Trip Sehari berjalan-jalan di Flower Dome, Singapura

Salam Readers!

[Disclaimer: Entri ini terlalu banyak gambar]

OMG, dah 14 Mei ke sekarang ni? Like seriously, tahun ini sudah 134 hari berlalu dah dan bulan Ramadan lagi beberapa hari je.

Kali ini FH ingin berkongsi short trip FH ke kota Singapura. Sementara tinggal di JB ni, apa lagi, berjalan puas lah FH ke sana. Lepas tu ada kawan pula kan yang memang orang sana. Apa lagi, makin panjang lah langkah FH. Hehe. Untuk entri ini, FH fokus kepada...

FLOWER DOME, SINGAPORE


Flower Dome ini ialah salah satu tarikan untuk pengunjung yang terletak dalam satu kawasan besar di Gardens By The Bay. Senang je cara hendak ke FD ni, kena tahu nak turun di stesen MRT mana. Takpe, biar FH cerita langkah satu persatu cara ke sana menerusi beberapa cara pengangkutan.


1) Bas (Larkin/JB ke arah Queen Street) ke Bugis MRT Station ke BayFront MRT Station


Pro: Naik bas duduk diam diam sampai Queen St

Contra: Tertakluk kepada keadaan jalanraya di Singapura. Ada masa jem, lama juga di atas bas.
Cara paling straightfoward bagi FH sebabnya, tak payah pening nak tukar-tukar MRT. Samada anda dari Terminal Larkin ataupun JB CIQ, naik sahaja bas yang bertulis Queen Street. Ada dua jenis bas juga, 1 bas ekspress. Bas Ekspress ni akan direct, keluar je dari Woodlands CIQ dia akan terus menuju ke arah Queen Street.


Satu lagi jenis, macam bas RapidKL yang akan berhenti hampir setiap bus stop yang ada di tepi jalan. Harga lebih kurang je, yang penting, beli di Malaysia sebab di Malaysia guna RM baru sahaja RM3.40. Kemudian make sure anda simpan resit supaya nanti, bila di Woodlands CIQ, tak perlu beli tiket baru yang dijual mengikut harga Singapore Dollar. Rugi....


Bila sampai di Queen Street,  anda perlu mencari stesen MRT bernama Bugis. Turun sahaja bas, menapak lah sedikit ke arah Bugis itu. Nampak tak yang 707-inc itu ialah tempat bas anda berhenti dan menurunkan anda. Manakala stesen Bugis itu, ada di bahagian bawah gambar berikut:



Lokasi stesen Bugis

Beli tiket di mesin tiket dan cari stesen bernama BAYFRONT. Ingat, walaupun anda mahu ke Gardens by the Bay, yang berhampiran dengan Marina Bay Sands, anda perlu turun di stesen BAYFRONT menggunakan BLUE LINE.  Rujuk gambar di bawah:



2) MRT.


Pro: Dapat merasa bagaimana sistem MRT di Singapura

Contra: Hampir sejam dalam MRT sebab ada banyak stesen


Pun begitu, anda jika anda mahu naik MRT hingga ke Gardens by The Bay, nak masuk Singapura mesti kena guna bas juga. Samada Causeway Link ataupun SBS Transit. Beli sahaja di JB CIQ atau Larkin dan beritahu mahu turun di Kranji Station.


Misal kata anda naik bas, turun di stesen bernama KRANJI. Dia stesen MRT pertama yang anda jumpa. Turun di situ dan cari lah mesin tiket.


Stesen Kranji ialah REDLINE. Jadi, cara paling mudah tak banyak tukar stesen ialah anda turun di Marina Bay kemudian naik pula YELLOW Line dan turun ke BAYFRONT. Rujuk gambar di atas.


Terpulang lah mahu beli pergi balik atau tidak.


Kemudian.......  Pastikan anda memakai kasut yang selesa kerana, ada banyak lagi langkahan kaki untuk tiba ke FD itu.
 
Jarak dari Bayfront ke Flower Dome sekurang-kurangnya 1.3km


Ikut sahaja banyak signboard yang menjadi penunjuk arah lokasi Flower Dome itu. Gardens by The Bay ini sahaja banyak juga tarikan. Setiap taman ada tema tersendiri, Malay Garden, Chinese Garden, Indian Garden, dan seterusnya anda akan bertemu dengan struktur gergasi ini:
Gambar dari Google

Di situ ada dua jenis DOME. Satu ialah Cloud Forest yang katanya ada air terjun yang sangat tinggi dan satu lagi ialah Flower Dome. Memandangkan di Malaysia kita selalu jumpa hutan hujan tropika, jadi FH pun pilih masuk Flower Dome sahaja. Hehe.

Harga tiket untuk kita yang NON Singaporean ni, dia tak tulis di situ. Kalau ikutkan, dia tulis untuk masuk kedua-dua DOME/CONSERVATORY  ialah 28 SG Dollar. Tapi bila FH tanya, rupanya kalau kita nak masuk Flower Dome sahaja, dia kenakan hanya 16 SG Dollar. Wahh banyak kan penjimatan tu kan.

Gambar dari website gardens by the bay.




FH dah pergi 2 kali FD ni, jadi apa ada kat dalam sebenarnya? FH ni, suka la juga tengok bunga, takdelah jenis yang tak minat langsung. I appreciate the beauty created by God. Tapi bila FH masuk je dalam FD ni, terus berubah watak sebagai peminat bunga. Jadi gila tengok ribuan kuntum bunga yang mereka tanam dalam ni dan hias dengan cantik sekali. Biarlah gambar berbicara tentang betapa cantiknya bunga dalam ni.

Bayangkan lah, FD ni seluas 1.2 hektar, lebih kurang 2 padang bola dicantumkan (maklumat dari website), memang puaslah kami berjalan. Bunga dalam ni di tanam mengikut tema. Kali pertama FH pergi, ia adalah bertemakan Dahlia jadi nama nya Dahlia Dreams. Kali kedua FH pergi, temanya bunga Tulip juga jadi namanya Tulip Mania.


Selamat menonton...... Harap bertabah dengan gambar yang terlalu banyak. 



Tulips Mania
Tulips Mania
FH Mania.. Haha
Tulips Mania
Tulips Mania

Tulips Mania
FH Mania.. Haha
Tulips Mania
Dahlia Dreams

Dahlia Dreams
Dahlia Dreams
Dahlia Dreams

Dahlia Dreams
Cactus pun ada juga
Dahlia Dreams
FH Mania.. ;P
Tulips Mania

Jadi hilang segala kepenatan FH menapak lebih daripada 15 ribu langkah pada hari itu. Setelah puas bergambar, kami pun melangkah pulang ke arah BayFront MRT Station dan menuju ke tempat lain pula ataupun balik sahaja ke JB mengikut route yang dimahukan. Samada naik bas di Victoria Street ataupun MRT dan turun di Kranji Stesen. Kemudian baru naik bas di Kranji untuk pulang masuk ke JB.


Selamat berjalan di sana ya readers! 

Comments

  1. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price!

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines