Ritual senyum lepas bangun tidur

Salam readers!

Tadi siang FH ada discussion dengan Students. Tapi FH perhatikan je energy level students tu. Nampak lembik je. Jadi FH ambil keputusan untuk cuba bagi suntikan semangat sikit dekat diorang.

Iyerlah dengan final year project dan macam-macam lagi yang mereka kena buat, boleh nampak sebenarnya mereka tu letih fizikal dan mental.

Sebagai seorang Teacher tak bertauliah, FH cuba selami dan dengar sejenak apa sebenarnya masalah yang mereka hadapi.

Bercakap pasal masalah kan, FH rasa lah, tak tahulah kenapa sejak dulu, orang senang je nak cerita masalah yang mereka hadapi. Kadang-kadang tu tanpa dipinta, terus orang cerita drama dalam kehidupan mereka. Pelik pun ada.

Seriously.

Pernah tu patient yg datang dekat klinik, cerita pasal kisah perceraian dia dengan bekas suami. Juga, ada sorang kakak tu cerita pasal suami dia yang meninggal baru-baru ni. Lepas tu pula bila terserempak dengan bekas Students, terus cerita konflik yg dihadapi dengan kekasih.

Haishhh

Aneh aneh je kehidupan FH ni. Mungkin Allah nak FH rasa bersyukur yang dilema paling kompleks dalam kehidupan FH hanyalah untuk memikirkan baju apa nak dipakai esok dan untuk apa-apa majlis yang dihadiri.

Hahahaha.

Ok, selain daripada hakikat yg FH belum jumpa jodoh, selain daripada itu, hidup FH normal sahaja. Adalah juga jadi benda kecil tapi takde la sampai terdera emosi lama-lama.

Ramai yang nampak FH ni complicated. Yer dalam soal nak fikir baju esok. Hehe. Tapi FH selalu latih diri untuk cuba jadi positif. Bila Students tanya, dan kongsi yang setiap kali dia bangun pagi, dia rasa macam dia tak mampu nak menghadapi hari ini sebab terlalu banyak kerja yang menimbun,

FH ambil keputusan untuk share sesuatu yang dah bertahun FH amalkan. Sejak zaman PASUM lagi. Ada sorang kakak usrah FH yg kongsi. May Allah bless her for sharing me this.

Semasa solat Subuh, dalam rakaat Pertama baca surah Ad Dhuha, dalam rakaat Kedua baca surah Al Falaq.

Kedua-dua surah berkenaan waktu pagi/subuh jadi semoga bila kita mulakan hari kita dengan surah itu. Kita akan dapat keberkatan waktu pagi.

Kedua, dari sudut saintifik sikit.

Setiap kali kita bangun pagi, cuba senyum selama 10 saat. Jangan lah senyum kt Room mate. Pelik pulak dia pagi2 senyum kat dia. Dengan senyum, hormon gembira akan dihasilkan dan automatik mood kita akan positif untu keseluruhan hari.


Credit to: Jamie Murcutt Photography

Rasanya mungkin FH dah pernah sebut kan pasal ritual senyum sebelum ni? Tapi dah amalkan belum?

Haa.. Kalau belum, boleh lah cuba.  :)

Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines