Ayat-ayat Tipikal Artis Bila Jadi Duta Barangan

Assalamualaikum..

Kali ini kita santai sedikit dengan bercerita pasal artis. Gosip-mosip Mak Jemah ke? 
FH selalu baca dalam dada akhbar. (Dada akhbar?? Weird sungguh ayat itu). 

Gambar sekadar hiasan


Bila wartawan interview artis-artis yang jadi jurucakap produk ke, duta barang ke, brand ambassador ke, mula lah bagi ayat-ayat tipikal (Baca: Ayat coverline dan ampu) dalam mempromosikan produk yang membantu menambah duit dalam poket mereka. Heh.

Berikut adalah beberapa ayat yg FH jumpa.. Mungkin ada banyak lagi kat luar sana, cuma FH tak sempat jumpa...

#1 " Saya dah 38 tahun guna barang ini (Nama Barang), dan berpuas hati dengan hasilnya. Jadi saya nak share dengan peminat kebaikan barang ni"

Ok.. Umur tu FH exaggerate sket. Tapi bayangkan lah.. Kadang-kadang tu produk tu baru je dipasarkan tak lebih 10 tahun.. Boleh pula dia claim dah guna bertahun2.. Aiseh.. 

#2 "Sebelum ni kulit muka saya bermasalah, tapi bila saya jumpa barang ni, Ia nya AJAIB!"

Tipu... Sejak kau mula masuk industri pun, muka kau dah mulus putih bersih.. Kalau kecantikan tu sebab heavy mekap tu tak tahu la kan.. Tett..


Gambar sekadar hiasan

#3  "Hari-hari saya gunakan nya. Produk ini memang berkesan!"

Memang melanggar etika bila dalam satu majalah ni, kau claim guna barang lain, tapi masa press conference kau claim kau guna barang lain pula.. 

#4 "Saya teruja dapat mewakili produk yang telah saya guna sejak dulu lagi."

Ahaa... Kau start guna bila dapat free kan? Kan? Kan? 

Lol... Jadi para pengguna / peminat di luar sana, buatlah pilihan dengan bijak. Bukan semuanya indah bagai dipapar kan. Eceh..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines