Cuba lah tapi kau xkan dapat.

Saat kau baru sahaja keluar ke kota..
Kau cuba melangkah dengan penuh bergaya..
Dengan kasut baru mu..
Dengan beg baru mu yang di beli di kedai mewah..
Kau cuba menjadi orang kota..
Tapi kau tak akan berjaya..

Kemudian kau bersuara dengan nada orang kota..
Dengan kuat kau berkata-kata..
Mahukan semua mendengar suara..
Kau cuba sembunyikan nada desa mu..
Sekali lagi kau gagal..
Dalam cubaan menjadi orang kota.

Bila malam menjelma..
Kau keluar bercanda bak orang gila..
Ke sana ke sinun kau bersuka ria..
Kau fikir orang kota ini banyak masa?
Kau fikir orang kota selalu bergembira?
Kau silap berkali-kali..
Dengan cuba menjadi orang kota..

Sudah!
Sudah ku katakan..
Kau bukan orang kota..
Walau beribu kali kau cuba..

Silakan lah mencuba sejuta kali lagi..
Tetap lah kau pada mana asal usul mu..




Comments

  1. aku nak jadi orang kaya yang bergaya papa.. yg sedang2 aje..

    ReplyDelete
  2. nak jadi orang yang sederhana...ingat asal usul n jati diri..heppy eid sis..=)

    ReplyDelete
  3. miss shaz.. happy eid too :)

    kak na.. aku nak jadi diri ku.. huhuu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines