Salman or Shah Rukh??

Pernah menonton Kuch Kuch Hota Hai (KKHH)atau pernah dengar pasal cerita ini? Ia sebuah cerita WAJIB tonton bagi mana-mana peminat filem Hindi. Ia mengisahkan cinta seorang gadis yang tidak kesampaian terhadap cinta pertamanya dan cinta pertamanya datang kembali kepada nya. Itu pun setelah bertahun2 gadis ini kecewa dan dia sendiri dah jadi gadis ayu. Pengakhirannya macam biasa, gadis mendapat cinta pertamanya dan mereka berkahwin. Blablabla..

Saya selalu juga menonton filem Hindi walaupun agak banyak nilai2 yang saya tidak setuju dipaparkan dalam filem sebegitu. Dalam KKHH terdapat suatu PENGAKHIRAN YANG SANGAT2 TIDAK ADIL dan TIDAK PRAKTIKAL.

Okey.. Cuba bayangkan anda adalah Anjali...

Jatuh cinta dengan sahabat baik anda di sekolah menengah, university, atau sebagainya. Tapi sahabat baik anda ini (watak Shah Rukh Khan), tidak membalas cinta anda kerana dia mengejar cinta gadis yang jauh lebih seksi daripada anda (saya kira cuma faktor seksi yg menjadi tarikan pada Rani Mukherjee kerana Kajol jauh lebih cantik).

Kemudian selepas habis sekolah, anda balik ke kampung itu dan berubah menjadi seseorang yang lebih feminine dan mula berpakaian seperti wanita anggun. Anda bertemu seseorang yang cintakan anda (watak Salman Khan) dan kalian bertunang dan akan bernikah dalam waktu terdekat. Tiba-tiba sahaja anda mengetahui yang Rani telah meninggal dan mempunyai anak yang ingin menyatukan anda berdua hanya kerana ibunya terasa bagai telah merampas cinta Anjali sejak dulu lagi.

Sekarang cuba rasional kan pemikiran anda. Kalau dari awal Rani rasa dia dah rampas SRK daripada Kajol kenapa dia x cancel je wedding mereka dan suruh SRK kahwin dgn Kajol je? Kenapa perlu tunggu 10 tahun bila anak dia dah besar baru nak suruh anak dia cari Kajol balik?? Dan SRK sendiri cuma sedar yang dia cintakan Kajol bila dia nampak Kajol pakai sari. Helo.. Nampak sangat lah watak SRK ni high interest kat pinggang, peha or any body part wanita..

Dan Anjali @ Kajol sudah terlalu kemaruk dgn cintanya terhadap SRK hinggakan tidak excited kepada majlis perkahwinannya dengan Salman. Kalau anak gadis/adik perempuan/tunang anda berkelakuan seperti Anjali apa yang akan anda lakukan?

Sudah tentu ceritanya akan jadi Headlines dalam media massa. Mungkin tajuk nya : Pengantin Lari Semasa Majlis Pernikahan atau pun Pengantin Lelaki Bernikah Sendirian.
Nilai mengejar cinta terlalu kuat dalam cerita KKHH ini sehinggakan jika anda bertemu dgn cinta pertama setelah sekian lama, tukar pengantin lelaki pn tiada masalah. Itupun dengan keizinan watak Salman. LOGIK KAH???

Jadi saya tetap akan pilih Salman. SRK tidak layak untuk dikahwin kan 2 kali dalam kisah ini. Dia jatuh cinta bukan kerana peribadi tapi kerana obsess dengan kecantikan wanita. Jadi Salman lebih jujur dan gentleman dalam kisah ini. Bukan SRK yang tamak...

p/s: saya bukan anti-Hindi movie. Saya sendiri menangis menonton KKHH kerana ketidak adilan pengarah terhadap watak Kajol dan saya bencikan watak Rahul@ SRK soo much!

Comments

  1. Saya baru lagi menonton cerita ini. Dua tahun lepas rasanya. Semasa sedang hangat, tak berkenan pun untuk ditonton.

    Hindi dan Hollywood tidak banyak bezanya. Mereka masih menganggap cinta pertama itu cinta agung. Dan, masyarakat juga terpengaruh dengannya.

    ReplyDelete
  2. cinta terakhir lebih agung kan? Farah Hanani strongly believe in that..

    sbb kalo kita ikut kan dlm pengakhiran hidup kita.. regardless macam mana seluruh penghidupan kita.. tp jika kita meninggal dunia dalam cara beriman... dlm erti kata lain mendapat Cinta dari Allah..

    Itulah yg paling utama..
    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. kira-kira saya juga bersetuju dengan pendapat anda.. salman seharusnya menjadi pilihan hati kajol dan bukan SRK..

    tapi satu kenyataan yang tak dapat dinafikan.. bagi saya mungkin.. cinta pertama itu bukan sesuatu yang mudah disingkirkan dari kotak ingatan.. perasaan mungkin boleh ditukar ganti tapi jika terusik kembali impaknya boleh jadi lebih hebat dari tsunami.. barangkali.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines