PRU dan saya

Salam Jumaat.

Lagi 3 hari untuk saya memikirkan bendera manakah yang akan saya pangkah. Bagi saya yang pertama kali mengundi ini, saya merujuk video yang telah dihasilkan pihak-pihak prihatin dalam memberitahu pengundi perjalanan proses pengundian.

Beberapa tahun lepas semasa belajar di universiti saya pernah menghadiri sebuah camping yang bertujuan mendidik pelajar tentang perjalanan pilihanraya. Kami diberikan beberapa watak dalam role play, ada yang menjadi calon, pengurus kempen, SPR, penyokong parti, rakyat, dan beberapa watak penting semasa proses pilihanraya.

Banyak yang saya belajar di camping tersebut. Kami bertukar-tukar idea antara pelajar semua universiti di Malaysia. Paling menarik, seorang sahabat dari UPNM memberitahu tentang konsep 'realisme' dalam politik.  Konsep itu memang wujud dan diamalkan bagi sesetengah orang dalam menjayakan matlamat mereka dalam politik.

Saya kira, PRU bisa menyerlahkan beberapa karakter hakiki manusia. Semasa PRU inilah kita dapat melihat manusia yang terdesak memancing undi sehingga melakukan perkara diluar batasan.

Emosi manusia berada di tahap puncak sampai sanggup memutuskan tali persaudaraan. Kalah emosi lelaki bila tengok bola weh..dan wanita bila tak dapat barang idaman. Heh..

Semua medium digunakan untuk menyampaikan kata-kata bakal pemimpin yang dipilih. Beberapa hari lepas ayah saya menerima panggilan sebegini di telefon;

"Assalamualaikum. Saya Zulkifli Nordin calon Barisan Nasional bagi Parlimen Shah Alam......blablablabla"

SMS memang tak kira lah banyak nya.

Surat edaran? Masuk ni dah 3 pucuk surat sampai baik dari BN mahupun PR. 

dan banyak lagi laman web dan media sosial yang tak putus-putus meneruskan kempen sehingga ke masa-masa kecederaan.

Beberapa hari yang lepas semasa kami melawat Pantai Timur, kami menyaksikan kreativiti penduduk di sana membuat pelbagai replika dengan menggunakan bendera parti masing-masing. Di kawasan KL ni susah nak jumpa penyokong parti yang komited macam mereka. 

Bayangkan berapa lama persiapan dari segi design, material yang digunakan hinggalah ke pemasangan replika-replika seperti penyu, burung, bangunan KLCC, ikan, kereta kebal, dan banyak lagi yang pastinya ada signifikan bagi perjuangan mereka.

 Saya salute penyokong yang bertungkus lumus membuktikan kebenaran perjuangan yang mereka imani!

PRU 13 ni banyak drama. 

#1 Dragging yang dibuat oleh sang pemangku PM tempohari. Memang masa itu suspens tak ingat sebab semua berteka teki bila tarikh PRU.  

#2 Juga kita boleh lihat ledakan sokongan rakyat terhadap ceramah politik anjuran Pakatan Rakyat. Tapi adakah ia selari dengan undi nanti? Kita belum tahu.

#3 Kemudian muncul berpuluh-puluh calon bebas yang sedia menerima 'hukuman' dari parti asal mereka.

#4 Motto dan slogan kreatif yang digunakan. 
     Ini kalilah! 
     #BetterNation. 
     Sayangi Selangor, Yakini BN.
     T= Tukar.
     K= Kekal
     R= Royalti

#5 Lagu yang dihasilkan oleh hampir setiap parti bertanding. 
   Sayangi Selangor oleh Kempen BN Selangor. 
   Reformasi oleh Yassin. 
   Ubah oleh DAP. 
   Marilah mari mengundi oleh SPR. Eh?

#6 Kempen secara kreatif dan agresif oleh parti bertanding.
    Wanita tidak dibenarkan memakai gincu dibawah pemerintahan Islam?
    1 vote for DAP 1 vote for PAS.
    Flashmob di jalan raya. Berhati-hatilah jangan sampai ganggu traffic.
    Hon tanda setuju. Ingatkan ada roadblock kat depan.

#7 Golongan artistan dan karyawan yang terang-terangan menunjukkan sokongan terhadap parti pilihan.

Jadi 5 Mei esok, marilah kita berseronok ramai-ramai ke jalanan dan meraikan pesta memilih ini. Lepas tu Isnin kita golongan marhaen teruskan hidup macam biasa. 

 p/s: Lepas ni semua peniaga batang buluh boleh tutup kedai.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines