Tuhan mahu kita ingati Dia

Salam readers!

Hari ini ialah hari ketiga umat Islam berpuasa dan dah macam-macam drama terjadi kepada FH. Well, you will know why do I tell something like this on my blog. Yess that's because I'm detoxifying myself from my social media accounts, FB and IG for 7 days. Let see if I manage to get through this again. So that's mean, I will write more in this blog. Yeayy...

Jadi, apa FH nak cerita tadi? Oh ya... Hari ini sesuatu yang agak dramatik telah berlaku kepada FH dan kesimpulan yang FH boleh buat ialah, semua ini berlaku adalah kerana Allah berkuasa menyuntik senyuman dalam hati kita dan bila-bila sahaja Dia mampu memadamkan tawa itu dan menggantikan ia dengan tangisan.

Dont worry, nothing too tragic.

Well, lepas habis kerja tadi. Alhamdulillah berjaya balik pada jam 4.35 petang setelah semua student FH menyiapkan kerja mereka lebih awal pada hari ini. Jadi FH dengan bersemangatnya menuju ke arah Pasaraya Tesco yang terletak sebelah sahaja dengan Hosp Sultan Ismail. Goshh kalau lah pagar belakang hospital ni ada pintu yang boleh FH selinap keluar, kan senang. Malangnya kena meredah beberapa simpang yang banyak kereta , baru akhirnya tiba di Tesco.

Guess what??????

Purse FH tidak ada dalam beg. Hahahaha. Seriously memang tak ada. Bayangkanlah betapa hancurnya hati FH yang telah membayangkan dari semalam lagi apakah senarai barang yang hendak di beli.

FH cuba tenangkan diri, bertindak secara rasional. Mungkin kerana ini bulan Ramadhan, jadi kesabaran FH tebal sikit dan tidak terus menangis. OK, FH mungkin dah 30 tahun tapi dalam hal mengarut macam ni memang FH akan terus menangis dulu sebelum berfikir tentang tindakan yang hendak dilakukan. 

Crying clears off my mind. LOL.

Tapi kali ini FH boleh bertenang pula. Apa lagi pilihan yang ada, kan? Lantas FH teringat yang semalam petang, ada ke Kedai Runcit Acheh yang di belakang hospital tu. Ok, hospital ini ada banyak sisi. Tak pasti nak cakap mana satu belakang dia. Haha. Anyway, tapi FH taknak buat kepoh. Taknak lah terus terjah ke Kedai Acheh tu dan terus tanya diorang pasal purse hijau FH. Jadi FH ambil keputusan balik ke apartment dulu dan cari di situ. Mana tahu pagi tadi semasa bersiap FH tak sengaja terkeluarkan dia ke.

Luckily, FH tinggal di apartment yang hanya 5 minit sahaja jarak dari hospital. Setibanya di apartment, FH dengan penuh debaran membuka pintu bilik.

TAK ADA JUGA!

Okey kali ni terus terduduk sebab dah rasa ini sangat teruk. Dah lah kali kedua hilangkan IC. I felt terrible and mad at myself. So I cried a bit. Sikit je tapi somehow I managed to be calm. FH pergi segarkan badan kemudian solat Asar dulu. Mungkin semuanya akan lebih mudah bila kita dahulukan solat. Seperti kata-kata Abah.

Lepas tu FH bersiap untuk keluar ke Kedai Acheh. FH singgah sebentar di Guard House untuk bertanya samada mereka ternampak purse FH ataupun kalau ada orang pulangkan di situ.

NEGATIF.

Jadi FH pilih untuk cari di pejabat juga. Sebab perjalanan ke Kedai Acheh sama sahaja dengan perjalanan ke office. Ada dua je kemungkinan sekarang di mana purse FH berada. Melainkan kalau kena curi lah.

FH call salah seorang staf yang bekerja malam pada hari ini minta dia check kan kalau kalau purse FH ada di bilik tempat FH bekerja. Kalau ada di pejabat, tidak perlu lah FH ke Kedai Acheh. Staf itu membalas permintaan FH dengan menghantar text:

Assalamualaikum. Purse Cik Farah tak ada dalam bilik. Saya dah check tadi

Sopan betul kata-katanya. FH bungkam kembali. Traffic light ni lama pula dan membuatkan FH tersadai lebih lama daripada yang selalunya. Lagu-lagu di radio semua tidak dihiraukan.

Terlintas beberapa perkara di fikiran FH
-apakah petanda kepada kejadian ini? 
-nampaknya FH perlu beli purse baru
-Jenama fossil elok juga.
-berapa kadar bayaran untuk ganti ic yang hilang?

Damn! Ini buat mood FH bergelodak kembali. Ini kali kedua kecuaian FH, jadi kena denda RM300 bila nak buat IC baru. I hate myself!

Akhirnya FH tiba di Kedai Acheh. FH memikirkan ayat yang terbaik. Macam mana nak cakap tanpa kedengaran macam budak kecik yang merengek kehilangan barang? I am so bad at being adult. LOL.

"Maaf, ada tak beg duit saya tertinggal kat sini semalam?"

Nada macam di kaunter perkhidmatan kerajaan. Heh.

Alangkah terkejutnya FH kerana rasa tidak percaya, laju sahaja lelaki itu menghulurkan purse hijau FH.

Semua benda ada dalam purse itu. Intact. Tidak ada yang berubah. Semua kad tersusun rapi dalam slot masing-masing termasuk not duit RM1. Haha. Semalam tak sempat ke mesin ATM jadi berbelanja di Kedai Acheh itu sampai duit habis.

Alhamdulillah

Mungkin ini berkat Ramadhan, dan mungkin juga Tuhan mahu kita ingati Dia. 

Dia yang memegang hati manusia dan dia juga yang berkuasa mengalihkan sebutir zarah protozoa dan amoeba. Barangkali ini petanda dan peringatan dari Nya yang FH sedang nakal nakal menjadi semakin jauh daripada menjadi hamba.

Oh Tuhan, ampunkan dosa hamba Mu yang banyak khilaf ini. Sinarilah keberkatan Ramadhan jauh menusuk ke dalam jiwaku. Agar ia menjadi bulan yang dirindui hati ini, agar aku merasai kemanisan menjadi hamba Mu yang terpilih bernafas dalam Ramadhan tahun ini.

Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines