Restaurant Review: Kunang-kunang

Baru semalam FH dan famili menjengah di restoran ini yg duduknya bersebelahan dgn Shell Taman Melati yg menghadap MRRII (menghala ke UIA/Kuantan).




First impression, boleh dikatakan Kunang-kunang ni buat kita rasa macam kat dalam pondok kt tengah hutan. Dengan lighting yang sedikit 'warm' memberikan mood yg berbeza pada sesetengah pasangan bercinta. Tapi bagi kami yg datang dengan family ni.. rasa agak suram la jugak..

Disebabkan konsep dalam taman nya, kedudukan meja dan kerusi juga di atur ikut rekabentuk 'taman' nya. Ada beberapa pilihan samada nak duduk di bawah gazebo (8-20 orang) ataupun 'scattered' di sekeliling pentas kecil yg kadang2 mempersembahkan live band. (Dengar cerita Hujan penah perform kat sini.)

Dari segi harga, sesetengah orang mungkin rasa kurang berpatutan. Setiap makanan/minuman harga nya 2 kali ganda berbanding restauran yang lain. Setiap harga juga tertakluk kepada tambahan 10% service charge. Tapi Kunang-kunang menang dari segi kuantiti makanan yang di hidangkan. Jadi bagi sesiapa yang rasa sangat2 lapar mmg rasa berbaloi makan dekat sini. Tapi kalo setakat nak alas perut tu.. kena la pilih dessert sahaja sebab kuantiti nasi/pasta yg hidangkan mmg agak banyak..

Kunang-kunang juga di kategori kan sebagai "B" untuk kebersihan dan keselamatan makanan nya. Kalau dapat "A" lagi bagus sbb FH memang sgt2 freak kalau makan kat tempat kotor ni..

FH sempat capture sedikit gambar makanan utk tatapan anda.. Kualiti gambar kureng sket sbb problem lighting.. Heh..


FH order ini: Spaghetti Meatball. (Markah: 1.5 Dimensi)

Chicken Maryland kalo tak silap. (Markah: 3 Dimensi)

Chicken Chop (Markah: 3 Dimensi)

Nasi Dendeng. (Markah: 2.5 Dimensi)

Abah order ini: Mee Goreng Mamak (Markah: 2 Dimensi)

Nasi Goreng : (2 Dimensi)

Murtabak pun ada juga. (Markah: 2 Dimensi)

Haa.. mesti tertanya2 apa maksud Dimensi yg FH letak kat hujung markah tu. Sebenarnya istilah Dimensi tu FH guna untuk rate markah makanan. Lebih banyak dimensi.. atau lebih senang cakap.. lebih banyak rasa yg hit kat deria rasa kita.. lebih sedap lah makanan tu (bagi FH la). Dan juga bergantung kepada sejauh mana keunikan masakan tu berbanding tempat lain.. 

Jadi total harga Dinner kami semalam di Kunang2 adalah RM350++ termasuk 10% service charge untuk 16 orang yang memang tengah kelaparan.. Huahuahuahua..

Ehhh.. Kata ada 16 orang??? 
(ni FH bersama my cousin Kak Intan. Dia yg recommend tempat ni)



Sangat2 poor quality dan sila blame it on FH sbb tertutup flash dgn jari.. Aiyarkk..

Dan anda boleh juga visit website Kunang-kunang. Kat situ ada banyak lagi info pasal restoran ini...

(^__^)

Comments

  1. all about food..ni mesti g dgn pengantin baru kan..nak..nak..ade kunang2 x sebenarnye kt kedai tu?? huhu..

    ReplyDelete
  2. restoran2 eksklusif ni mmg tak kena dgn selera dan gaya jojo la kak~

    ReplyDelete
  3. huhu... Jojo... aku suka merasa.. tp Kunang2 ni.. bagi aku rasa makanan dia biasa je..

    so ekslusif or not.. rasa makanan paling penting.. ^__^

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines