Siapakah Wanita Itu?

Who should I give my love to? 
My respect and my honour to? 
Who should I pay good mind too? 
After Allah.. and Rasulullah.. 
Comes Your Mother.
Who next?  Your Mother,,
Who next?  Your Mother..
And then your Father..


Ya.. Itu lah Ibu saya.. Puan Fatimah bt Ab Rahman atau nama popular beliau: Che Tim

Seorang yang pakar dalam membuat ayat simpati dan reverse psikologi. Seorang yang sarat dengan emosi keibuan dan naluri kewanitaan. Seorang guru (literaly kerana kami semua di ajar baca ABC dan Alif Ba Ta oleh Ummi sendiri) dan juga juru urut profesional. 

Kerja sampingan sebagai tukang jahit bila raya dengan masa nak buka musim sekolah sebab baju kami semua umi yang jahit kecuali baju Abah sebab baju Abah susah nak buat :)

Biar pun nanti saya akan membesar,  Ummi tetap rujukan saya dalam semua hal. Agak2 nanti nak minta umi jaga kan anak ke tidak? HOho.. Yang itu for sure Umi dah bagi warning awal-awal Umi tak nak jaga anak kami. Tapi saya yakin hanya Umi yang mampu jaga anak-anak saya dengan sempurna. Sebagaimana Umi didik kami adik-beradik.

Umi sangat versatil. 

Kalau tanam pokok, semua pokok hidup segar bugar.. Insya Allah.. Masak tu.. Tak payah cakap lah.. Tak pernah tak sedap. Menjahit baju? cakap je fesyen apa nak.. Nak dengan tak nak je tu.. Bertukang pun boleh.. Haa..Memancing tu salah satu impian yang belum tercapai lagi.. 

Eh FH, ko puji mak ko lebih2 ni kenapa? Macam la mak orang lain tak macam tu..
Biarlah.. Mak orang lain tak lahirkan aku.. 

Itulah jasa Umi saya yang paling besar. Agaknya kalau saya tak dilahirkan Umi, jadi anak kucing ke saya ni sekarang? Wallahua'lam..

Dan saya membuat entri ini khas untuk Ummi..

SELAMAT HARI LAHIR UMI! (Peluk!Cium!)

Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang Ummi.. Mmmmmuaaahhh!!

Dan Abah juga... Hehe..



p/s: Cuba teka berapa umur Umi saya? Siapa dapat jawab, FH bagi duit raya..  ;)
p/s: Arfah, Dont be jealous ;p

Comments

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines