Bijak kan Anak-anak..

Huh.. Kenapa tiba2 FH cakap pasal 'parenting' nih?? FH takde anak.. anak kucing lagi lah takde..

........................

Waktu kecil dulu Abah selalu bawa saya pergi ATM. Kadang-kadang Abah akan bagi peluang dekat saya untuk tekan keyboard yg dekat ATM.. Walaupun masa tu saya tak faham kenapa Abah selalu panggil mesin yang ada skrin dan keyboard rata itu, sebagai "Kawan", yang penting saya rasa puas hati setiap kali saya berjaya selesaikan tugasan walaupun terpaksa berjingkit kaki sedikit.

Abah juga selalu galakkan kami adik-beradik selesaikan sendiri urusan masing-masing. Walaupun kami perempuan, kami cuba juga sebab Abah selalu kata kami kena cuba buat sendiri. Itu hal kamu, kata Abah.

Sekarang bila saya dah umur pertengahan 20 tahun, lama kelamaan baru saya nampak kelebihan menggalakkan anak-anak mencuba sesuatu yang baru. Di tempat bekerja saya di mana ramai pasangan suami isteri yang membawa anak-anak membeli belah, terdapat pelbagai ragam dan stail mendidik anak yang saya dapat perhatikan.

Hanya sesetengah ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka menerokai 'dunia' yang penuh dengan adventure. Bagi yang 'sporting', mereka akan menggalakkan anak-anak mereka bertanya dan berjaya menjawab pertanyaan dengan baik dan juga membiarkan anak mereka membuat pilihan sendiri dalam hidup walaupun seawal usia 4 ke 5 tahun.

Ternyata rumit juga ya bila hendak membesarkan anak-anak..

Keibubapaan bukan lah topik utama yang selalu pasangan fikirkan bila hendak berumah tangga. Membesarkan anak-anak bukan setakat melahir dan memberi makanan yang cukup. Banyak lagi aspek seperti komunikasi, didikan, dan aspek agama yang perlu ibu bapa kuasai sebelum benar-benar merancang untuk mendapatkan anak.

Oleh itu, bijak kan lah anak anda dengan menggalakkan mereka berfikir dan mempelajari sesuatu yang baru. Layan lah minda mereka yang penuh dengan persoalan terhadap dunia supaya mereka lebih mengenali diri mereka dan juga Maha Pencipta.

Wallahua'lam..

Comments

  1. kakak xsampai nk tekan ATM.abah kena angkat sket.hehe_ratusunan_

    ReplyDelete
  2. haha.. macam ko lahir je terus jd besar aa??

    aku lagi cepat tinggi dr ko tau!

    :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines