbas kembali.
FT bijak menyeimbangkan jiwa bara perempuan-perempuan dengan jiwa tenang watak-watak lelaki. Lelaki di dalam Perempuan Nan Bercinta (Bastian, Hashemi, Mustafa Chamran, Dr Ali Taqi) juga seorang nan bercinta dan mereka sememangnya berperibadi sebagai pelindung kaum wanita seperti firman Allah swt:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.."
(Surah An-Nisa' , Permulaan Ayat 34)
Bingkai utama mengisahkan hubungan persaudaraan antara watak yang saling berkaitan samada pertalian darah, kekeluargaan dan juga aliran agama. Kisah mengenai mereka diselingkari insiden pertembungan dunia Syiah dan Sunni pada masa silam dan terkini, pergolakan di Lubnan dan perjuangan Hezbollah dan kelahiran feminis Islam di kalangan penganut fahaman Islam Liberal.
Pernah kah anda terserempak dengan siri buku "........................." for Dummies di stor buku yang dikunjungi?
(Gambar Sekadar Hiasan dan Rekayasa Penulis Blog)
Itulah tujuan dan matlamat penyampaian maklumat tentang Syiah di dalam buku ini. Memberi pencerahan dan penjelasan kepada bukan Syiah mengenai fahaman Syiah dan mengapa harus diyakini bahawa Ahlul Bait itulah yang paling berhak meneruskan kelangsungan dakwah Islam dan bukannya para sahabat.
Sebagai seorang yang lahir dalam aliran Sunni, saya tidak banyak didedahkan dengan fahaman Syiah secara mendalam. Disaat membelek-belek halamannya, ada momen momen yang dirasakan seperti memerli sikap prejudis golongan Sunni terhadap golongan Syiah. Sunni digambarkan bersikap eksentrik dan menganggap Syiah sebagai aliran agama Sesat sehinggakan FT terpaksa menggali semula sejarah dan mendedahkan aliran Islam asal penduduk Tanah Melayu sebelum kedatangan Ulama Sunni.
Landskap politik Islam di Malaysia masakini sedikit unik kerana majoriti penganut Islam di Malaysia merupakan aliran Sunni. Oleh itu, tidak mustahil mazhab yang menjadi pegangan minoriti dianggap asing oleh khalayak massa. Kemunculan Perempuan Nan Bercinta dianggap salah satu dari cubaan FT untuk menzahirkan wacana disebalik tuduhan melulu mengenai fahaman Mazhab beliau yang sebenarnya.
Terdapat 4 soalan menarik yang di ajukan Bastian tetapi gagal dijawab oleh Tengku Idora:
1) Bagaimana mungkin Nabi Muhammad boleh diberikan status sebagai nabi akhir zaman sedangkan Nabi Isa alaihissalam dikatakan masih hidup dan akan muncul pada akhir zaman nanti?
2) Mengapakah ibu bapa Nabi Muhammad bukan beragama Islam termasuklah kesemua penjaga-penjaganya iaitu Datuk dan Pakcik nya? Oleh itu, sebagai bukan Islam, Bastian tidak yakin memeluk agama yang ibu bapa Nabi-nya bukan Islam.
3) Mengikut fahaman Islam, para Nabi adalah maksum dan terhindar dari melakukan dosa. Oleh kerana Nabi Muhammad saw adalah penutup para nabi, tidak ada lagi manusia yang maksum selepas Baginda. Bagaimanakah Nabi Isa yang maksum di akhir zaman nanti akan menjadi pengikut kepada Imam Mahdi yang tidak maksum?
4) Nabi Isa diturunkan kepadanya Kitab Injil dan Nabi Muhammad yang dikatakan nabi terakhir membawa Kitab Al-Quran yang menjadi pelengkap segala kitab. Oleh kerana Nabi Isa yang akan menjadi nabi di akhir zaman, sudah tentulah Baginda akan membawa kitab Injil dan bukan nya Al-Quran, bukan?
Bastian menuntut agar segala penjelasan hendaklah berdasarkan logik tanpa bantuan Hadith dan Al-Quran. Saya kira ini juga suatu cabaran untuk pembaca sama-sama diam sejenak dan memikirkan jawapan yang mampu memuaskan Bastian dan mengajak nya memeluk Islam.
Pengakhirannya sedikit twisted apabila Dr Fatimah Ali Taqi mendedahkan pegangannya terhadap mazhab. Pernyataan Dr Siti Fatimah di hujung halaman mengenai wacana beliau terhadap mazhab berbunyi sebegini;
"Terdapat pertanyaan yang tidak dijawab Ahli Sunnah Waljamaah telah dijawab oleh Syiah dengan jayanya, dan kekurangan Syiah pula ditampung oleh Ahli Sunnah Waljamaah"
Saya kira pernyataan itu untuk menyeimbangkan sedikit perjalanan cerita yang lebih berat kepada kefasihan Syiah. Kebanyakan hujah yang dikemukakan adalah untuk menghilangkan rasa curiga terhadap fahaman Syiah samada daripada cendekiawan Syiah mahupun Sunni. Oleh itu, saya kira ada sedikit reverse psychology apabila cuba menyatakan kekurangan Syiah ditampung Sunni walhal tampak kekurangan Sunni yang lebih banyak dipaparkan.
Jika anda adalah Dummies yang tidak memahami ajaran Syiah, saya sarankan anda membaca buku ini. Cuma saya akui, ianya sedikit berat dan tidak santai. Mungkin secangkir kopi dapat membantu jantung anda mengepam lebih banyak oksigen ke otak semasa menerokai dunia Perempuan Nan Bercinta.
Bercinta lah semahu-mahunya!
Selamat Membaca!
Update on 30 April 2014
Novel PNB ini baru sahaja di haramkan oleh KDN kerana kandungan novel ini didapati mempromosikan ajaran Syiah. FH sendiri tidak memiliki sebarang naskhah buku ini kerana dipinjam daripada seorang sahabat. Bagi yang teruja ingin membaca bacaan yang diharamkan oleh KDN ini, it's all at your own risk. Cuma FH merasakan, tindakan mengharaman pembacaan buku umpama menyuruh orang berhenti berfikir. Ada banyak lagi perkara yang patutnya diharamkan oleh KDN tapi mungkin ini adalah tindakan secara berperingkat. Kita nantikan apa pula yang diharamkan selepas ini.
-Yang pasti tindakan tidak menutup aurat dan konsert maksiat itu terang jelas ternyata haram.
Update on 30 April 2014
Novel PNB ini baru sahaja di haramkan oleh KDN kerana kandungan novel ini didapati mempromosikan ajaran Syiah. FH sendiri tidak memiliki sebarang naskhah buku ini kerana dipinjam daripada seorang sahabat. Bagi yang teruja ingin membaca bacaan yang diharamkan oleh KDN ini, it's all at your own risk. Cuma FH merasakan, tindakan mengharaman pembacaan buku umpama menyuruh orang berhenti berfikir. Ada banyak lagi perkara yang patutnya diharamkan oleh KDN tapi mungkin ini adalah tindakan secara berperingkat. Kita nantikan apa pula yang diharamkan selepas ini.
-Yang pasti tindakan tidak menutup aurat dan konsert maksiat itu terang jelas ternyata haram.
Novel terbaru novelist terkenal yg menganut agama Syiah, Faisal Tehrani. Ustaz Aizam Mas'ud https://www.facebook.com/aizam.masud (Panel Bahagian Penyelidikan Akidah, JAKIM) telah menasihati kita supaya berhati-hati dgn kandungan novel ini yg penuh dgn provokasi, doktrin fahaman Syiah dan merendah2kan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Buku ini telah dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 yg lepas.
ReplyDeleteUstaz Aizam yg telah mengkaji keseluruhan kandungan novel ini menyeru supaya ianya tidak dibaca oleh umat Islam, dan dalam kadar keupayaan kita, rampaslah buku ini sekiranya ia dimiliki oleh kenalan2 kita (melainkan utk kajian mereka yg mengetahui bahaya doktrin agama Syiah). Jangan biarkan ianya dibaca oleh org awam kerana mereka yg kurang pendedahan ttg kesesatan Syiah mungkin boleh dipengaruhi.
Ustaz juga menyeru NGO2 Islam supaya membuat laporan polis dan memberi tekanan kepada KDN supaya mengharamkan buku ini. Ustaz juga mengalu-alukan sebarang bentuk radd samada melalui penulisan blog atau buku untuk menjawab syubhat dan kebathilan buku ini.
Sesungguhnya Syiah itu lebih bahaya daripada Yahudi dan Nasrani kerana ialah merupakan musuh agama Allah yg bertopengkan Islam! Berilah peringatan kepada keluarga dan kenalan kita. Sebarkan bahaya Syiah. Mudah2an kita tergolong dalam golongan yg memperjuangkan agama Allah dan mendapat keredhaan-Nya. Amiin.
Salam... Saudara/Saudari.. (?)
ReplyDeleteSaya hargai peringatan itu.. Adalah lebih dihargai jika disertakan dengan sebarang nama bukan sahaja sebagai Anonymous.
Islam itu indah.. Tuhan juga hanya Allah. Muhammad itu Rasul Terakhir.
Jika semua memahaminya, saya rasa tidak ada masalah untuk sebarang mazhab/aliran pun membaca novel ini.
Perbuatan melarang hanya menambahkan rasa ingin tahu /intrigue. Itu lebih bahaya daripada membiarkan manusia yang berakal membuat sebarang pilihan dalam kehidupan.
Islam agama Ilmu. Oleh itu, saya tidak bersetuju buku ini diharamkan.
asasasa
ReplyDeleteAs Salam saudari Farahanani,
ReplyDeleteSyukran, anda seorang yang minda terbuka dalam membaca novel ini.
Saya cuma google blog2 review novel ini sebelum saya membelinya.
Dan saya dapati juga ulangan comment Anonymous yg sama di beberapa blog yang mengreviewkan novel ini.
Adakah Anonymous ini ulamak Islam tertinggi & terkemuka dunia yang ingin menfatwakan syiah itu sesat lebih bahaya dari yahudi? Bukan sahaja saya yg hairan malah saya rasa Sheikh Yusuf al-Qaradawi pun pelik dengan sikap Anonymous ini yg bersifat non critical thinking person. Ambil bulat2 tanpa kajian.
Wallahualam
Salam MBP 2587,
ReplyDeleteTerima kasih atas perhatian yg diberikan dan kerana sudi singgah di blog ini.
Itulah masalah terbesar umat islam yg bagaikan buih2 di akhir zaman ini.
Terima sahaja lah perbezaan pendapat dan cari jalan untuk menyatukan umat.
Ya, benar, masing2 ada khilaf nya
Oleh itu, pihak yg merasakan mereka lebih benar dan mempunyai ilmu yang lebih, kongsi kan lah dan berikan pencerahan kepada yang jahil.
Maaf kan saya jika keterbukaan saya di kira menggugat sesiapa.
Saya juga insan biasa yang mencari jalan kembali ke Ilahi. :)
kakak,modah ni,nk bc boleh,janji ada kefahaman yg jelas,xleh terima bulat2.isu syiah,kita menolak mrk sbb menghina para sahabat radhiallahu anhu jami'an.mereka hadis, namun,selagi ada iman wlu 1% dikira muslim. :)
ReplyDeleteya, betul-betul. Tempat kita di syurga atau neraka dah ditentukan, baik sunni mahupun syiah. Eh kejap, ye ke.... dalam alquran, kata macam mana pula ya....
ReplyDeleteHanya orang islam yang mengamalkan alquran & sunnah sahaja yg akan masuk syurga,kalau selain dari itu masuk neraka. Nabi s.a.w. telah berfirman bhw jika berpegang pd dua perkara iaitu alquran & sunnah, maka tidak akan sesat selamanya.
Delete
ReplyDeleteassalamualaikum.
perkara aqeedah adalah perkara tunggak dan asas dalam kehidupan seseorg.
maka, PERLULah disiasat dengan serius, dengan berhati2, dengan penuh ilmiah. dengan sumber yang haq dan jelas.
apakah ini memang cara saudari, mengkaji aqeedah melalui novel?
apakah al quran dan sunnah yang difahami sahabat, yang dihuraikan oleh ulama ahli sunnah wal jamaah kita sudah tidak cukup untuk menjelaskan betapa jauhnya beza aqeedah sunni dan syiah?
apakah saudari selama ini begitu tercari2 dan terdesak, sehinggakan apa2 sahaja boleh dijadikan sumber untuk saudari mencari ilmu aqeedah?
saya merasakan anda bukan mahu mencari kefahaman tentang aqeedah.
saya merasakan pada awal2 lagi anda memandang santai aqeedah kita, sebab itu anda boleh membuang masa anda dengan membaca novel, sedangkan di serata malaysia banyak kuliah ilmu berkenaan aqeedah.
nasihat saya, saya masih beranggapan anda masih selubungi kejahilan. maka saya dengan penuh rasa bertanggungjawab, mahu menggesa anda supaya 'bangun' dan 'keluar' dari dinding kejahilan anda.
jika anda mmg ikhlas mahu mengenal apakah syiah, sila rujuk buku2 yang sahih, dan link2 yang jelas.
http://syiahmalaysia.blogspot.com/
http://mufakkir-islami.blogspot.com/2012/07/membongkar-tembelang-syiah-faisal.html
http://syiahmalaysia.blogspot.com/2012/10/allah-adalah-ali.html
sila buang tabiat anda membaca novel seperti ini.
saya doakan anda dapat mencari hidayah taufiq dari allah.
semoga allah membantu anda.
dan ingatlah, jika anda benar2 ikhlas, anda akan bertemu yang benar, namun hanya jika anda ikhlas.
dan seperkara lagi, walaupun anda akan beralasan anda punya hak tulis apa saja di blog, kerana ini blog anda: saya nasihatkan fikirkan semula.
setiap tulisan anda akan dipertanggungjawabkan oleh allah di akhirat nanti.
fikirlah dahulu sebelum menulis. fikirkan apakah kesannya kepada masyarakat secara kesuluruhan sebelum anda menulis.
allahul musta'an.
Dear Nashwanz,
DeleteTerima kasih atas kerisauan saudara mengenai Aqidah saya..
Bukan lah hak saya menyelewengkan Aqidah.. juga bukan hak saudara menebak saya membazirkan masa saya dengan membaca novel ini.
Adakah dengan membaca novel ini bermakna saya meringankan persoalan Aqidah?
Sudah tentu tidak.
Adakah saya ikhlas dalam pencarian?
Itu Insya Allah benar.
Adakah dengan menyokong buku ini terus dicetak ber erti saya menyokong penyebaran ajaran Syiah?
Itu saya biarkan saudara menjawab nya sendiri.
Salam Ukhuwwah.. =)
Assalamualaikum,
ReplyDeletesaudari farahanani,
daripada tulisan saudari...
"Bastian menuntut agar segala penjelasan hendaklah berdasarkan logik tanpa bantuan Hadith dan Al-Quran."
maaf, tapi agama memang tidak boleh ditimbang dengan logik. mmg akan ada argument logik, tapi in the end manusia tend utk putar belitkan lagi jadi 1001 argument lain. jika seorang seperti Bastian ikhlas ingin mencari kebenaran, insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan, walau pun tidak didasari dgn logik akal. sebagai seorang Muslim yang beriman dengan Allah, Rasulullah, kitab yg Allah turunkan dan hari kiamat, cukuplah Al-Quran dan hadith sebagai bukti.
jika berbicara tentang logik, saya fikir, logiknya tak adil untuk saudari menilai tanggapan sunni terhadap syiah hanya melalui pembacaan novel ni. ada banyak lagi buku2 dan artikel2 ilmiah lain yg menekankan point2 mengapa orang sunni perlu membezakan pegangan/aqidah kita daripada syiah. jangan menghakimi berdasarkan apa yang kita ingin percaya sahaja. bacalah kitab2 ulama tersohor yang menggariskan kenapa dan apakah ajaran syiah yg dikatakan sesat yang disertakan dgn bukti, bkn omongan semata2. itu lebih adil dan menepati ajaran Islam.
semoga kita diberi hidayah dan dilindungi Allah daripada kesesatan.
Saudara, jika kita hendak berdakwah kpd bukan muslim apa saudara fikir mereka akan terima jika kita cakap berdasarkan dalil2 saja. Jika beri jawapan berdasarkan Quran dan hadith pasti mereka akan kata kita ceduk daripada agama kita. Saya meyakini dan berpegang teguh dengan al-Quran dan hadith. Tapi bila ada bukan muslim bangkitkan persoalan begini kita harus jawab berdasarkan logik. Dan watak Fatimah telah jawab soalan Bastian dengan baik dengan logik pada pengakhiran cerita.
Deletekpada mereka yang berpengetahuan tentang syiah.....saya dah lama baca2 pasal syiah dan mengambil stance neutral walaupun saya memang lahir sebagai ahlus sunnah wal jamaah cuma saya nak tanya mengapa Iran terus menyokong rejim Bashar Al-Assad, adakah ianya politikal stance?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDear a..
ReplyDeleteBerkenaan tuntutan Bastian itu, ia adalah dari petikan ayat penulis novel itu sendiri..bukan dari saya.
Harap maklum.
Dear anonymous,
ReplyDeleteMengapa tiada nama sebenar? =)
Iya.. Saya juga tidak pasti pergolakan Ummah di Middle East.. Barangkali saya masih tersesat dalam mencari redha Ilahi..
Terima kasih sudi baca blog ini!
karya hebat dr penulis muda yg hebat...hebat ilmu dan hebat bahasanya. kl FT itu syiah, mana penulis ASWJ yg blh menandingi kualiti penulisan FT? jgn hy tau mengharamkn sedangkan kita x mampu menyaingi kualiti yg dpersembahkan? inilah masalah kita, amt bijak mencari, menyungkil dan membelek secara sinis terhadap org lain sdgkn kita sendiri tak mampu, ataupun x brni, takut dikritik sebagaimana kita mengkritik karya org lain. FT penanda aras sy dlm usaha menjadi penulis. dan sy ASWJ
ReplyDeletebismillah...
ReplyDeletehebat dari pandangan manusia tidak menjamin ia juga dipandang baik di sisi Allah, itu perlu sentiasa menjadi standard piawaian kita dalam menilai, kerana sbg muslim Allah bagi kita nikmat wahyu yg disampaikan oleh generasi awal yang terbaik. saya mengajak utk kita tidak lupa akan nikmat itu.
'penulis ASWJ yg blh menandingi penulisan FT?'
maaf, apa yang saya faham... Al-Quran itu mukjizat teragung. dan saya yakin sekiranya nikmat masa yg diberi tidak digunakan sebaiknya, mungkin ajal kita sampai tanpa sempat kita memahami dan mentadabbur Al-Quran sepenuhnya. mana mungkin kita mengaku kita ASWJ tanpa berusaha ke arah itu? sahabat pun ambil masa 8 tahun utk faham betul2 surah al-baqarah sahaja, inikan lagi kita yg masa tak begitu berkat dek fitnah dunia yg xputus2.
saya harap saudari faham apa yg cuba saya sampaikan. ye, mungkin sastera blh dijadikan cara utk berdakwah, tetapi itu setelah umat islam faham dgn sebenar2nya isi La Ilaaha Illa Allah. Muhammadan 'abduHu RasuluHu.
Perlu diingt bahawa masyarakat Arab Jahiliyyah hebat dan mengagungkan sastera, tp setelah turunnya Al-Quran, mereka terkelu dgn Al-Quran. Akhir kata, saya petik firman Allah, dalam Surah Al-'Ankabuut ayat 51,
"Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahwasanya Kami telah menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) sedang dia dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya dalam (Al Quran) itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman."
--
Salam a,
ReplyDeleteapakah ada lagi keraguan di dalam hati kamu tentang fahaman dan pegangan saya?
terima kasih atas keprihatinan itu.
kalau ada pencerahan lagi yang ingin di sampai kan, feel free to email saya
farahanani.amir@gmail.com
Salam Ukhuwwah!
waalaikumussalam cik farah
ReplyDeletemaaf, salah saya. saya lupa mention... komen saya tu adalah sebagai balasan kpd komen daripada cik tabtibau sblm saya.
ye cik farah, sejak dari awal saya yakin cik farah seorang ASWJ dan tidak ada keraguan pada itu.
cumanya seperti yg disebut cik nahwan, entri cik farah bersifat public dan ini memungkinkan orang lain terpengaruh sekiranya tidak ditekankan keseriusan isu syiah ini.
jazakillahu khayr kerana memandang positif nasihat yg diberikan. wallahu musta'an.
Salam Tabtibau,
ReplyDeleteMungkin awak terlalu eksentrik sbg peminat FT. Itu tidak mengapa kerana ia perkara biasa sebagai fanatik.
Jika anda benar berniat menjadi penulis, lebih elok kalau mulakan dengan menaip ayat dengan ejaan yang lengkap.
Apa pun, terima kasih atas komen =)
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan novel ini yang dikatakan PRO SYIAH..
ReplyDeletehttp://syiahmalaysia.blogspot.com/2012/10/membongkar-tembelang-syiah-faisal.html
Rasulullah sendiri pernah bersabda mafhumnya: golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. orang yang terlampau memuja mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta kepadamu kerana Allah. Golongan pertama dan kadua itu masuk neraka. Golongan ketiga itu masuk syurga. Terbukti golongan pertama dan kedua itu puak Syaih dan Khawarij
Just sharekan. Moga2 kita termasuk dalam golongan ketiga.
Amin...
Terima kasih Anon..
ReplyDeleteSaya percaya ini sumber asal artikel yg dimaksud kan..
http://mufakkir-islami.blogspot.com/2012/07/membongkar-tembelang-syiah-faisal.html
Terima kasih atas bantuan pencerahan. Semoga kita semua jelas dengan isi kandungan buku ini dengan hujah2 yg bernas dan bersandarkan hadis seperti yg di komen oleh saudara Abu Haseef.
Amin...
Seorang abang (anak sulong) dan seorang adik (anak bongsu) .. Jika adiknya meninggal dunia, adakah abangnya akan menjadi anak bongsu ? Jawapannya pastinya TIDAK, Abang nya pasti kekal sebagai anak sulong.. Mak ayahnya tak akan kenalkan si abang kepada kenalan mereka sebagai anak bongsu.
ReplyDeleteBegitu juga diantara Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Isa telah diutuskan sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Adakah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w menjadikan Nabi Isa sebagai nabi terakhir ? Jawapannya tidak .. Nabi isa bukan nabi terakhir walaupun allah menetapkan baginda akan turun semula ke bumi suatu hari nanti.
Salam, saya terserempak dgn post ini walaupun telah lama :)
ReplyDeletesaya ucapkan terima kasih jika saudari mencari ukhwah sesama muslim, tidak kiralah kita perbeza fahaman, namun apa yang penting kita kena pelajari dan memahami sesuatu dari fahaman tersebut. Benarkan? Jangan sesekali kita menutup minda dan hati. Saya bangga masih ada insan seperti saudara yang dikatakan "open minded" :)
Jadi kesimpulan disini jangan kita menilai siapa penulis tersebut , namun nilai apa yang di tulis. Sekian.
Salam Ukhwah.
Salam Muhammad Ali,
DeleteBagi saya semua manusia ada hak untuk mengutarakan pendapat. FT juga ada hak menulis. Manusia yang cuba menapis perkara yang disangkakan buruk bahkan akan mengundang keburukan itu ke diri mereka sendiri.
Ia adalah 'Law of Attraction' yang termaktub dalam hukum alam.
Terima kasih jika saudara berniat memuji.
Jika niat untuk berdakwah juga belum cukup hikmahnya, apatah lagi untuk mengislam kan yang bukan islam.
Itu lah skill yang orang Islam perlu asah dalam diri masing2.
Sekadar terfikir. :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletestiap perbuatan kita dctt tmsuklah apa yg kta tulis dan share..Quran adalh sbaik2 panduan..skiranya tuhan telah mnetapkan ssuatu perkara,siapalah kita sbg manusia biasa untuk mempersoalkan...jelas pnulisan buku ini mempersoalkan prkara2 yg tlh dttapkan...mungkin hak beliau untuk mberi pndpt.tp msyrkt jg berhak menegur dan mengkritik sesuatu yg nyata mnimbulkan kekeliruan dan boleh menarik pembaca2 yg mudah terpengaruh dgn pnulisan manusia yg dkatakan hebat..Quran itu lg hebat.
ReplyDeleteSalam Anon..
ReplyDeleteYa benar sekali. Saya tidak menyokong 100% apa yang ditulis dalam buku ini, tapi adakah kita harus menapis pemahaman sebegini dari menerjah ruang pemikiran kita?
Kalau begitu, jangan lah pasang tivi kerana banyak fitnah dunia di situ, juga jangan lah melayari internet kerana agenda yahudi itu semua.
Sekali lagi, Tuhan juga memerhatikan setiap perbuatan kita.
Dan juga Tuhan lebih kenal hati manusia. Juga iman hamba-Nya.
*__*
jika di alam yg lain kelak kita dtnya,'knp perlu kita mempersoalkan apa yg tlh dtetapkan olehNYA..spt tdk mnerima apa yg tlh dittapkan e2' maka akan kah kita menjawab dgn sebegini-->'aku tidak dpt mnapis pemahaman sebegini dr menerjah pemikiranku ya ALLAH..' harus diketahui.ilham e2 kdg2 dtg dr syaitan yg mbisikkan perkara2 yg blh mengelirukan akal fikiran manusia yg kdg kala mudah dpengaruhi.
ReplyDeleteWahai Saudara.. atau Saudari?
ReplyDeleteMaaf jika saya bertanya, apakah anjuran yang cuba dinyatakan?
Bila pula saya mempersoalkan sesuatu yg menjadi ketetapan Nya?
Maaf jika ada sebarang penyataan yang buat kamu tersalah faham.
Salam Farahanani,
ReplyDeleteSaya tiada apa yg mahu diulaskan berkenaan tulisan anda. Cuma rasa bangga bertemu blog tulisan yang bahasanya masih bertertib dan beranalisa. Dah lama saya tidak menjadi begitu, dek kerja yg menuntut untuk berfikiran teknikal saja.
Cuma saya terkilan.. FT betul syiahkah? Kecewanya saya.. novelis yang paling saya sukai nukilannya.
Salam Sharifah..
DeleteTerima kasih.. Saya masih mencuba untuk memperbaiki tulisan saya.. :)
Tentang fahaman FT, saya tidak pasti. Mungkin terpamer jelas di tulisan2 beliau tentang fahaman yang dianuti beliau. Jadi nya, ramai beranggapan beliau syiah. Tapi FT juga dalam masa yang sama menganjurkan ultra-mazhab.
Sebenarnya tema dalam Perempuan Nan Bercinta, jika ramai yang tidak perasan, ialah anjuran untuk mengelakkan anutan yg esentrik terhadap mazhab.
Itu konklusi yang saya dapat dari novel ini.
Saya pernah menonton teater Kopitiam Ghadir (sejujurnya saya juga peminat FT). Dalam teater itu, FT menceritakan titik tolak lahirnya perkembangan anutan Syiah yang kita tahu sekarang.
Saya tidak menganggap usaha dan tulisan beliau sebagai ancaman, tapi sejujurnya, saya tidak menyukai tulisan yang dilihat berdakwah kepada ajaran Syiah yang sedia maklum tersimpang dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tetapi itu tidak menghalang saya meneruskan pembacaan kerana bagi setiap cerita, ada 2 wajah. Jadi kita perlu bijak menilai dan mendengar penjelasan kedua belah pihak..
:)
Kepada yang nampaknya tidak suka dengan Syiah, boleh saya bertanya adakah anda melihat Syiah dari kaca mata Islam atau sebaliknya (bukan Islam yang sama ertinya dengan agama Hindu/Kristian dan agama Samawi lain)?
ReplyDeleteAdakah penganut Syiah itu kafir atau masih lagi Islam?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Pei Pan,
ReplyDeleteIa memang begitu. Bagi mereka Syiah ialah agama yang terkeluar dari Islam. Tapi seperti rawatan kepada penganut agama lain, seharusnya golongan ini didekati dengan kasih sayang.. bukan kebencian.
Itu pendapat saya..
Sebenarnya jwpn kpd soalan2 itu mudah saja:
ReplyDelete1) Bagaimana mungkin Nabi Muhammad boleh diberikan status sebagai nabi akhir zaman sedangkan Nabi Isa alaihissalam dikatakan masih hidup dan akan muncul pada akhir zaman nanti?
Jwpn: Analogi:Abu ada 10 anak.Said anak k-9 & Amad anak k-10. Anak2 lain semua dh mati kecuali Said & Amad. SAid kemudiannya pergi merantau. Amad kemudiannya meninggal dunia. Lepas tu Said balik ke rmh. Adakah sebab Amad dh mati maka Said akan jadi anak yg terakhir? Of course no.
2) Mengapakah ibu bapa Nabi Muhammad bukan beragama Islam termasuklah kesemua penjaga-penjaganya iaitu Datuk dan Pakcik nya? Oleh itu, sebagai bukan Islam, Bastian tidak yakin memeluk agama yang ibu bapa Nabi-nya bukan Islam.
Bukan nabi Muhammad saw sahaja yg begitu. Bahkan Nabi Ibrahim dll pun. Ini perkara biasa. LAgipun pd zaman sebelum kenabian Rasulullah saw, ada yg beriman dgn agama nabi Ibrahim, ia dipanggil aagama hanif. Ttg akidah Abu Talib itu mmg jelas ada dlm hadith. Ttg ibubapa Nabi saw, mereka mungkin beragama hanif. Yg penting ialah pembawa kebenaran, bukan ibubapa pembawa kebenaran. Klu gitu, tak guna kita jadi baik klu mak ayah kita jahat?
3) Mengikut fahaman Islam, para Nabi adalah maksum dan terhindar dari melakukan dosa. Oleh kerana Nabi Muhammad saw adalah penutup para nabi, tidak ada lagi manusia yang maksum selepas Baginda. Bagaimanakah Nabi Isa yang maksum di akhir zaman nanti akan menjadi pengikut kepada Imam Mahdi yang tidak maksum?
Berdasarkan hadith, Nabi Isa akan solat di belakang imam yg merupakan pemimpin Islam ketika itu (tidak dinyatakan ia adalah imam mahdi)& baginda a.s akan mengikut syariat Nabi Muhammad saw. Mengikut bukan beerti kedukukannya akan jadi lebih rendah. Waktu itu Nabi Isa as telah melaksanakan tanggungjawabnya iaitu membunuh dajjal & membawa keamanan & Islam.
4) Nabi Isa diturunkan kepadanya Kitab Injil dan Nabi Muhammad yang dikatakan nabi terakhir membawa Kitab Al-Quran yang menjadi pelengkap segala kitab. Oleh kerana Nabi Isa yang akan menjadi nabi di akhir zaman, sudah tentulah Baginda akan membawa kitab Injil dan bukan nya Al-Quran, bukan?
Ini mudah. Nabi Isa akan mengikut syariat Nabi Muhammad saw. Boleh rujuk di hadith2 sohih tentang ni.
Sekadar tambahan. Dalam masyarakat islam yg ramai yg jauh dari nilai Islam yg sebenar, ada baiknya bacaan2 yg mengelirukan dielakkan dri disebarkan. Lbih membawa keburukan dri kebaikan. Tanpa prejudis dri hamba Allah yg kerdil.
terima kasih Inksensei
DeleteJawapan yang anda beri bernas dan tidak menambah kekusutan.
Saya sendiri sebagai orang Islam yang kurang pengetahuan bertambah kefahaman bila membaca jawapan yang anda ajukan.
Terima kasih banyak2.
*__*
Dalam banyak-banyak bait ayat yg ditulis pemilik blog utk post ini.. saya cuma tertarik dengan 4 soalan yg diajukan.. dan berharap ada yang sudi berkongsi jawapan.. dan kepada yang memberi jawapan INKSENSEI.. trm kasih atas perkongsian..
DeleteTerima kasih atas pencerahan anda... saya suka mmbaca novel tetapi takut untuk baca novel yg bawa isu agama berat begini sbb diakui saya mmg kurang pengetahuan yg mendalam bab agama ni dan sememangnya takut kalau terpesong akidah... seeloknya setiap persoalan yg diberi itu disertakan dengan jawapan supaya ia tidak memesongkan dan selebihnya terpulang pada pembaca sendiri untuk mendalami perkara2 yg berkaitan.
DeleteThanks...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletekenapa ada yang berpegang pada syiah sedangkan, segala isu2 yang dibawa oleh syiah sudah terang lagi bersuluh hanyalah rekaan semata2 untuk melaga-lagakan umat islam yang berpegang pada al-quran dan hadis.. Mungkin yang terpengaruh kurang ilmu..
Pilihan itu terletak di tangan Manusia..
ReplyDeleteKalau ikutkan..Allah dan Nabi dah tunjukkan jalan kebenaran.
Tapi manusia mengikuti apa yang dirasakan mereka sebagai jalan yg betul.
Jadi begitulah jadi nya..
Pilihan itu terletak di tangan Manusia..
ReplyDeleteKalau ikutkan..Allah dan Nabi dah tunjukkan jalan kebenaran.
Tapi manusia mengikuti apa yang dirasakan mereka sebagai jalan yg betul.
Jadi begitulah jadi nya..
Askm. Perbahasan mengenai Sunnah dan Syiah melibatkan perkara yg besar iaitu membabitkan akidah..syirik dan bukan syirik..kalau setakat melibatkan perihal fekah..samada semasa solat tgn letak kat mana, angkat tgn atau tidak..itu tiada masalah kerana ia hanya melibatkan afdal atau tidak afdal bukan libatkan akidah. Ada perselisihan ulamak antara hukum2 fekah tapi ulamak tidak berselisih mengenai hum syirik atau tidak syirik. Antara sunni dan syiah..jangan hanya melihat persamaan, tgklah perbezaannya..hadis Rasulullah saw, aku tinggalkan 2 perkara yg mana jika engkau berpegang kpdnya, tidak akan sesat sampai bila2 iaitu al-quran dan sunnahku. Masalahnya alQuran kita x sama dgn alQuran syiah ni..mereka percaya alQuran skrg hanyalah 1/4 dan telah diubah/ditambah dan dikurang..3/4 lagi disimpan oleh Sayyidina Ali dan diwarisi oelh keturunannya sehinggalah skrg disimpan oleh imam Mahdi..yg mana dlm alQuran selebihnya tu ada dinyatakan bahawa Ali adalah pengganti Rasulullah saw dan hukum2 lain..hakikatnya inilah penyebab rosaknya akidah mereka..dan mereka juga mengkafirkan org2 sunni..tapi kita sebagai seorg ahli sunnah wal jamaah tidak pernah mengkafirkan mereka secara umum mcm tu..ahli sunnah adalah golongan yg berhati2 .kita kata akidah org yg beriktikad mcm tu adalah kufur tapi kita x boleh menghukum mereka kafir lagi..ini antara sebab kenapa mereka masih pergi buat umrah atau haji di tanah haram..Banyak lagi..nasihat saya, tak payahla nak baca buku faisal tehrani ni..ditakuti syaitan memainkan peranannya mencucuk kedlm hati2 kita yg kurang ilmu..tadabburlah alQuran dan hadis2 Nabi..itupun x habis lagi..hidupkan sunnah..wallahualam.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteDari bahasa sememangnya saudari Farahanani kental mempertahankan pendiriannya. Seperti isu Emma Fatima mempertahankan pendapat tentang aurat dlm filemnya... Seperti juga Kassim Ahmad mempertahankan fahamannya tentang hadis. Jika kita kritis mengatakan orang lain ada khilaf yang memmerlukan perubahan. Maka diri kita juga sebenarnya ada khilaf yg kadang kala kita sendiri tak nampak hanya org lain yang nampak. Apapun seperti tokoh2 lain yang mempertahankan pendirian masing2 sehingga menepikan teguran awam. Saudari boleh teruskan dengan pendirian saudari. Tiada siapa boleh pertikaikan. Saya bukan berfikiran konservatif. kita akur kebenaran bukan bermaksud pekara yg dipersetujui umum atau kebatilan itu mereka yg melawan arus. cuma seperti yg saya selalu nasihat anak didik saya serta saya sendiri... Apakah kita aman dengan pilihan kita sendiri. Jika Ya... maka pertahankan lah...
Salam Mataku..
DeleteSebenarnya saya kurang mengerti dengan perbandingan yang diajukan saudara itu. Apakah maksud saudara bila membandingkan saya dengan mereka semua?
Saya cuma menulis ulasan buku dan pemahaman saya terhadap konteks yang dibentangkan penulis.
Sekali lagi saya tegaskan saya adalah Muslim bermazhab Sunni dan tidak sama sekali bersetuju dengan Syiah. Jadi adakah saya dikira terkeluar dari Sunni bila saya membaca buku Syiah? Islam tidak sempit sebegitu sekali saudara.
Adakah saudara telah membaca buku ini sampai habis? Kesimpulan dari buku ini bukanlah anjuran terhadap Syiah. Tapi Ya, memang buku ini memaparkan kepercayaan Islam Syiah. Saya tidak nafikan itu. Keterbukaan saya dalam membaca bahan bacaan tidak sama sekali menjejaskan anutan Islam dan Iman saya. Saya tidak sama sekali berprinsip rela masuk Neraka dek prinsip.
Sejak bila membaca bahan bacaan bukan berkenaan Islam Sunni itu menjadi dosa? Saya kenali ramai tokoh yang membaca Bible dalam usaha menyebarkan ajaran Islam. Jadi adakah mereka terkeluar dari Islam dan menjadi Anti Hadis?
Saya anggap perbandingan saudara itu sebagai suatu unsur tuduhan terhadap pegangan saya. Sayang sekali kerana prinsip saya dalam hal ini cumalah, meneruskan ayat Al Quran yang pertama di turunkan di dunia iaitu: Iqra'.
Dengan membaca kita akan maju, Insya Allah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteApa salahnya baca novel ni. Salahkah jika buku ini syiah. Jika sudah ada pegangan sendiri buat apa takut.
ReplyDelete