Scene Korea bak kata Yanti




Cerita Korea selalu buat orang terdodoi and berangan2 dengan scene yang memang lah tak pernah jarang di buat orang kat real life.

Bak kata Yanti, Piggy Back mesti ada dalam setiap drama K ni.. 

Apa Piggy Back tu?? Belakang B*** kah??? Bukan la... Piggy Back tu yang dokong awek kat belakang cam dokong kanak2 tuh.. Ala.. awek korea tu kurus-kurus kot.. Berat mesti tak sampai 50kg. Memanglah mampu nak dokong ikut style apa pun.

For record, FH bukan peminat drama Korea.. tak suka tengok cerita Romantik dan tak baca novel Romantik hampir 10 tahun..

Dush.. That's the reason aku masih single sampai sekarang kot. LOL.

Saya ada beberapa orang member baik yang suka benar dgn Korea.. Beli CD.. Tengok Konsert.. Jadi Fan Club.. Which is actually for me its a good thing. At least they got a passion for something. 

Alah, FH ni.. ntah apa ntah yang ko passionate. Semua pun ko bedal..

Then... saya encounter beberapa adegan yang bak kata Yanti, "Ko ni selalu buat adegan Korea"

and I was like... Errr... Korea kah Adegan itu?

Scene I

FH dah rushing nak pergi kerja. and FH dah budget timing.. 

Kalau berhenti kat lampu merah tu, mesti 4 minit masa di habiskan. Jadi disebabkan FH dah rushing and tunggu nak lompat je dari Kebun (Ingat lagi Kebun? Kereta Kancil warna Jingga yang akan bertukar warna lepas raya tu?)

Jadi FH pun ambil kesempatan 4 minit tu utk pakai stocking. Sempat sangat je sebenarnya.. Dan tertunduk lah FH sebab nak pakai stocking kan... Lepas selesai sebelah kaki, FH terfikir nak pandang kat kereta sebelah.. 

Aisehh... Mamat sebelah pandang je FH. Mesti dia fikir apa lah minat ni buat sampai tunduk macam tu sekali.

dan FH terus pakai je balik stocking sebab masa itu emas!

dan lampu pun terus jadi warna Hijau.

Yanti kata: patut nya ko tunjuk stocking ko kat dia... Waah!


Scene II

FH tengah bergegas nak ke rumah Yanti.. kat area Vista Agkasa.

Yanti duduk dekat blok 3.. Tingkat 4. (Nombor rumah di rahsiakan)

Malam tu FH ada hal sket di tempat kerja jadi ingat nak tumpang la sekejap dekat rumah Yanti after office hour.

Parking kat area visitor parking.. then menapak ke blok 3 yg letaknya kat belakang sket.

FH kan single lagi..so biasa la. mata memandang2..mana tahu ada jodoh ke kat sekitar parking area tu. Mana la tahu kan..  (Mesti orang fikir FH desperate. Haha)

Masa tu.. FH dah nampak dah seseorang ni. Ok.. tapi maybe husband orang. Fakta Flirt FH No 1: Kita kena selalu be careful. Nanti ter flirt dgn suami orang. Itu berdosa namanya.

So FH buat-buat tak nampak je dan meneruskan perjalanan ke arah lift yg tak sure mana ntah lift tu tapi buat2 confident juga.

Bila dah sampai lift tu.. FH nampak lift tu dah tertutup dah.. dengan gopohnya FH mengejar dan.... Omaigosh!!!

Jejaka tadi tu ada dalam lift!!!

Hati macam.. waah.. tetibe coincidence la pulak. and dengan yakin nya FH menekan butang no 4.

Sambil mengharap kan magical moment berlaku, FH memandang tepat ke arah skrin nombor. bila nampak je nombor 3.. then FH pandang pintu, and pintu terbuka.. FH buat dek je dekat pintu tu sebab macam biasa, gaya confident.. Tu kan tingkat 3.. FH nak turun tingkat 4.

That guy tanya: Tak nak turun ke?

FH pun jawab: Tak.. saya nak turun tingkat 4. Tadi tu tingkat 3 kan?

The Guy : Err.. Tadi tingkat 4.

Masa tu FH dah gelabah dah...  Gosh! 

Guy tu dah gelakkan FH dah... dan kata: Takpe.. Nanti boleh turun balik.. dan dia pun tekan kan butang tingkat 4.

.............................................

Awkward MOment.

Sampai la tingkat 9 and the guy pun keluar lift.

FH terdiam sahaja sebab dah malu. Tak tau la muka nampak merah ke tak..

Then bila dah sampai rumah Yanti.. and FH citer dengan Yanti..

Yanti kata: Kau ni selalu buat adegan Korea.

Hahahahha..

Patutnya, kalau dalam Korea drama/movie.. FH rasa lah.. patut nya ada sambungan lagi babak tu. Maybe lift rosak ke apa.. baru la dramatik sikit. 

Haa... kan FH dah kata, tak suka tengok citer Korea.. kan dah berangan dah.. ;p

(Penerangan gambar: Main Cast Drama Coffee Prince. Citer yang FH sanggup tengok sket sebab pasal Kopi)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines