PM Dato’ Seri NAJIB adalah Chief Executif (Betulkan jika saya silap)

Saya tak tahu kalau ada orang akan panggil saya gila, tak betul, terlalu berani, atau apa sahaja label yang mereka bakal berikan. Kadang kala kita akan melakukan sesuatu di luar batasan. Sama ada kita akan berjaya atau gagal, itu semua berpusat kepada gagasan pemikiran kita sendiri.

Sepetang di U**M (di rahsiakan di sini) membuat saya kembali berfikir tentang erti kehidupan sendiri. Kali ini bukan sebarangan petang yang selalu saya lakukan sebelum ini. Kali ini saya ‘meredah’ ke dalam Lecture Hall dan cuba mencari konklusi tentang manifesto baru dalam “Kotak Hidup Farahanani”.

Saya kira saya bernasib baik (Syukur, Alhamdulillah) kerana kelas yg saya ‘sneak-in’ ni adalah salah satu topik kegemaran saya

à Political Sciences. ß

Topik yg mungkin kompleks bagi sesetengah manusia namun cukup mencabar dan menarik dari sudut pemikiran saya. Barangkali mudah bagi saya kerana memang kegemaran saya memerhati gelagat manusia. Malahan, politik juga mencerminkan gelagat manusia.

Pendedahan manusia/insan/citizen dalam arena politik akan mempengaruhi penerimaan  dan mewujudkan luahan terhadap sebarang isu berbangkit.

Suatu analogi, seperti bila kita nak beli sayur di pasar. Kita tidak akan dapat menilai adakah Sawi di pasar A adalah yang terbaik dari segi kualiti, kebersihan, zat dan nutrient nya selagi kita tak buat survey di pasar B dan C. Bila kita lebih banyak tahu, kita akan menerima sesuatu dengan cara yang berbeza. Kemudian barulah kita dapat buat keputusan (luahan) samada nak beli atau tidak Sayur Sawi itu.


Sesetengah orang lebih pentingkan harga, sesetengah pula risaukan kualiti, di sebelah satu sudut pula memikirkan zat yang masih terkandung di dalam sayur setelah melalui pelbagai proses. Itulah gelagat manusia dalam melaksanakan setiap keputusan.

Berbalik kepada kisah penyelinapan saya di kuliah ini tadi, saya kira persoalan mengenai kewajipan setiap rakyat Malaysia memiliki se-naskhah PERLEMBAGAAN MALAYSIA ibarat membangkit kan suatu elemen kesedaran dalam diri saya sendiri.

Jika umat Islam seharusnya memiliki Kitab Al-Quran (walaupun tak pernah dihukumkan sebagai WAJIB, tapi pelik juga kalau orang Islam sendiri tak simpan Al-Quran), makanya rakyat Malaysia perlu juga menyimpan naskhah PERLEMBAGAAN supaya kita menyedari hak kita.

Membuat kan saya terfikir; dalam kubur nanti, Malaikat akan tanya aku ni agama aku ataupun kerakyatan @ citizenship dahulu? (Waah.. Sungguh Ukhrawi kah Farahanani ni?)

Jadi PERLEMBAGAAN adalah panduan hidup rakyat (bak kata Aristotle) tetapi sebagai umat Islam, AL-QURAN lah perlembagaan@cara hidup kami (teringat pula saya kepada bait lagu sekolah rendah saya).

Mengapa saya selalu cuba menghubung-kait kan Islam dengan Politik? Kerana Islam tidak boleh dipisahkan daripada arena politik. Jika ada orang yang mengatakan politik itu kotor dan tidak sesuai dikaitkan dengan Agama yang Suci, Iya memang benar ia kotor. Tapi itu adalah politik yang tidak berlandaskan Syariat Islamiyah yang sebenar.

Dakwa lah anda sesiapa, baik dari parti yang Pro-Islamisasi mahupun yang Pro-Nasionalisasi. Gelagat anda akan mencorakkan permainan politik anda. Amat pelik kerana jika kita ambil kira sejarah sewaktu pemilihan khalifah, tak ada pula politik kepartian. Kebolehan kepemimpinan adalah dinilai kepada nilai2 yang baik dalam individu itu. (Adalah, Sound Health dan beberapa lagi menurut Al-Mawardi et al)

Dan menurut Bro Al-Farabi (Astronomist dan juga Philosopher terulung), pemimpin atau khalifah yang baik itu patutnya seorang philosopher juga. Waduh… Adakah pemimpin kita hari ini seorang ahli falsafah atau kata2 dalam ucapan mereka sebenarnya di rangka oleh ‘personal assistance’ mereka??  Herm.. Satu lagi perkara yang membangkitkan tanda tanya dalam Kotak Minda Farahanani….

Wallahua'lam..

Comments

  1. Politik tidak pernah kotor tetapi orang-orang yang terlibat dalam sistem politik ini yang mengotorkannya. Apabila seseorang individu sudah memasuki satu-satu sistem adalah susah untuk dirinya keluar dari sistem itu sendiri atau cuba merobah apa yang telah menjadi semacam darah daging.

    Misalnya, sebagai individu kita menentang rasuah tetapi apabila memasuki arena politik yang menjadikan rasuah sebagai salah satu alat untuk mendapatkan kuasa mahu tidak mahu kita juga perlu lakukan perkara yang sama iaitu memberi / menerima rasuah kerana mahukan kuasa.

    Dan di sinilah kita akan "berperang" dengan diri serta prinsip yang kita pegang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines