5 minit untuk Tuhan
Aku tersasar.
Oppss... Itu sudah lampu kuning...
dan lepas itu merah.
Aku perlu tunggu 5 minit, barangkali
Aku di tingkat G.
Hari ini ramai membeli,
Oh tidak!
Lif baru di tingkat 10,
Nampaknya perlu tunggu 5 minit lagi.
Wayang di skrin belum mula,
tapi,
wayang di sofa barangkali dah nak selesai
Berapa lama lagi iklan nak habis?
Berapa lama perlu tunggu tayangan?
3 minit kah? 5 minit kah?
Magi segera patut 2 minit dah masak,
Aku silap tengok,
Gas rupanya tak ada.
Tunggu gas sampai..
Ahh.. Tunggu lagi sambil tahan lapar.
Bhaiyya kata, jalan jem dekat depan
Mungkin 5 belas minit lagi baru sampai.
Arghhh..
Perut yang kenyang buatku lelap.
Apa aku kisah,
Nafsu makanku puas.
Sedikit sahaja lagi,
5 minit saja lagi, aku pasti di alam mimpi
Sudah jam berapa kah?
Sungguh..
Aku tak ambil peduli.
Siapa yang kisah?
Masa banyak lagi,
Muda bukan berkali-kali
Sungguh..
Aku dah pandang sebelah hati pada Tuhan
1440 minit bekalan dari Tuhan,
5 minit pun aku kedekut untuk Tuhan
Maafkan aku Tuhan..!
Aku makhluk Mu yang sangat berkira.
-Farahanani Amhazali-
Kelaparan buatku rajin menulis, kenyang buatku menyesal.
Oppss... Itu sudah lampu kuning...
dan lepas itu merah.
Aku perlu tunggu 5 minit, barangkali
Aku di tingkat G.
Hari ini ramai membeli,
Oh tidak!
Lif baru di tingkat 10,
Nampaknya perlu tunggu 5 minit lagi.
Wayang di skrin belum mula,
tapi,
wayang di sofa barangkali dah nak selesai
Berapa lama lagi iklan nak habis?
Berapa lama perlu tunggu tayangan?
3 minit kah? 5 minit kah?
Magi segera patut 2 minit dah masak,
Aku silap tengok,
Gas rupanya tak ada.
Tunggu gas sampai..
Ahh.. Tunggu lagi sambil tahan lapar.
Bhaiyya kata, jalan jem dekat depan
Mungkin 5 belas minit lagi baru sampai.
Arghhh..
Perut yang kenyang buatku lelap.
Apa aku kisah,
Nafsu makanku puas.
Sedikit sahaja lagi,
5 minit saja lagi, aku pasti di alam mimpi
Sudah jam berapa kah?
Sungguh..
Aku tak ambil peduli.
Siapa yang kisah?
Masa banyak lagi,
Muda bukan berkali-kali
Sungguh..
Aku dah pandang sebelah hati pada Tuhan
1440 minit bekalan dari Tuhan,
5 minit pun aku kedekut untuk Tuhan
Maafkan aku Tuhan..!
Aku makhluk Mu yang sangat berkira.
-Farahanani Amhazali-
Kelaparan buatku rajin menulis, kenyang buatku menyesal.
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...