Review: Fiksyen 302 by Ramlee Awang Murshid

Fiksyen darjah 302. KENA PERCAYA! Kau dah kena tipu....


Memang benar macam kata RAM yang rindu menghasilkan karya psikologi thriller. Saya sendiri mengenali RAM menerusi Mandatori sekitar tahun 2001. Kemudian ada beberapa lagi seperti Rahsia Perindu dan Ungu Karmila. Kemudian selebihnya, khalayak lebih candu dengan santapan kisah pengembaraan Laksamana Sunan dan rakan-rakan sambil diselangselikan dengan beberapa yang lain.

Fiksyen 302 mengajak pembaca memahami dunia manusia-manusia yang menghidapi penyakit mental, atau sekurang-kurangnya, percaya mereka gila. 

Sinopsis: (Kalau tidak mahu baca, skip terus ke bawah)

Farid Ja'ah. Lan Lani. Jimmy Yeoh. Prakash Kumar. 4 orang bekas pesakit Dr Rozlina yang disahkan sembuh dari diagnosis awal mereka sebagai pesakit mental di Hospital Permai, Tampoi. Kredibiliti Dr Rozlina tercabar selepas mereka berlima masing-masing di dapati bersalah membunuh mangsa dengan pengenalan yang identikal. Mangsa ditandakan dengan nombor 302 di dahi dan mereka tidak berpakaian semasa di berkas.

Kemudiannya,  Tuan Alias ditugaskan menyiasat kes Jimmy Yeoh dan bertembung dengan Noorhafiza Izura, seorang peguam di Firma Guaman milik Haji Sainoh Darmoh yang ditawarkan Ringgit Malaysia 20 ribu-sebagai pendahuluan. Noorhafiza Izura pada awalnya berat hati terima tugas tersebut 

Dalam kekeliruan memahami kes psikologi, Noorhafiza Izura menjemput Dr Rozlina memberikan nasihat professional untuk menilai kewarasan mental Lan Lani dan 'rakan-rakan'nya yang lain. Padahnya, Dr Rozlina 'dilawati' Zonan semasa di bilik hotel.

Noorhafiza Izura, ada strategi tersendiri untuk menang walaupun bukan sebab duit sebab lepas itu rupa-rupanya cek 20 ribu itu cek tendang. Rancangannya berhasil bila Lan Lani mengaku bersalah membunuh kerana Zonan mengarahkannya. Disebabkan itu, Lan Lani tidak dibicarakan menurut Seksyen 302, sebaliknya Seksyen 342(1) Kanun Acara Jenayah untuk mengadili tahap kesihatan mental tertuduh.

Sementara itu, pesara polis yang 'dipaksa' bersara awal, Tuan Hizamnuddin ditawarkan penyiasatan bersama oleh Tuan Alias demi merungkai misteri 5 pembunuhan ini yang dipercayai Hizamnuddin sedari awal, mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Zarina Mustapha, setiausaha Datuk Mahali 3 tahun lalu. Ada satu masalah untuk mengaitkan kesemua suspek kerana secara peribadi, mereka tiada kaitan langsung dengan mangsa. Cuma, kesemua mangsa ada kaitan secara langsung dengan kes Arwah Zarina. Jadi, Hizamnuddin percaya disebalik semua ini, wujud motif utama iaitu Dendam.

20 tahun selepas itu, tahun 2032, Dr Rozlina dan pembantu mudanya yang berpotensi yang saya bayangkan memakai spek bingkai emas dan muka berpetak, Dr Hakimi menjalankan Kajian Rahsia dibawah seliaan Kerajaan Malaysia dalam menyelidiki pengembaraan masa melalui kuantum minda. Dr Rozlina sendiri telah menguji eksperimen ke atas dirinya sendiri dan menyedari risiko kecil iaitu subjek akan mengalami short term amnesia selepas eksperimen selesai. Dr Rozlina mendekati Rita Yuzalina, peguam yang berkaliber dan hampir menyerupai peribadi Noorhafiza Izura ketika mengendalikan kes Lan Lani pada tahun 2012.

Rita Yuzalina setuju menjadi subjek dan seterusnya, terperangkap dalam pengembaraan masa-minda yang mengancam nyawa nya sendiri.

Okey.. Saya tidak akan cerita lebih lanjut sebab saya tak mahu spoil kan apa-apa walaupun kat atas memang dah cerita lebih dari apa yang sepatutnya.

Saya seronok dengan pengembaraan nya, tapi kecewa dengan penghabisannya. Seperti biasa, RAM akan memenuhkan segala pancaroba kepada watak-watak demi mendatangkan suspens dan meningkatkan denyutan jantung pembaca seperti saya. Kita jadi keliru, tak faham (tapi nak teruskan baca juga), hilang mengantuk, nak cepat-cepat tahu siapa, kenapa, mengapa, bagaimana, apakah, yang menyebabkan semua tragedi berlaku.

RAM macam sengaja je nak buat orang ingat orang lain yang buat salah, tapi sebenarnya orang lain yang jadi syaitan, tapi orang yang buat salah tu, tak rasa dia buat salah sebab memang benda tu tak salah, jadi dia slumber je buat salah dan tak kisah orang nak anggap dia bersalah sebab semuanya Zonan yang suruh.

Siapa Zonan???? Jadi persoalan dari awal sampai akhir. Tapi saya tak kisah sangat siapa Zonan sebab jadi bosan bila asyik diulang-ulang frasa Zonan-Roh Jahat yang Tidak Berwajah.

Ada juga cerita yang kurang diterokai..seperti mengapa Zonan wujud. Walaupun diceritakan secara ringkas, segala idea itu seolah-olah muncul secara spontan..Bukankah lebih molek jika di selidiki dengan lebih lanjut supaya kita memahami idea kewujudan Zonan. Dengan meletakkan bayangan Zonan yang muncul dan hilang bagaikan cuba menambah elemen misteri kewujudan Zonan. Tapi bila kita menyedari siapa sebenarnya Zonan, semuanya jadi tidak logik.

Ini kerana doktrin Zonan yang telah dipateri ke dalam pemikiran pesakit-pesakit mental tadi sehingga membolehkan sesuatu yang mustahil menjadi kenyataan. Bermula dengan bisikan halus dan menjadi halunisasi yang kelihatan nyata. 

Cuma nya, akan lebih efisien jika modus operandi Zonan dalam meyakinkan kewujudannya kepada Farid Ja'ah, Prakash, Jimmy diterangkan lebih lanjut supaya kita dapat memahami bagaimana Zonan berjaya menggerakkan naluri pembunuh di dalam jiwa mereka.

Lepas tu, saya juga kurang gemar dengan nama-nama wanita nya yang komplikated. Cth: Rita Yuzalina, Noorhafiza Izura, Datin Ummu Hani, kerana nama-nama itu diulang dengan nama penuh. Sementara watak lelaki diberikan ringkas spt Alias, Sabri , ok, Hizamnuddin tu panjang juga. 

Yaa.. Memang wanita makhluk yang komplikated tapi bukankah itu hikmah disebalik fitrah lelaki yang simple?

Sedikit twist di penghujung cerita telah menjadikan semuanya makin jelas. 

Wanita kekal menjadi makhluk primitif yang bertindak mengikut perasaan dan emosi yang bergolak seperti dalam watak Ummu Hani yang kuat cemburu, Noorhafiza dan Rita yang egonya setebal Tembok Berlin, dan Nurul yang pesimis. Manakala lelaki dilabel sebagai penyelamat (RAM gemarkan tema menerusi trilogi Sunan) seperti watak Tuan Alias, dan penyabar seperti Hizamnudin,  licik, Datuk Mahali, berskil tinggi seperti Sabri, dan bijak seperti Zonan.

Saya berikan 3 bintang setengah dari 5 bintang. Kerana saya tidak puas dengan pengembaraan Rita Yuzalina yang terlalu singkat. Mungkin kerana sains fiksyen lebih menjadi subjek kegemaran saya. 

Wallahua'lam

Comments

  1. fiksyen 302 cite tg best...tp sye x puas ht pasal farid dan dina din,ramlee kurang jelaskan ttg keadaan mrk walaupun pelik..cam x logik kan??whatever..sye bagi 4.1 je drp 5 bintang..coz jan citer dye menarik walau pon keliru..

    ReplyDelete
  2. cerita nya tak keliru.

    Farid sebenarnya dah bunuh Dina Din sebelum dia masuk wad psikiatri lagi.

    Lepas dia bunuh, dia menyesal dan cuba bunuh diri pula

    Masa tu orang dapat tahu yg dia kurang waras.

    Tapi org tak tahu yg sbnr nya dia juga dah bunuh Dina.

    Mungkin kerana rasa bersalah, Farid telah mewujudkan watak Dina dalam dirinya dan segala yg berlaku antara dia dan Dina hanyalah halunisasi.

    Bayangan dia je.

    Ingat lagi x masa dia pergi klinik?
    Masa tu Farid membawa watak Dina, jadi dia pn berperibadi macam wanita. Sbb tu doktor dan nurse pandang dia pelik.

    Memang ada orang sakit mental yang macam itu.

    ^_^

    ReplyDelete
  3. Baru beli. Akan baca! (Apa khabar kawan lama :) )

    ReplyDelete
  4. selamat membaca!

    khabar baik...

    apa khabar petani muda??

    ReplyDelete
  5. baru baca tahun ni sebab banyak sangat kes depression tahun 2017, lect cadang untuk terokai novel ni utk ambik iktibar and novel mmg mind blown

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines