Faktor Filem Ombak Rindu Meletup di Pawagam
Woa.. Dengarnya dah 12 Juta kutipan Ombak Rindu?
Menarik.
Filem yang bagus atau kerana pelakon yang baik? Mari kita discuss..
Faktor #1: Novel OMBAK RINDU
Umum mengetahui yang novel ini memang terlaris di pasaran. Entah kenapa semua orang kat asrama (masa saya baca tu masa Form 3 rasanya) mesti nak baca novel ini. Antara emosi yang paling saya ingati semasa membaca novel itu ialah simpati kepada watak Izzah yang dijadikan 'hamba' dan perempuan simpanan kepada Hariz.
Saya tidak pernah menyukai watak Hariz malahan berharap Izzah menemui lelaki lain yang lebih baik.. Takungan fanbase yang berpuluh atau mungkin ratusan ribu rakyat Malaysia yang pernah membaca novel ini pasti ingin turun ke pawagam demi memasti kan adakah sama pentafsiran novel ini ke silverscreen.
Dan jawapannya.. tafsir lah sendiri.
Faktor #2 : Aaron Aziz
Saya tak tahu lah dengan faktor pelakon Singapore yang sorang ni. Asal ada Aaron Aziz je, semua orang meleleh. Bagi saya Aaron Aziz memang pilihan yang tepat sebab dia memang biasa berlakon jadi watak hero kaya yang ego macam ini (baca; Badai Semalam, Nora Elena, Pisau Cukur).
Campur dengan body, wajah, maka cair lah mak-mak Datin dan anak-anak remaja dan makcik-makcik dan bini-bini orang melihatkan Aaron Aziz menangis dalam filem ini. Dia pelakon lah..suruh menangis, dia menangis lah.. Jadi fanbase Aaron Aziz pun turun pawagam juga sebab nak tengok hero kesayangan diorang beraksi.
Faktor #3: Lisa Surihani
Ada 421,161 orang followers @lisasurihani di Twitter. Mungkin 40% daripada itu turun pawagam. Walaupun bukan watak heroin, tapi mesti penyokong artis cun ni nak tengok bagaimana Lisa Surihani membawakan watak Mila yang manja dan panas baran itu.
Faktor #4: Genre Drama
Osman Ali berani mempertaruhkan kerjaya pengarahannya demi mengembalikan zaman filem sedih sedu sedan macam era 80-an dulu. Walaupun saya tak pernah tengok mana-mana filem genre drama yang penuh tangisan itu, saya percaya Osman Ali dibesarkan dengan filem-filem sebegitu.
Jadi ia akan menambahkan jenis manusia yang akan ke panggung. Makcik makcik tak tengok cerita KL Gangster sebab tak tahan tengok orang gaduh2. Makcik-makcik juga tak akan tengok cerita Al-Hijab sebab takut kena sakit jantung bila hantu keluar. Tapi makcik-makcik seronok sangat kalau tengok cerita syahdu syahdan macam ini lebih-lebih lagi sebab ada Aaron Aziz. (Aaron Aziz lagi...)
Faktor #5: Sokongan padu daripada wartawan dan media
Saya perhatikan, filem ini mendapat 100% support daripada semua media cetak dan elektronik. Sememangnya perkara ini akan mengundang tarikan ke panggung. Cuba kalau tak ada satu pun pujian melangit yang diberikan, pasti filem ini gagal.
Ambil contoh filem .... Dalam Botol. Hanya kontroversi yang diwujudkan bermula dari nama dan juga ke babak yang di lakon kan oleh Arja Lee semasa mandi di shower.
Padahal, bagi aku adegan Hariz dengan Izzah sangat 18SX. Tidak sesuai di tonton kanak-kanak. Malangnya, ini tidak pula wartawan highlight langsung. Kenapa??? Arja Lee mandi sorang-sorang ber dosa. Tapi suami orang pegang bekas bini orang di atas katil tepi laut di samping panorama yang indah tak berdosa ke??
Pelik.
Jadi masyarakat di sumbat kan dengan cerita yang baik-baik sahaja.. Dan seterusnya mengundang lagi pertambahan penonton sebab semua orang kata cerita ini best.
Aku semakin sangsi dengan akidah khalayak. Lupa kah yang Izzah sebenarnya telah di rogol terlebih dahulu? Di manakah keinsafan Hariz di sini? dan pernah kah Hariz meminta maaf atas kejahatannya?
Adakah jika perogol anda se handsome dan se kaya Hariz, anda akan memaaf kan nya seperti Nora Elena dan Izzah?
Oh ya... Tolong lah... Adegan pembacaan surah Yasin itu sangat tidak molek... sangat surreal bagi seorang yang kononnya ustazah!
Wallahua'lam..
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...