Saya pergi PesBuk.
Assalamualaikum wbt.
What a day!
What a day!
Saya ambil cuti pada hari ini dengan tiada apa-apa agenda menarik. Cuma cuti yang saya fikir akan dipenuhi dengan perbuatan kosong tidak bererti.
Siapa tahu..hanya Allah yang tahu. Rupanya hari ini penuh dengan agenda menarik.
Pagi tadi kita bermula dengan attending sa-buah majlis perkahwinan di Dewan LJT, Taman Melawati.
This is Ayah posing with his Bunga Telur after menepung tawar. He's my uncle.
Gosh...I adore the flowers on the pelamin!
Selepas itu, rushing2.. kami pergi ke PesBuk a.k.a. Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC. Pemergian kali ke tiga ini penuh bermakna juga penuh misi. Pertama sekali, kerana ingin lebih menghayati. Kedua, kerana ada amanah dari seorang rakan untuk mendapatkan buku. Ketiganya, 'mengejar' Sunan Musafir yang baru 3 hari keluar dari kilang.
Rupanya lebih dari itu yang saya dapat. Apabila melewati booth Creative, kami dapat idea bagi hadiah Birthday untuk Abah yang sudah di celebrate semalam. (05 Mei).
Birthday present Abah in the making. Kartunis ni sanggup terima job walaupun kena refer imej 2D. Siap suruh bluetooth gambar abah ke dalam hp dia. lol..
dan.... hasil nya... (drumroll)
............................................................
..................
...
agak-agak sama tak karikatur yang kartunis Binjai ni buat dengan Abah saya yang real???
err... maybe lain sedikit. Anyway, kredit to Binjai for his talent and effort!
dan kami terus tampal lukisan itu di 'Wall of Fame' di sebelah meja makan.. lol..
PesBuk KL kali ini bagi saya kurang ummphh nya. Barangkali kerana saya sudah bosan di hadapkan dengan booth yang memaparkan karya-karya komersial. Saya kurang setuju dengan trend sekarang yang menyaksikan kebangkitan novel-novel Melayu yang menghidangkan tema-tema hubungan dan cinta. Terlalu klise. Like....gila2 klise.
Saya teringin nak pergi ke Pesta Buku Indonesia dan Pesta Buku di Cairo yang khabarnya lebih meriah dan lebih berilmiah dengan harga yang cukup mengancam.
Namun, di Gerak Budaya. Hati saya tersentuh dengan sebuah novel. Sehingga sanggup patah balik demi mendapatkan Malacca-A Romance oleh Kamsiah M Bostock..
hurm..agaknya berapa lama la baru dapat habiskan buku ni..
dan tidak lupa gambar wajib untuk semua yang shopping buku di PesBuk...lol
Hasil tangkapan. Ada untuk diri sendiri. Ada untuk sahabat.
OTW nak balik dan sambil mencari booth Al Ameen Serve, kami terserempak dgn Booth As Sohwah dan juga Prof Dr Muhaya yang setia menanti bersama buku-buku tulisan beliau. Kami pun apa lagi, minta autograf dan tangkap gambar la... Malas nak cakap banyak.. haha..
Syifa' Ayuni, Nadiah Afifah dan Prof Muhaya dan belon.
Kemudian, kami rushing2 pula ke Stor Teater DBP untuk menyaksikan Teater Rompakan Bersepadu arahan Aloy Paradoks. Balik rumah, refresh, solat, dan tukar baju yang kurang berunsurkan kenduri sebab dari pagi tadi dah pakai baju yang ayu sket demi kenduri kahwin tadi.
Rompakan Bersepadu sangat berbaloi di tonton. Tidak terasa bosan walaupun sesaat. Semua pelakon menjiwai watak dalam menampilkan adegan cemas, kelakar dan mendebarkan.
Sedikit sorotan dari saya wartawan tak bertauliah ini..
Awesome! Credit to sang pengarah.
End of today's story.
Wassalam.
p/s: Pei Pan, tunggu bungkusan kiriman ya!
kakak.perlu ke bgtau belon tu termasuk dlm capture ko.ha3....sronok shopping buku nmpk,pinjam satu...lalalalala~
ReplyDelete