Tema hari ini: Jumpa kawan lama

Assalamualaikum!

Hari ni membuktikan lagi yang dunia ini memang kecil. FH jumpa dengan 2 orang yang pernah FH kenal dulu. Pertamanya, baru FH tahu salah seorang Dietitian di HSB ni adalah isteri kepada ex-bos FH masa kerja Kesan Suci dulu.. Oh.. sangat kecil dunia ini. Selama ni duk dengar kakak tu bercerita je pasal suami nya. Hari ni baru tergerak nak tanya siapa nama suami dia... Bila tahu baru la rasa kelakar. Kenal je sebenarnya... Hehe.

Keduanya, tadi ada marketing exed satu company ni datang ofis untuk set tarikh bagi talk. Rupanya akak tu dulu penah kerja Aeon dan pernah jumpa dia masa meeting. Ohh.. Sungguh kecil dunia ini...

Kadang-kadang bila kita rasa susah nak jumpa jodoh, rasa macam besar sangat dunia ni sebab tak jumpa lagi jodoh sampai sekarang.. Tapi bila jumpa kawan-kawan lama dalam situasi yang tidak disangka-sangka, baru FH sedar. Dunia ni memang saaaangat kecil.

Mode: Ayuh kita bekerja sambil cuba menguruskan kembali badan!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines