Tips Pemakanan/Diet di Bulan Ramadhan
Salam Readers!
[Disclaimer: Tips berikut disediakan oleh Pegawai Dietetik berdasarkan rujukan daripada sumber dan fakta yang telah disahkan dan pengalaman peribadi penulis dalam mengendalikan kaunseling pesakit]
Tak lama lagi kita akan berpuasa selama sebulan kan. Ok, bagi kaum wanita memang la tak cukup sebulan kecuali yang pregnant ataupun yang rezeki dia tak bercuti puasa. Tapi kami pun rasa macam puasa tau kecuali kalau dah lapar sangat curi-curi pergi Drive Trough McD atau seludup makanan dan makan kat Pantri. LOL.
Masa FH praktikal klinikal di hospital dulu, first time FH saksikan di wad para pesakit tak puasa sebab...diorang kan sakit. Mana lah mampu berpuasa. Daaaaa... Keliru pula FH. Tapi bagi yang tiada halangan, tapi selalu rasa agak terseksa sebab jenis yang suka makan dan tak mampu tahan lapar, berikut adalah tips yang FH boleh fikirkan supaya semua dapat amalkan.
Sehari Sebelum 1 Ramadhan
Boleh lah dikatakan sebenarnya bulan puasa kita ni bermula daripada matahari tenggelam pada hari terakhir bulan Syaaban. Sebab itulah bila dah confirm je 1 Ramadhan esoknya, malam tu kita dah boleh mulakan 'Pelan Ramadhan' kita.
Ingat ini je: Air! Air! Air!
Bermula malam pertama Ramadhan je, kita dah kena bersiap sedia dan memastikan tubuh kita minum air dengan secukupnya. Air yang kita maksudkan ni, air kosong ataupun air isotonik. Kenapa bukan air yang mengandungi gula? Nanti saya cerita lebih lanjut.
Minumlah air setiap jam. Bukan nya sekaligus minum. Sebab kalau minum sekaligus, badan akan keluarkan dia semula. Cara nak hidrasi tubuh kita ialah dengan minum sedikit demi sedikit sehingga akhirnya cukup keperluan 1.5- 2.5 liter sehari. Sekali minum, jumlahnya dalam segelas pun dah cukup dah. Juga, utamakan minum air lebih banyak pada waktu siang berbanding waktu malam.
SEMASA SAHUR
Sahur ini ibarat Makan Malam kita.
MAKANAN
Makanan semasa bersahur hendaklah yang lambat dihadam. Cara nak buat makanan tu lambat dihadam ialah menerusi 2 cara:
Serat/Fiber
Makanan yang tinggi serat ni, akan membuatkan proses penghadaman lebih lama sebab serat dihadam paling akhir dalam usus kita.
Serat boleh didapati menerusi makanan yang bijirin penuh seperti oat, roti wholemeal, muesli dan beras perang. Kalau tak makan makanan begitu, makanlah nasi tapi pastikan jumlah sayur itu dua kali ganda dari jumlah nasi kita. Dengan cara itu, kita akan cepat kenyang dan juga lambat rasa lapar balik.
Kalau susah sangat taknak makan sayur ataupun salad, makan lah buah-buahan. Buah juga tinggi serat terutama kalau kita makan dengan kulit dia sekali. Tapi jangan lah makan kulit pisang pula ya.
Protein
Makanan yang mengandungi protein juga lambat sedikit dihadam. Cuma satu je masalahnya, bila makan makanan protein seperti ayam dan ikan ataupun telur, kita selalunya goreng dia, banyak pula jumlah kalori dalam makanan tu sebab dia menyerap lemak daripada minyak. Sangat bertentangan dengan misi kita nak kuruskan badan.
Kalau tiada protein dalam hidangan, kita takut nanti badan terpaksa
gunakan tenaga yg disimpan dalam otot kita dan mengakibatkan penyusutan
otot badan.
Hidangan sahur juga hendaklah lengkap, iaitu mengandungi Karbohidrat yang menjadi sumber tenaga.
Cadangan Hidangan Sahur:
Oat dimakan bersama Pisang. Gambar dari Google |
Nasi Goreng Telur dan Sayur-sayuran. Gambar dari Google |
MINUMAN
Minumlah apa-apa sahaja minuman selagi yang bukan tinggi kafein. Ini kerana kafein akan menggalakkan kita membuang air daripada badan. Sia-sia je usaha kita hidrasi badan sejak semalam lepas tu minum kopi pekat pula masa sahur. Lagi satu, kafein akan mempercepatkan penghadaman. Walhal, kita nak penghadaman kita perlahan dan tak terlalu cepat.
Jadi, minumlah minuman yang mengandungi susu, susu lembu ke susu kambing ke susu soya ke. Bukan susu pekat manis. Biarlah kemanisan itu datangnya daripada kurma.
Elakkan minum atau makan sesuatu yang mengandungi gula ringkas kerana ia sangat mudah dihadam oleh badan dan juga sangat mudah habis digunakan. Ada risiko untuk cepat lapar selepas itu.
SEMASA SIANG HARI
Eh kenapa ada juga ke tips semasa siang hari. Tips nya di sini ialah elakkan aktiviti yang terlalu terdedah kepada kepanasan dan matahari. Sebab kita nak elakkan berlaku dehidrasi dan badan kekurangan air.
SEMASA BERBUKA PUASA/IFTAR
Ini lah ujian keimanan kita yang sebenar. Bagaimanakah kita uruskan nafsu makan apabila seharian tidak dapat menyedut walau setitik pun air.
Iftar ibarat Sarapan.
Sebab tu lah Sarapan dipanggil Breakfast. BREAKING THE FAST.
Pastikan hidangan anda lengkap. Ada appetiser nya, ada main course nya, ada dessert nya seperti langkah-langkah berikut setelah anda membaca doa berbuka puasa:
Langkah 1: Makan Kurma ataupun buah-buahan.
Langkah 2: Minum air yang bersuhu bilik atau suam.
Langkah 3: Makan hidangan utama anda. Ikut kaedah Pinggan Sihat #sukusukuseparuh
Langkah 4: Minum air sekali lagi selepas 30 minit habis makan.
JANGAN.
1. Makan bersulam air. Ini mengganggu proses penghadaman makanan.
2. Makan makanan yang tinggi garam dan garam tersembunyi seperti sos dan MSG bahan perisa. Ini akan membuatkan badan anda kekeringan.
3. Minum air berais. Ini juga mengganggu proses penghadaman makanan.
4. Makan berlebihan. Perut anda sepatutnya semakin mengempis, bukannya semakin bertambah saiz.
SELEPAS TERAWIKH/SEBELUM TIDUR
Disarankan juga agar mengambil snek atau hidangan ringkas sebelum kita tidur. Snek ini boleh berupa biskut ataupun roti dan juga segelas susu. Susu boleh membantu kita tidur lebih nyenyak.
Sebarang maklumat lanjut, boleh PM atau whatsapp FH di ruangan Contact FH.
Selamat ber-Ramadhan!
Assalaamualaikum FH.
ReplyDeleteTerima kasih FH di atas perkongsian di atas. Mashaa Allah,sangat menarik dan penuh informasi tips dari FH ni. Bolehlah diamalkan semasa bulan Ramadhan nanti in shaa Allah dengan harapan dapat menjaga kesihatan badan kita dengan cara pemakanan yang sihat. Semoga Ramadhan kali ini kita tempuhi dengan keimanan dan beroleh ketaqwaan dari Allah S.W.T. Aamiin.Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak kepada FH dan seluruh umat Islam!
Waalaikumsalah Fadilah Hamid.
DeleteTerima kasih, selamat menyambut ramadan juga =)