Entri Februari 2016

Salam Readers!

OMG dah hampir dua minggu FH pindah ke Alor Setar ni. Esok ialah hari Khamis kedua yang FH lalui di sini. I super love Khamis because the working hours ended at 3.30 pm! How cool is that?

Sebut pasal hari Khamis ada satu cerita kelakar berkenaan Abah FH. Abah ada seorang kawan kerja FAMA nama Khamis. Pakcik tu jenis cool je orangnya. Abah ni memang suka buat lawak sengal. Jadi kalau Abah terserempak dengan pakcik Khamis tu pada hari Rabu, Abah akan cakap dengan dia, "Tomorrow is your day". Haha. Seriously selama 30 tahun Abah ulang lawak tu. I mean, benda lawak ni kan pertama kali je kelakar. Kalau dengar dua kali dah tak lawak dah. Tapi Abah tetap akan ulang lawak-tak-jadi tu. Ataupun sekali sekala tukar kalau terjumpa pakcik tu hari Khamis. Abah akan cakap "Today is your Day".

Abah dan Ummi in 2012
Abah FH memang sebenarnya seorang yang kelakar dan suka buat loyar buruk. Abah juga suka tukar perkataan.

Contohnya

Pasar Malam menjadi Pasar Lamam

Remote Control menjadi Tekan-tekan


Reka perkataan baru: Keyot, Pijot (rasanya FH pernah cerita pasal ni)

Dan bila Ummi minta tolong sesuatu Abah akan balas "Laa Ikrah....(Tiada paksaan)".

Geli hati juga kami. In fact, dalam keluarga Abah la yang selalu buat lawak. Walaupun muka Abah nampak garang dan sebenarnya Abah sangat introvert. 

Well, agaknya macam mana la pasangan FH nanti? Adakah dia seorang yang kelakar? Ataupun serius? Tapi Mr B cakap FH ni "Good sense of humour." Hahahahaha.

Padahal FH ni suka buat lawak mengarut je. 

Wallahua'lam. 

p/s: Februari is ending and here comes March. What do I want for my birthday? Something lacey or something leather? Hurm... Ive been buying lather for two consecutive years. Do I want something lace? But I've bought too many, in fact, overdose of lace already! Still yet to decide. 

p/s: I will also deactivate my fb account this year. Well, FH memang alternate years akan deactivate fb account semasa birthday. Biar orang wish secara direct dan masa tu la kita tahu siapa yang betul2 ingat birthday kita dan berusaha cari kita. Gitu!

p/s (tak habis lagi): Since I'm celebrating my birthday alone this year. (Unlike tahun lepas ada Mr B temankan I. Hehehehe. Remember he was Mr A in January post) FH tak tahu la nak buat apa sempena sambutan tahun ini. Maybe I'll bake some brownies and bring to the office. Lepas tu bawa diri pergi Langkawi hari Jumaat esoknya. HAHA. 

p/s (sikit jer lagi): Ada sesiapa nak resepi brownies?

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines