Apa itu Salmonella?



Salam readers!

Berikutan kejadian keracunan makanan di Kedah baru-baru ini, FH terpanggil untuk share mengenai sejenis bakteria yang dinamakan Salmonella.

Sebenarnya, keracunan makanan atau glamer sebagai food poisoning ni boleh jadi dari banyak sebab. Paling senang rujuk cara pengendalian makanan macam kat bawah ni. Kalau kita menjejaskan satu langkah pun, food poisoning boleh terjadi.



[4 langkah ini penting dalam penyediaan makanan]

Ini ada satu lagi risalah untuk rujukan kalian.



Apa yang kita faham dari risalah di atas?? 

Ada beberapa bakteria yang jadi punca keracunan. Tetapi hari ni kita discuss pasal Salmonella dulu kerana kes yang baru jadi ni berkaitan dengan Salmonella sp aka Kak Ella

Seperti yang kita faham dalam fakta kes di Sg Petani, ayam yang dimasak tu telah disimpan sehari lebih awal dalam peti ais yang tak cukup sejuk. Jadi macam mana kita nak tahu suhu yang sesuai untuk simpan bahan masakan kita?
Nampak tak kat mana danger zone untuk penyimpanan makanan?

Apa tu DANGER ZONE?

DANGER ZONE = Ialah suhu antara 5 Celcius - 60 Celcius. Semasa dalam suhu ini, bakteria paling aktif dan paling mudah membiak. Jadi kita kena elakkan makanan mentah berada dalam DANGER ZONE lebih dari 2 jam. Kalau lebih dari 2 jam, kita kena freeze kan dia dalam suhu bawah 5 celcius, atau naikkan suhu dalam erti kata lain, masak dia untuk bunuh bakteriaa tu.

TAPI, walaupun kita dah masak makanan tu, ada STANDING/HOLDING TIME iaitu 4 jam. Kalau lebih 4 jam, kena simpan di suhu yang sesuai untuk mengelakkan bakteria membiak semula. 

INGAT KALAU SUDAH LEBIH LAMA BERADA DALAM DANGER ZONE, BUANG SAHAJA.

Duit bukan lah satu isu bila ia melibatkan nyawa ahli keluarga anda.

Adakah sudah jelas dan faham?

Saya harap dapat membantu serba sedikit. Tukar tanggapan anda mengenai amalan kebersihan yang dengar macam melecehkan kerana ia dapat menyelamatkan nyawa. Insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines