Entri Januari 2016

Salam Readers!

Misi FH sekurang-kurangnya 1 entri sebulan. Ini entri bulan Januari 2016.

Bulan Januari ni bulan habiskan cuti. Aik?? Kenapa cepat sangat habiskan cuti? Well, bermula pertengahan Februari FH akan posting di Alor Setar sampai la seminggu sebelum raya. Dan seperti yang boss cakap, tak digalakkan cuti kecuali kes kecemasan semasa ada menyelia student.

Jadi FH memang pulun habis cuti. Masa 15 Januari hari tu pergi Ho Chi Minh 4 hari, lepas tu masa 24 Januari pergi Kota Kinabalu pula 4 hari. Lepas tu minggu ni terus sengkek. LOL. So lepas ni tak yah cuti sampai lah Raya Puasa. Itu plan nya. Apa jadi nanti kita tengok je la apa ketentuan Allah.

Ingat tak FH pernah cerita pasal konferens islamik yang FH pernah jadi AJK tu? Selepas 3 tahun, FH rasa nak stop buat benda tu dah.

Oh ya! Lupa nak cakap, emas dekat KK sekarang murah. 1 gram RM165 jer. Terus FH terpengaruh beli la sebutir emas. Haishh! Sorry-sorry iklan sekejap.

Back to serious thing. Hehe.

Rasanya dah cukup kot pengalaman yang ada. Lepas ni nak buat benda lain pula. 13 Februari ni akan jadi conference last bagi FH. 

Tajuk conference ini ialah MQA ataupun Marriage Conference.

Ironik kan?

Rasa bosan buat benda yang sama dengan pihak yang sama (maksud FH lokasi yang sama). Jadi selagi Sajid The Boss tak tukar venue, FH mungkin takkan ulang kot untuk tahun depan.

FH ni agaknya memang cepat bosan tapi sebenarnya seorang yang setia. Hahaha.

Minggu lepas kan FH jumpa Geo, kawan dekat KK. Kami berbual panjang la pasal benda kelakar dan serious. Geo macam biasalah cerita pasal semua Gay yang cuba mengorat dia. Hahahaha. Kelakar. I was non stop laughing over his stories. Kesian Geo, selalu jadi sasaran Gay. Tapi sebenarnya dia straight dan suka perempuan. 

Geo tanya sesuatu yang buat FH speechless. Try imagine FH jadi speechless. Rare event for me.

Geo tanya apa yang FH suka pasal A. 

Basically FH memang terpaku sekejap. Apa ek? Lantas FH pun meneroka balik dan cuba mengingati insiden yang berlaku sepanjang 2015 supaya FH dapat memahami sendiri perasaan FH terhadap dia.

Hurm... I am not good with words. Especially when it comes about myself. So A, if you happens to read this...  

Haha.

A jujur. Dead honest. FH tak tahu kalau dengan orang lain macam mana but he didnt hold back when he is with me. FH memang suka gila dengan orang yang jujur.  Sebab contohnya kalau dia tegur or kritik kita, kita tahu yang dia cakap untuk kebaikan kita.  FH tak suka orang yang berpura-pura. A tak macam tu. Dia cakap je apa dia rasa. Paling suka bila dia beri reaksi yang natural terhadap sesuatu. Tapi kan dia sebenarnya ego. Setebal tembok besar cina ego dia tu. Haha. Jadi ya, FH paling suka sebab FH rasa dia jujur. Dia tak cuba jadi orang lain. 

Kedua,

Takde perkara kedua lagi. Sebab rasanya sifat jujur tu je dah merangkumi banyak kebaikan lain dalam diri A.

Siapa A? 

Hahaha... Ada 26 huruf dari A sampai Z. Hari ni nama dia A, mungkin esok nama dia H. LOL. Tak payah teka siapa.

Wassalam!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines