Angin Laut China Selatan

Assalamualaikum.

FH terasa berbeza hari ini. Sebab apa ya??? 

Sebab nya.. FH ada dekat Sarawak sekarang ni untuk 2 bulan! 

Bertugas sebagai Dietitian cum Clinical Instructor ni macam ni lah.. Bila student pergi attachment di hospital atau klinik, FH kena la ada bersama untuk menyelia latihan pelajar dan membantu apa yang patut.

Dekat Sarawak ni student FH buat latihan klinikal di Hospital Umum Sarawak. Jadi FH dapat cari rumah sewa di Taman Matang Jaya yang juga dihuni oleh 'second boss' di JDS, HUS ni.  Pergi kerja pun dengan boss. Ahaks..

FH tak sampai seminggu lagi kat sini. Jadi kalau nak kata seronok tu.. belum lah sampai tahap seronok lagi. Hujung minggu ni dah plan untuk jalan-jalan sekitar bandar Kuching ni melihat-lihat kawasan. Dengar Cultural Village macam seronok. FH dah siap-siap bawa sunglasses ke sini sebab matahari agak terik beberapa hari ini. Excited kan?

Rasa nya dalam beberapa minggu ni entri FH banyak pasal kesedihan. FH dah tekad tak nak sedih lagi dan membawa aura kesedihan dalam jiwa pembaca. Jadi kat Kuching ni.. kita ambil peluang melupakan kenangan pahit dan cuba buka buku baru. Walaupun kat sini cuma 2 bulan, FH akan cuba jadikan masa di sini sebagai Muka Surat 1 dalam hidup FH yang baru. ^__^

Oh ya.. Ada FH cakap yang nanti FH akan pergi Sabah??? Ya. Hujung bulan ni juga FH dah rancang ke Sabah 5 hari. Tapi nya belum beli tiket pulang ke Kuching lagi. Harap-harapnya dapat la tiket.

FH doa students kali ni dapat perform di bawah bimbingan Miss Farah yang kadang-kadang garang, kadang-kadang sengal ni... Minta-minta semua nya lulus klinikal ni dengan cemerlang..

Ok. FH nak sambung jadi Clinical Instructor yang baik ni... Pergi dulu!

..............................................................................

Eh.. mana students FH nih??????


Ini ialah Muhammad Rifqi bersama Aunty Farah. =)

Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines