Senarai 6: Barang2 WAJIB ada dalam beg/handbag/poket

Survey ringkas yang invalidated and not significant ni saya buat kat Facebook hari tu. Jumlah respondent tak ramai dan N pun x cukup 30 (hoho.. kalo Dr. Azrina tahu ni mesti dia x approve kesimpulan yang saya nak buat.)

Barang 1 ::: Purse/Wallet

Sangat penting barang ini. Dalam purse wajib ada NRIC (Kad Pengenalan).. Lesen.. Kad Touch N Go.. Kad kredit..  Gambar insan tersayang.. Oppss... Err.. Tu tak wajib kot.
Barang 2 ::: Duit. Duit. dan duit.

Ada orang tak kisah x bawak purse asalkan duet penoh dlm poket. Hurm.. betol gak tuh. Kalo guna purse Dolce & Gabbana ke.. Gucci ke tapi duet xde memang x boleh pakai gaks.. Huhu.. Kecuali lah kalo keluar shopping dengan Sugar Mummy ke.. Sugar Daddy ke.. Abah ke.. Mama ke.. Balak ke.. Tu mmg hukumnya Sunat utk bawak duet. Hoho..

Barang 3 ::: Handphone/Handset/Telefon Bimbit/Telefon Tangan

Keperluan masa kini. Gaya hidup masa kini.. Arrr.. Pendek kata kalo orang tu takde handphone boleh lah dikategorikan sebagai ketinggalan atau pun dia memang anti technology or mungkin juga techno-phobic. Huhu.. Even budak tadika pun bawak henfon skrg.. Tak payah susah2 nak call parents diorg in case of any emergency. Waa.. Gua dulu pn Abah beli kan my 1st sim card adalah masa lepas Form 5. Tu pn sebab nak kena pegi PKN kat Miri. Dapat Nokia 3310 3rd hand pn dah rasa cam bergaya abes dah.. Hoho.. Tu kisah lama.. Sekarang saya tgh kumpul duit nak beli Sony Ericsson Aino White. Berusaha!
Sangat2 perfect rasanya hidup aku kalo dapat Aino Putih ni.. Yummy!

Barang 4 ::: Kunci Umah/Kunci Kereta

Sangat2 penting. Yer la.. Kalo dah keluar rumah x kan la x bawak kunci umah. Kecuali lah rumah korang memang sentiasa ada ramai org atau pun korang memang xde rumah! HUrm..???  Bagi yang ada keta.. kena make sure Kunci keta diorg dekat dgn mereka.. kalau tak ada kemungkinan besar kereta anda berisiko tinggi utk di rembat. Oh Noo!! Tidak...!
Erkk.. Ape kaitan Alicia Keys dengan semua ini??? Langsung takdak.. cuma Gambar Hiasan.. Hak2..

Barang 5 ::: Spek Mata/Cermin Mata

Ni kawan aku cakap mak dia memang x pernah tinggal spek. WAJIBUL bawak dalam beg kalo nak pegi mana2.. Agak signifikan jugak sbb mak2 kita kebanyakan nye rabun jauh/dekat atau sebagainya. Karang tetibe nak baca menu kt restoran ke... nak baca Al-Ma'thurat jap kat dalam keta ke.. Kan senang kalo sentiasa bawak spek dalam beg..
Barang 6 (Special untuk kaum Hawa) ::: Lipbalm/Lipstick/Eyeliner/Bedak Kompak/Perfume

Dan juga sebarang perkara yang sewaktu dengannya... Haa.. Tambah lah dalam list tu sendiri. Huhu.. Barang2 mekap ini penting demi memelihara keanggunan wajah dan kesegaran badan. Tapi tak semua perempuan bawak mekap setiap masa. Ini adalah mengikut citarasa peribadi. Dan kalau anda kaum perempuan yang x bawak semua perkara sebegini.. Bukan nya bermaksud anda BUKAN WANITA. Hoho... No offense.. Sebab kaum lelaki pun ade je yg bawak perfume sekarang ni. Contoh:: Sam BUNKFACE.

 Wangian Favourite Ku.. He2 tapi mahal aa harga botol ni.. Hua2

Apa2 pun dalam list anda.. Terpulang la kepada keluasan beg masing2 nak letak ape kat dalam tu.. Yang penting anda bahagia dan tak ganggu orang.. ^___^

Comments

  1. Saya tak ada beg sandang yang kecil sebab tak suka pakai. Saya guna beg sekolah. Dalam beg saya mesti ada novel/buku juga kamera. kertas,dan pen. Yang lain-lain sumbat dalam poket. Bawa beg semata-mata untuk letakkan novel, atau beli barang, malas nak jinjit, beglah tempatnya.

    Ringkas sahaja beg saya =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines