Una Malaysia

~Genggaman tanganmu, semangatku terus membara...janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan~


Lirik yang dipetik dari lagu yg sangat menyeronokkan ini. Boleh dengar kat sini.. (dengar FT-Malaysia1).
Kalau nak download boleh kat sini (muat turun FT-Malaysia1)
Juga beberapa lagi lagu sempena gagasan Datuk Najib. Tekan kat sini-->>>(Satu Malaysia)



Lagu Faizal Tahir ini baru ku dengari petang tadi dalam perjalanan dari UPM ke Kampung Puah... Bila pertama kali daku mendengar.. teros rasa cam lagu sangat sesuai untuk menang dan di pilih jadi lagu favourite rakyat Malaysia.. Ok2.. bukan sbb bias kerana daku peminat FT aka Faizal Tahir.. haha..


Tapi rakyat kita memang perlu kan lagu untuk menaik kan semangat mengenai sesuatu. Maal Hijrah ade lagu.. Hari Raya ade lagu.. Raya Cina ade lagu.. Merdeka ade lagu.. New year ade lagu.. Sekolah.. Universiti.. Mengaji Quran.. Rancangan memasak.. Pendek kata hampir kesemua occasion dan juga mana2 pertubuhan pn mesti ade lagu.


If pergi mana2 kem pun.. Mesti ada lagu kem yang perlu dihafal berulang-ulang kali cam zikir.. Demi menaikkan semangat peserta kem yang kadang2 tu nampak cam lembik semacam.. Daku masih ingat lagi lagu FT pernah jadi lagu untuk kem kepimpinan anjuran MTM Kolej 17 UPM 08/09. Memula kami (daku dan saudara Rahman selaku AJK Disiplin) ada 2 pilihan..


Samada lagu Gemuruh Jiwa nyanyian FT or.. Lagu Warisan nyanyian SUdirman (kalo x silap.. tapi rasanya cam suara Sudirman). Tapi bila fikir2 balik.. Warisan memang dah berzaman jadi lagu kem yang dizikirkan mana2 peserta kem. So saya cadangkan utk kami memberi nafas baru kepada kem kami dengan guna lagu Gemuruh Jiwa.


At the end it turns out something good. Bila peserta nyanyi lagu Gemuruh Jiwa ramai2.. then baru lah daku sedar.. Lagu itu sangat sesuai! CUma mungkin nada nya tinggi sket.. Tapi takpe lah.. Kita cuba spice up kem kita bila guna lagu modern. Dan saya rasa ia berjaya..


Bila dengar lagu Malaysia1 yg dinyanyikan FT rekaan Audi Mok dan Nur Fatima.. Saya pula terbayang kan sesuatu.. Jika selepas ini lagu ini menjadi siulan seluruh rakyat.. Adakah ia akan tetap menjadi lagu tema negara kita.. atau jika Najib turun dari tampuk perdana menteri.. Dan bila PM seterusnya x lagi membawa gagasan 1 Malaysia.. Apakah yang terjadi dgn lagu yang sangat sedap ini.. dan juga lagu2 1 Malaysia yg lain.


p/s: Deepavali punya lagu pun akan dikomersialkan... Terfikir kenapa x ada orang buat lagu Raya Haji..



Comments

  1. ade satu lagu ni..
    sangat menenangkan jiwa..
    x fhm sepenuhnya lirik die..
    tapi bila dengar..
    hilang segala resah..
    yg bergolak boleh jadi reda..
    hebat karya ni..
    penyanyi-sami yusuf
    lagu - asma allah

    ReplyDelete
  2. mmg sokong faizal tahir menang..mmg patriotik sgt

    ReplyDelete
  3. eh,mai la jemput2 singgah blog sy ea..hehe

    ReplyDelete
  4. oke nanti ila buat lagu raya haji.
    *oh excited .biasalah orang suara sedap. HAHA PERASAN

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines