FH suka lagu-lagu ini...

January 2011 Song Choices


Huh.. Cari ruang mengelat sebelom training start kul 10 kt Jusco Maluri.

Lately bila da start drive pergi tempat kerja, aku mula berjinak balik dgn dunia radio. Stesen pilihan aku, Xfm sbb banyak lagu yg ada bunyi drum. (baca: lagu2 berunsur rock yg tidak mengantukkan halwa telinga ku). Tapi kadang2 buka juga stesen lain bila tgh lagu rock jiwang karat kapak yg sungguh bukan minat aku.

So, aku buat song choices of this month. Ada lagu baru ada gak lagu lama berzaman2.. Ngeh.

#1 Tiada Kata Secantik Bahasa 

Lagu Asal: Tan Sri P. Ramlee
Cover Version by: MonoloQue



Mula-mula dengar.. rasa asyik sangat dengan lirik nya. Tambah dgn nyanyian MonoloQue yg ikhlas tu. Boleh bayang macam dia tuju kat isteri kesayangan dia. Bila selidik baru lah tahu yg lagu ni asalnya dari P. Ramlee dan Jamil Sulong untuk filem Anjoran Nasib (1952)

#2 Stereo Girl

Penyanyi: Nice Stupid Playground



Nice Brilliant Song dari band Sarawakian ini.. Salah satu lagu berunsur Brit Pop yang aku suka.

#3 Sungai Lui

Penyanyi: Aizat Amdan
Lagu: Anas Lirik: Aizat
(Senang betul nama adik beradik si Aizat ni)



Easy listening. Memang jatuh cinta dengan lagu ni. Agak2 ada tak orang nak buat lagu Sungai Gombak?

#4 Years From Now

Penyanyi: Aizat Amdan



Terbaik. Aizat and the family sangat kreatif. Buat aku terfikir sekali apa akan jadi pada aku bertahun2 akan datang..

Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines