Apa yang paling mahal? Itulah masa

Salam readers!

Bebelan Malam hari.

Bagi FH, komoditi utama pada akhir zaman ini bukanlah duit atau wang ringgit.

Tapi MASA.

Masa yang kita luangkan bersama keluarga, masa yang kita luangkan untuk diri sendiri dan masa yang kita luangkan untuk Allah.

Pernah tak jadi bila kita lalui satu situasi ni. Contohnya bila terjumpa dengan crush, situasi yang sangat awkward dan bila kita teringat balik, kita berharap kita berkelakuan lebih baik daripada apa yg kita dah buat atau cakap.

Hahaha.

FH banyak kali jadi macam tu.

I wish I was saying something else instead of the things I have spoken. 

Pastu kita pun cuba bayangkan semula situasi tu tapi dalam keadaan yg berbeza.

Malangnya konsep masa bukan macam tu. Buatlah seribu satu ciptaan pun, manusia pasti gagal nak patah balik, tebus kembali, dan ubah masa lalu.

FH terfikir, kenapa kita mesti teruja bila jumpa seseorang yang kita suka. Tapi bila nak solat, tak pula excited macam tu. Agaknya sebab tahap Iman FH ni belum rasa lagi kemanisan cinta Allah tu. Hish, bahaya ni.

Agaknya sebab apa kita tak rasa teruja? Rasanya, FH tahu jawapannya. Kita jadi macam tu sebab kita tak rasa solat tu ialah komunikasi yang berkesan. Sebab rasa seolah olah tiada jawapan ataupun two-way communication.

Ialah, bila kita baca bacaan solat tu, misalnya bila kita baca tahiyat. Well, basically kita greet Allah. Contoh bila manusia greet manusia, Islam anjurkan ucapan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh!

10/10 markah kalau bagi ucapan salam penuh macam ni. Lepas tu penerima ucapan wajib jawab semula,

Waalaikumussalam Warahmatullahiwabarakatuh!

10/10 markah pula kepada orang yg menjawab salam panjang begini.

Tapi dengan Tuhan, kita ucapkan bacaan tahiyyat tu. Technically inilah ucapan Salam kita kepada Maha Pencipta.


Ada tak kita terus dengar ada suara yang balas ucapan salam tu? Haaaa... Sebab itulah kita tak rasa! Tak rasa sedang berbicara two-way communication dengan Tuhan.

Habis tu nak buat macam mana ya?

Allah dah bagi jalan sebenarnya macam mana nak dengar jawapan Allah. Apa ya? Nak lihat gunung ganang dan ciptaan Allah yang hebat hebat tu? Well, itu salah satunya.

Tapi lagi berkesan, ialah bila kita baca Al Quran ber serta terjemahan. Kenapa kena baca terjemahan? Sebab kita tak mahir dan tak fasih Bahasa Arab. Simple.

FH sebenarnya memang terasa hal ni. Kalau dah lama tak baca Al Quran kan, mula la rasa nakal je. Rasa jahat je jadi hamba. Bila baca Al Quran dan baca maksud dia, rasa purified tau hati. Macam dah jumpa jawapan walaupun kadang tu ambil masa juga nak faham. Hehe.

Miracle nya Quran ni, kita kadang-kadang tak perlu betul-betul faham pun, tapi kita kena baca je. Hari terus rasa tenang. Automatically, setiap kali lepas baca Quran, FH terus peluk erat ke dada.

Pergh.. Therapeutic Effect nya susah nak gambarkan. Yang tau je faham.

Walaupun baca Quran tu bukan Ibadah Wajib macam yang tersenarai dalam Rukun Islam. Tapi kan, Al Quran tu ada tersenarai dalam Rukun Iman. Jadi pelik kan? Macam mana Iman nak lengkap kalau tak yakin dan beramal dengan mukjizat Al Quran?

Itulah, kita ni selalu jer luangkan masa baca benda lain dan harapkan notification je memanjang daripada apps FB, IG, twitter.

Tapi communication daripada Allah tu, kita buat-buat tak sempat.

Astaghfirullah!

Wallahua'lam. 

Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines