Identifying a Liar (Mengenalpasti Sang Penipu)

Salam Isnin semua!



Mengapakah FH memulakan hari Isnin yang penuh spektakular ini dengan tajuk yang sedikit negatif? Haha. Kerana beberapa minggu ni FH berhadapan dengan seorang penipu dan juga manipulatif yang sangat pandai berlakon. 


FH geram dengan dia!




Ok. Betulkan semula emosi.




Jadi FH ada buat kajian sedikit sebelum nak sah kan samada dia ni menghidapi penyakit yang menyebabkan dia secara konsisten menipu FH dan rakan-rakan yang lain.




Cari punya cari, FH terjumpa dengan istilah PATHOLOGICAL LIAR.




Apakah itu???




Pseudologia fantasticamythomaniacompulsive lying, or pathological lying are four of several terms applied by psychiatrist to the behavior of habitual or compulsive lying.




Ok.. Part yang habit tuh dah betul dah. Sebab tak ada sebab untuk dia menipu kami semua berkenaan peribadi dia. Tapi tak terkawal? Ya.. Kadang-kadang dia menipu apa sahaja tanpa sebab munasabah. 


Ada 7 langkah yang perlu FH ikuti untuk mengenalpasti orang yang ada penyakit nih.


#1 Memahami apakah itu 'Pathological Liar'
     (Understand what is a Pathological Liar)

Orang yang menghidapi penyakit ni memang tabiat dia menipu tanpa kawalan. Dia menipu tentang semua perkara - OK.. sangat kronik! Tabiat nih dah jadi cara hidup orang itu. Dia akan reka cerita atas pelbagai sebab dan akhirnya kebenaran akan menjadi tidak selesa untuk orang tu. Jenis penipu macam ni cenderung untuk bermula semasa kecil contohnya tindakbalas kepada peristiwa sekolah yang tak seronok dan kelihatan lebih baik bila dia menipu. Ia adalah tabiat buruk. Bukan sifat manipulatif- cara untuk membezakan pesakit atau sociopath yang memang tujuan mahu manipulasi.

#2 Periksa samada detail dan maklumat yang diberikan konsisten setiap kali orang itu bercerita
     (Determine whether the person's details and information comes across as consistent every time they tell a story.)

Cari satu cerita yang mudah, contohnya apa yang orang itu makan malam semalam. Mula-mula mungkin dia akan cerita tentang makan nasi lauk ayam, tapi lepastu mungkin ada tambahan udang. Perincian dan maklumat akan sentiasa berubah atau bertambah;
  • Bandingkan setiap perincian dalam cerita. Daripada berapa orang yang disebut dalam cerita tu, dan juga pergerakan cerita. Ingat maklumat apa yang berubah dan berapa kali perjalanan cerita itu diubah.
  • Ingat setiap watak yang disebut dalam cerita tu. Contohnya, kalau tiba-tiba ada watak tambahan, anda boleh mula pertimbangkan samada orang itu menipu.
  • Ingat berapa kali dia menipu. Pathological Liar akan menipu dengan konsisten, Anda boleh guarantee yang - mereka akan menipu setiap masa. Cuba buat ujian tak saintifik; tanya satu perkara kepada dia setiap hari. Apa sahaja soalan rambang pasal makan malam atau cerita yang ditonton semalam. Tanya soalan yang sama sepanjang hari untuk melihat samada ia berubah - jalankan peranan anda. Buat-buat teruja dan berminat dengan cerita itu walaupun dia telah mengubah cerita beberapa kali. Jangan sesekali tunjukkan yang anda telah mendengar jawapan/cerita berbeza sebelum itu.

#3 Bandingkan cerita dengan rakan kamu yang juga kenal dengan orang yang kamu suspect sebagai 'Pathological Liar'. Periksa samada cerita dia berbeza atau diubah mengikut sesetengah personaliti.
    (Compare stories with mutual friends of both you and the person you suspect of being a pathological liar, to determine if the story has changes or reshaped to accommodate certain personalities)

Sesetengah maklumat mungkin direka untuk menambah drama atau perhatian kepada Sang Penipu.
  • Cuba membuat kawan/keluarga menentang sesama sendiri. Jika Sang Penipu terlibat dalam sesuatu pertelingkahan, dia mungkin akan menukar maklumat cerita untuk membuatkan dia nampak lebih baik. Atau lebih parah, dia akan terlibat dengan satu pihak dan mereka cerita tentang pihak lain untuk membuat orang berada dipihaknya.
  • Cuba elak masalah. Jika dia telah melakukan sesuatu kesalahan, dia akan buat apa saja untuk mengelakkan dirinya dipersalahkan -- maksudnya reka cerita mengenai orang lain.
  • Menipu untuk mendapatkan perhatian. Sasaran mereka ialah untuk mendapatkan nama baik. Daripada bosan menjadi orang yang kurang keyakinan diri, Sang Penipu bertujuan untuk kelihatan lebih bagus daripada semua orang, jadi orang akan memberi perhatian lebih kepadanya dan menyanjung pencapaiannya.

Jim Carrey in Liar Liar

#4 Pertimbangkan samada orang itu menipu untuk mendapatkan perhatian.
     (Consider whether the person is lying to gain attention)

Sebahagian dari sebab Pathological Liar berasa dia perlu menipu ialah kerana dia percaya berada dalam 'spotlight' ibarat pelepasan buat dirinya. Orang ini merasakan dia patut berada di tengah-tengah perhatian seluruh dunia dan akan membuat apa saja untuk menjadikan itu suatu realiti. Tatkala dia merasakan segenap perhatian itu, ia membuatkan dia rasa berdaya dan penipuan akan menjadi semakin besar setiap kali hanya kerana ingin kekal dalam situasi itu. Ada beberapa kemungkinan;
  • Menarik simpati. 'Pathological Liar' merasakan yang problem yang dia hadapi adalah paling dahsyat berbanding orang lain. Walaupun hanya sekecil-kecil masalah seperti jari terluka, dia akan bercerita kepada semua orang, dan membesar-besarkan cerita sehingga melampaui batas demi mendapatkan simpati pendengar.
  • Mahu merasa penting. 'Pathological Liar' ialah pesaing paling hebat. Setiap pencapaian yang telah kamu capai, mereka akan melakukan lebih lagi. Dia perlu merasa lebih daripada kamu setiap masa tidak kira dalam bidang professional atau peribadi.
  • Bosan. Malangnya, kerana kehidupan orang ini tidak bersandarkan kepada realiti, dia akan mudah berasa bosan jika tiada cerita yang hendak diceritakan. Hasilnya, mungkin penipuan akan direka hanya untuk menghiburkan hatinya, yang malangnya bererti, ada hati lain yang mungkin terluka dek penipuan itu.
  • Tidak selamat. Rendah harga diri ialah salah satu sebab utama orang menjadi 'Pathological Liar'. Samada dia sedar atau tidak, dia terasa seperti tidak penting, oleh itu dia harus mereka cerita kejayaan atau pencapaian untuk meletakkan diri mereka sebagai berharga/penting.

#5 Perhatikan jika orang itu mempunyai ketagihan atau tabiat rahsia yang merbahaya.
     (Look to whether the person has an addiction or secret habits that are potentially harmful.)

Penipuan boleh juga meningkat jika dia mahu menyembunyikan ketagihan dadah atau alkohol, obsesi melampau terhadap sesuatu seperti permainan video atau melayari internet, atau mungkin sahaja berkaitan keadaan kesihatan seperti bulimia atau anorexia. Sesi terapi, kaunseling berkumpulan dan campurtangan professional yang lain adalah penting untuk golongan sebegini tetapi adalah lebih baik untuk kamu memahami punca penipuan mereka. 
  • Sesi Terapi perlu mengenalpasti penipuan tidak terkawal. Jenis penipuan sebegini boleh diubah.
  • Mungkin ada masalah personaliti yang timbul, seperti narsistik, bipolar atau penyakit personaliti borderline.


#6 Periksa/perhatikan reaksi orang itu bila penipuan dia terbongkar a.k.a. kantoi
     (Examine the person's reaction when they're busted in a lie)

Perkara paling teruk yang akan terjadi kepada 'Pathological Liar' ialah bila mereka terkantoi menipu.
  • Bersikap defensif dengan dahsyat. Jangkakan sikap defensif yang melampau, dengan melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk letakkan kesalahan di atas orang lain.
  • Cepat mereka penipuan lain untuk menutup penipuan yang terbongkar. Ini demi mengelakkan reputasi mereka tercalar, dan hati-hati, mungkin penipuan yang baru ini lebih tragis dari sebelum ini.
  • Berdendam dan mungkin akan cuba membalas dendam. Kemarahan mungkin menjadi salah satu reaksi yang timbul dari rasa 'tersingkir' yang mereka alami. Oleh itu, jangkakan perbuatan membalas dendam dari mereka. Atau sebaliknya, mereka akan berasa tersangat sedih kerana dah terkantoi dengan orang yang mereka sayangi dan menangis sekuat-kuatnya.

#7 Pastikan jika orang itu hidup dalam realiti.
    (Determine if the person lives in reality)

Pathological Liar ialah manusia yang selalunya tidak berpijak di dunia yang nyata dan mempunyai masalah untuk mengekalkan sebarang komitmen dalam hidupnya. Tanda-tanda nya;
  • Berpindah-pindah kerja. Dia mungkin tidak bertahan lama dalam kerjanya kerana penipuan yang terbongkar atau tidak mampu menangani tugasan harian yang banyak.
  • Tidak mampu bertahan dalam hubungan yang 'steady'. Dalam kebanyakan kes, mereka akan gagal dalam hubungan romantik dan interpesonal- tidak mampu untuk konsisten dalam mengekalkan perhubungan. Di antara dunia penipuan dan jangkaan yang tidak realistik, mereka mudah untuk membina hubungan baru tetapi gagal mengekalnya.
  • Mungkin terasing daripada keluarga. Selepas bertahun-tahun di tipu, ahli keluarga mungkin tidak lagi memberi sokongan kepada orang itu. 

Oleh itu, ada beberapa tips dalam menangani 'Pathological Liar' sebegini;
  • Ingat yang 'Pathological Liar' selalunya akan membesarkan semua yang mereka beritahu. Jadi, buatlah macam biasa sahaja bila dengar. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
  • Orang yang tabiatnya menipu, akhirnya akan hilang kemampuan untuk membezakan penipuan dan realiti. Dia akan percaya perkara tipu itu realiti - konfrontasi mengenai penipuan mereka hanyalah mengundang kegagalan.
  • Fahami bahawa awak tidak akan mendapat cerita yang konsisten bila berbual dengan 'Pathological Liar'.
  • Seseorang yang sentiasa menipu menandakan dia tidak menghormati kamu. Jadi dia bukanlah calon BFF untuk kamu.
  • 'Mythomaniac", "Penipu Tak terkawal (Compulsive Liar)", "Habitual Liar", atau "Penipu Kronik (Chronic Liar)" ialah nama lain yang diberi kepada Pathological Liar.
  • Seseorang yang pernah menjadi Pathological Liar, amatlah sukar bagi dia mengawal tabiatnya. Kebanyakan respons adalah cepat dan refleks kepada tindakan kita, walaupun selalunya dibuat-buat. Walaupun dia tidak terkawal, masih ada cara untuk kita mengenalpasti penipuannya - mintalah kawan-kawan memberi soalan kepadanya. Akhirnya dia akan terperangkap dalam penipuannya sendiri. 
  • Ingat bahawa secara amnya, mereka berasa rendah harga diri, jadi apabila dia tertangkap semasa menipu, akhirnya dia akan berhenti menipu.
  • Jika kamu mengambil berat tentang orang itu, ingatkan dia bahawa dia tidak perlu berpura-pura menjadi sempurna. Dedahkan cerita kegagalan hebat anda kepada mereka.
  • Ramai orang yang berjaya tahu untuk membuat penipuan yang berjaya dalam hidup mereka. Setiap hari mereka bermula dengan penipuan baru dan akhirnya penipuan itu menjadi pembunuh kejayaan mereka sendiri.
  • Cuba untuk tidak sesekali meninggalkan rakan yang 'Pathological Liar', anggapla masalah mereka hanya seperti penyakit yang lain dan kesepian boleh mengundang kepada penyakit kemurungan.
Wallahua'lam..


Sumber:

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines