Ohh!! My Crushes!

Monolog:
[[Waah.. Gila a ko FH. da kul 2 tapi tak tido lagi. Esok keja ko sempat ke nak bangun ni?? Haha.. Tu la ko degil pegi makan Bubur Nasi dgn Kari Ikan yg Umi masak padahal ko tahu kalo perut ko kenyang ko tak akan dapat tido..]]

Tiba2 aku rasa cam nak putar piring hitam lama.. Nak buka balik cerita kisah2 'cinta' aku yg tak menjadi.. Cinta2 aku yg tak berbalas...

(Amaran: Maybe korang akan rasa aku gedik)




Ermm.. Nak mula dengan yg mana satu eh? wahh.. Ramai sangat sampai dah lupa. Sebenarnya ada lah beberapa.. Jadi buka cerita dengan zaman sekolah rendah lah yer..

Sekolah Rendah

Namanya A.S. Tinggi la.. kategori lelaki tinggi kt sekolah aku.. aku benci gila dgn dia. sejak tadika. dia selalu usik aku sampai nangis. At the end aku pun tak tahu sebenarnya aku benci ke..aku suka dia. Haha. Tapi masa start darjah 5 tu.. aku cam dah rasa mamat ni cam hensem jugak.. Yer lah dulu mana nak analisa personaliti ke apa.. Asalkan rasa cam ok je.. teros rasa minat. Memang budak2 sungguh.
Tapi aku sebenarnya jeles gila. sebab ada sorang gadis cun ni yg di gosip kan dengan dia. Sampai bengang gila dia dgn aku sbb aku selalu ejek dia.. padahal aku ejek sbb aku jeles. Apa kah? Memang tak matang betol aku ni.

Sekolah Menengah (Form 1 to Form 3)

Ada dua spesis yg aku minat kat sekolah menengah dan dua-dua nya bukan budak sekolah aku.. Sebab aku budak sekolah girls only. So konfem2 la diorg bukan sama sekolah. Hahahaha. dua2 nama start dgn huruf A. apa aku ni obses dgn nama A ke?

Sorang tu tua setahun dari ku. Sorang lg tua dua tahun dari ku. Hello? Jgn salah anggap. AKu x minat diorg serentak.. Mula2 aku minat yg nama AZ**.  Muka macam pakistan. Orang melayu je tp mix sket. Sbnrnya bermula dgn salah faham. Ada kawan aku kena kan aku. Dia kata mamat ni minat aku. Lepas tu aku perasantan. jadi aku pn minat la dia. Haha.
Senang nya nak minat orang. Ya Allah... Bengong nya rasa. Last2 aku dapat tahu mamat tu sebenarnya ada awek yg rupanya aku penah tido rumah awek dia tu. Memang frust la. Tapi takpe.. Ada backup.. Ada Backup..

Nama dia Am**. Selalu jumpa kat tgh bandar bila outing.. Memang cool je. Muka serius.. Ntah mana ntah aku kenal dia.. Aku pn tak ingat. Ada la beberapa kali tu naek satu bas dari KL-KB dan KB-KL. Masa tu jiwa remaja mula la rasa; Wahh.. Ada jodoh ni!  Berangan betul.

Selalu usha dia dari jauh je.. Kirim2 salam. Haha.. Kelakar gila bila fikir balik masa tu.. Tetibe mamat ni minat kawan aku dlm satu geng sendiri. Siap telefon rumah sewa kitorg bagai.. Ya Ampun... Hancur nya hati.. Tapi sebenarnya paling hancur sebab member aku x bagitahu aku. Padahal masa tu dah kurang sket dah rasa suka kat mamat tu (Ayat cover line). Jadi aku teros tak minat mamat tu. Lagipun dia x bagi respon at all.

Masuk Form 4. 
Aku pindah sekolah kt Kuala Selangor. Boleh kata kan tak ada langsung crush kat situ.

Cuma ada la seorang budak kelas 3 belah ni (Selang 2 kelas dari kelas aku). Nama nya.. IZ*****. Ketua Kelas. Gila aa aku selalu usha dia. Sebab dia giler pendiam. Memang cool ah. Sekali nya kelas dia ada buat dedication buah.. jeng.. Jeng.. jeng.. aku bagi 1 dedikasi kat dia. Entah buah epal ke orange aku tak ingat. Di tujukan khas buat K.T 5 Amal (Ketua Tingkatan 5 Amal). Mati aku kalau dia baca ni... Kantoi habes. Tapi aku rasa mmg dia dah tahu dah sapa punya kerja tu. Sebab tak ada org lain minat dia kat sekolah tu melainkan aku. Hahahaha..

Selain dari itu. aku jumpa beberapa kawan lelaki yg boleh di jadikan real friend.

Salah seorangnya, nama dia AIZ*****. Huruf A lagi??? Memang sah ko obses!

Usia 18-21 tahun

Masa tempoh sekolah tak rapat langsung. tapi habis je sekolah jadi baik pulak kawan dgn dia. never lost contact. Aku pegi PKN kt Sarawak ke.. Matrik ke.. Masuk UPM.. Maintain je baik dgn dia. Sampai aku konfius apa anggapan aku kepada dia sebenarnya. Kawan ke.. Teman Tapi Mesra ke.. Berharap dia jadi bf. Haha.. Biasa lah aku.. Minah Konfius. Tak percaya tanya Yanti

Sampai sekarang aku baik dgn dia. Ok je kalau tetiba dia suka aku. Ngeh. Tak ada pendirian ke??

Huhu.. Ada..

UPM Kampus Serdang. Lebih tepat lagi Kolej 17

Masa first year rasanya.. Aku start admire seorang ni.. Nama dia HA**** FA****. Bila tengok dia, jantung berhenti berdegup sekejap. . Ngahahaha. Umi aku kata, muka aku ada iras dgn dia. Pastu mula2 tu aku pn rasa cam dia ada hati dgn aku gak. Sekali nya, time lepas kami camping yg aku accidently dpt satu grup dgn dia tu, dia mula ada affair dgn seorang minah cun ni. Siot jer. Kecantikan minah tu memang tak dapat tanding la. Jadi aku awal2 surrender.

Tapi seriously. Aku rasa selesa gila dgn si HF ni.. Cam sejiwa pun ada. Tanya Yanti.. Haha. Tapi kami berlainan haluan. Rupanya minat dia lebih kepada seni, tarian, teater dgn sebagainya. AKu jadi tergezut. Eh.. Mana boleh jadi ni.. Masuk benda tu semua banyak libatkan sentuhan. Jadi perasaan suka itu berakhir setakat di situ.

Jadi dah berapa org crush aku ni?  Ada la lebih dari 3..

Oppp.. Chop2.. . Lupa nak include kan Usop!! (Bukan nama sebenar). Hehe.. ni lah makhluk tuhan yg paling cantik aku rasa. Cuma slack sbb dia pendek sket. Tapi dgn dia ni sejak first year sampai lah sekarang ni kalau korang tanya aku, siapa mamat kat UPM paling hensem, dia je la yg aku pint point. AKu selalu usha kehenseman dia. Tapi no further feeling. So takde lah kira crush sangat. Hoho.

Kesudahannya, aku simpulkan.. those crushes are not real. Lagi pun aku memang bertepuk sebelah tangan yang tidak berbunyi. Sebab aku tak bagitahu or confess or anything. Sebab tu ada org kata, kalau suka, bagitahu je. Habis cerita. Tapi kes2 aku.. Aku tak yakin.. Lagipun dulu aku tak ada keyakinan diri lebih2 lagi bila dalam satu geng tu.. Semua org cantik2.. dan semua ada admirer. Kecuali aku. Memang rasa down habes lah..

Sekarang ni aku dah terima hakikat yg tak ada admirer (peminat) sejak dulu tak bermakna aku tak menarik or apa2 yg negatif. Tapi mungkin bukan itu cara nya aku temui cinta. Aku lebih suka kalau Hubby aku minat aku sebab aku melengkapi hidup dia dan kerana dia perlukan aku.

Ehh.. Jangan salah anggapan. Belum ada yg bergelar Hubby di hati ini.. Nanti2 bila ada yg masuk meminang,  aku bagitahu korang yer..

Peace.

May Allah Bless You All.

Comments

  1. haha, masa sekolah rendah je aku rasa cam comel~ble dah tingkatan dan keatas rasa ko cam gatai plak~hahaha

    ReplyDelete
  2. fadzi..

    hahaha..
    itu nama nya remaja.
    tipu la kalo ko x gatal dulu..
    ngeh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines