Makan McD FREE

Assalamualaikum wbt,

Minggu lalu, Israel kembali menerobos ruang penduduk di GAZA. Sedih sangat sebab makin hari makin ramai orang awam Palestin terkorban berbanding rakyat Israel yg tak sampai 5 orang pun maut. Seperti biasa, bila tempoh sebegini, sensitiviti umat Islam terhadap jenama yg menyumbang kepada Jewish United Fund mencanak naik.

Kali ini kesan nya dirasakan jelas sehinggakan McD Malaysia bergegas mengedarkan beribu-ribu Egg McMuffin percuma pagi semalam. Maka beraturlah hamba-hamba Allah yang kelaparan burger FREE. Sanggup beratur panjang demi mendapatkan benda percuma. 

Adakah rakyat Malaysia, lebih tepat lagi Muslim kebulur sangat sampai heran sangat dengan burger FREE itu? Jawapan nya, IYA.


Apakah benar apa yg ku lihat itu? Memang ada warga Muslim Malaysia yang kurang sensitif terhadap isu Palestin dan nekad beratur demi Egg McMuffin.

Apa kaitan McDonald dengan kesensitivitian kita terhadap isu rakyat Palestin???? 

Dr Hafizi ada jawapannya...


Sudah dapat pencerahan??

Sama-samalah kita membina kesedaran dalam umat Islam. Lagipun, fastfood bukanlah suatu pilihan yang bijak terutama bila menyedari kandungan lemak trans dan high-nutrient dense menu nya. 

Semoga Allah melindungi umat Islam di Palestin dan di seluruh Malaysia.

p/s: Dah hafal Qunut Nazilah ke belum???

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines