Mid Night Rantings on Jodoh (Basically my failure)

Salam readers,

It is getting closer to my birthday, lagi 4 hari ialah 3 Mac 2017. Bermakna genap usia FH 30 tahun. Dalam usia menjengah tiga dekad ni, nampaknya FH betul betul gagal dalam usaha mencari jodoh.

Bagaimana mencari jodoh?

Kadang-kadang kita hairan kenapa sesuatu itu sukar buat kita. Kita cuba tune otak kita dan mulai anggap ia bukan rezeki kita demi menyejukkan hati sendiri. Kita terlupa Allah bagi banyak benda dengan senang pada kita tapi satu perkara yang susah supaya kita sentiasa jadi dekat pada Nya. Dalam kes FH, ialah jodoh.

FH cuba memahami situasi yg dialami sekarang ni, membuat beberapa analisa kenapa FH tak jumpa jodoh lagi. Ramai pihak juga menuding jari kepada FH kembali dan cakap FH ni memilih. Ataupun, mereka laju je cakap sebab FH ni garang. Lelaki tidak suka perempuan garang.

FH jadi bingung juga sebab, I am a funny person actually. Ok ni perasan dan self proclaimed.

Ada juga yang suruh FH berusaha sebab mereka kata, benda ni kena ada usaha. FH bingung juga sebab kenapa ada orang senang je tiba tiba dah kahwin padahal asyik cakap tak ready nak kahwin la.. Apa la.. Tiba-tiba kahwin. Menyampah.

Lepas tu FH bukannya tak pernah berusaha. Like seriously, FH terima je kalau ada kawan kenalkan dengan kawan kawan mereka. Tapi tak berjaya. 3 website cari jodoh FH masuk. Like seriously, tiada juga lelaki yang mendekati FH menerusi laman web cari jodoh tersebut. Kemudian FH cuba juga, slot cari jodoh di islamic conference. Gagal juga. 

Rasa-rasanya self esteem seseorang akan menurun tak? Memang teruk perasaaan bila kita secara legit nya jatuh pada kategori UNWANTED atau erti kata lain, tiada orang mahukan kita.

Adik FH dah ada 2 orang anak, kawan-kawan dah settle down dengan pasangan ... dan FH? Di sini, sendirian dan kebingungan.

I wonder why is it too hard for me to even get one man to ask me for marriage?

Orang komen lagi FH, cakap yg man need connection with you, yang buat dia rasa you sesuai dengan dia. 

But why others, ada strangers tiba-tiba masuk meminang sebab berkenan dengan dia dan terus rasa nak kahwin dengan dia. Or matchmaking by family and then kahwin dengan mudah je.

But I struggle sampai kena buat analisa dan listing dan justify 10 reason kenapa nak berkahwin, kena bertaubat, solat hajat (sebab orang cakap, wish are not granted sebab doa tak bersungguh-sungguh) dan masih belum berjumpa jodoh.

Kemudian FH teringat seorang kakak senior masa sekolah Maahad Muhammadi dulu.

Masa Tingkatan 3, FH sekelas dengan ramai pelajar yang sebenarnya berusia 16 tahun. Maahad dulu ada sistem kelas peralihan yg akan membuatkan kita terlambat setahun belajar berbanding pelajar sekolah biasa. Jadi dalam kelas, di belakang meja FH, ada seorang kakak ni yang umur 16 tahun. Actually majoriti kelas tu semua umur 16 tahun, tak ramai pun umur 15 tahun. Which we will call budak umur 15 tahun dalam Form 3 sebagai Budak Ekspress (FH la tu salah seorang budak ekspress). FH termasuk dalam kelas tu sebab masa tingkatan 2, result exam agama dapat 2 A je jadi masa form 3 tercampak ke kelas 3-7 atau 3-8. FH tak ingat.

Kakak yang duduk belakang FH tu, sangat rajin belajar okay. Sangat tekun dalam kelas, tak pernah tidur, kerja dia menghafal je. FH ni pula kontra, kuat tidur masa cikgu mengajar, budak nakal, bila outing weekend kerjanya pergi cyber cafe je. Teruk betul. FH memang kagum dengan persediaan kakak tu menghadapi PMR. Yang FH ni, sampai Cikgu suruh bertaubat dan contohi seorang lagi kakak yg duduk sebelah FH, dah la pengawas lepas tu skema gila pula tu. Kak Fatimah namanya. Rasanya cikgu sengaja dengan strategiknya menempatkan kakak pengawas tu sebelah FH dengan harapan FH dapat berubah. 

Tapi hampeh. I dont change at all. But I witness how Kakak yang duduk belakang FH ni study. Buku dia sentiasa terbuka, dan kadang-kadang FH kacau dia masa dia tengah menghafal. FH memang kurang study. Banyak dengar lagu ada la.

Kemudian tahun pun berlalu pergi dan kami menghadapi peperiksaan PMR dengan jayanya. Bila keputusan keluar, hujung tahun tu, Maahad Muhammadi Perempuan dapat terbaik negeri sebab kelulusan 98%. Dah la ada 500++ calon okey tahun tu.

Alhamdulillah FH berjaya dapat 8A 1 B. Yang 1 B tu ialah Pendidikan Agama Islam sebab FH malas nak hafal fakta. Jadi, tak dapat jawab soalan dengan tepat. 

Nak tahu tak kakak tu dapat berapa? 5 A sahaja. Dan lain ada B dan C. 

Dekat Maahad kalau 5A tak boleh nak masuk kelas Sains masa Form 3 sebab ada ratusan orang dapat 9A, dan pelajar dari satu Kelantan juga akan berpusu-pusu nak masuk Kelas Sains di Maahad.

FH terkejut gila sebab FH tahu macam mana dia study sepanjang tahun. Like... I dont deserve what I get and my results should be hers. Tapi FH tengok wajah dia tenang je. Setenang air di lautan.

Sekarang ni, rasanya FH serba sedikit faham situasi akak tu. Bila usaha kita tidak mendapat hasil yang kita harapkan. I mean, memanglah Allah bagi FH rasa urusan Jodoh ni sukar sangat. Sampai rasa stress kadang-kadang. Tapi dalam tiga dekad ni banyak benda Allah bagi senang kat FH. I guess, ini semua untuk buat FH jadi merendah diri. 

Jadi bagaimana nak cari jodoh? 

FH takde jawapan nya. FH sendiri masih bingung dan mengharap keajaiban berlaku. I still believe in that. Walaupun ia terasa sangat asing dan macam tak akan jadi kat FH je benda-benda kahwin ni. 

Sementara masih ada sedikit kepercayaan FH terhadap janji Allah ni, FH akan teruskan berdoa. 

Tapi nak suruh masuk laman web cari jodoh tu semua, apa ke semua. Sorry. FH dah fed-up. So jangan cakap FH tak berusaha langsung okay. Sekarang ni, tinggal bertawakkal je.

Thanks for reading this. 

FH
Cuba mengerti.

Comments

  1. Kita pun sama..ada datang tapi mugkin hanya singgah saja bukan jodoh lagi..insyallah, keep believe in allah.

    ReplyDelete
  2. Lain org.. lain perjalanan.. lain kesenangan.. lain kesusahan.. what comes around goes around.. what u give,, ull get back.. have faith n be strong..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines