Harta Karun Lezato [Part 6]
“Lihat.. Dia diam sahaja. Mungkin dia memang jahat seperti yang diceritakan Baba..” Beliza menambah tuduhan.
“Beliza..” Rossa bersuara lembut.
“Sudahlah.. daku hendak pergi melihat ikan. Dikau mahu ikut? Atau mahu bercanda di sini dengan orang ini?” Beliza menebak hati Rossa.
Rossa tidak tahu jawapannya. Dia juga berminat melihat ikan tetapi seakan hatinya berat untuk berbual lebih lama dengan Pemuda.
“Jumpa dikau di The Gate sahaja nanti ya..” Beliza seakan memahami naluri hati Rossa. Rossa mengangguk perlahan. Terima kasih Beliza! Ujarnya perlahan di dalam hati. Rossa memandang Beliza berlalu pergi.
Dia memandang semula Pemuda. “Lihat.. Ente dah buat daku ditinggalkan Beliza. Sekarang ente kena bawa daku jalan-jalan..” Pemuda terkejut. Sudikah Rossa berjalan bersamanya yang comot dan selekeh? Namun dia segera bingkas bangun dan menuruti langkah Rossa yg sudah bermula.
“Tidak…! Suamiku dibunuh orang!!!” satu jeritan menyebabkan semua bunyi terhenti.
Yang menari terhenti gerak nya. Si badut menghentikan silap matanya. Pahlawan menghentikan panahan bunga api. Si pemakan api juga terhenti sehingga lupa memadam api di hujung kayu yang hampir membakar rambut pembantunya. Rossa dan pemuda juga terhenti langkah.
Suara wanita yang berpakaian merah itu teramat kuat hingga menggemparkan seluruh kota. Dia Larra si Penghibur kesayangan kota yang terkenal dengan suara Soprano yang lantang. Dia kematian suami kesayangannya yang juga merupakan pengurusnya yang cukup gemar membela kucing. Dia melutut di hadapan semua orang dengan wajahnya yang basah bermandikan air mata.
Datuk Bandar yang sedang enak makan bersama Sultan dan semua pembesar lainnya menghampiri Larra, menyentuh bahunya dan bertanya, “Siapa yang melakukannya Larra? Adakah dikau melihat kejadian itu?” Larra si Penghibur menggeleng sambil mengesat air matanya.
“Larra sedang bersiap untuk membuat persembahan dan tiba-tiba sahaja bunyi bising dari dalam bilik. Bila Larra lihat, suamiku Lezato telah pun meninggal dunia.. Datuk Bandar yang baik hati.. Tolonglah daku. Tolong carikan pembunuh kejam itu..” Rayu Larra dengan sayu.
Seluruh kota turut berasa simpati. Tiada lagi niat untuk bersuka ria kini. Sebuah kematian telah berlaku dan seluruh kota terasa kesakitannya.
Rossa mengesat matanya yang basah menyaksikan kejadian pilu itu. Alangkah pedihnya jika Baba juga dibunuh orang yang kejam. Meskipun Baba hanya lah majikannya. Tapi dia tidak tahu dengan siapa lagi dia hendak meminta simpati jika Baba sudah tiada.
Baba si penjual kek amat baik kepadanya. Katanya Rossa membawa tuah kepadanya. Perniagaannya bertambah laku dengan kehadiran Rossa di rumahnya. Sungguhpun Rossa tidak mengingati apa-apa tetapi Baba memanggilnya Rossa kerana di lengan kirinya terdapat tatu bunga ros Biru.
Kata Baba, mungkin itu nama yang diberikan ibu bapanya. Jadi mereka mencacah tatu bunga Ros sebagai peringatan kepada semua bahawa namanya ialah Rossa.
Pemuda mencuit bahu Rossa. Menunjukkan isyarat agar mengikutnya. Rossa menyoroti langkah Pemuda seperti dia dipukau. Pabila mereka berada jauh daripada orang ramai, Pemuda mula berkata-kata.

adakah ini dr novel or nukilan dr hati nurani??
ReplyDeletehuhu
tumpang lalu
bro..
ReplyDeleteini novel nukilan hati naluri daku sendiri..
huhu..
silakan tumpang lalu..
laluan bebas toll