Kad T-Money untuk Subway di Seoul

Salam Readers!

FH baru je balik dari Seoul ni. OMG. Tak dapat digambarkan betapa aktifnya kehidupan FH di sana sebab banyak sangat berjalan menggunakan kaki. Padanlah orang Korea body lawa2!

Penat tapi puas hati sebab dapat berjalan dan shopping. Hehe.

Disebabkan banyak juga blogger dah share pengalaman mereka di sana. (Ada yang sangat membantu, ada juga yang buat kami sesat. Haha.) Jadi FH nak kongsikan mengenai T-Money. 

Apa itu T-Money?

T-Money tu macam kad Touch N Go yang kita selalu guna, cuma penggunaan T-Money lebih kepada subway dan bas.

T-Money boleh didapati di Convenience stores (GS 25, CU, Mini Stop, Buy The Way, 7-Eleven, Story Way) bearing the T-Money logo and Ticket Vending and Card Reload Devices inside subway station dan juga di kaunter Tourist Information Counter di Incheon Airport.

Harga: 2,500 won

Contoh:

 

Cuma masa FH beli tu, FH beli tiket AREX dari Incheon Airport ke Seoul Station berharga 8.000 won. Masa tu ada promosi T-Money jadi cuma bayar 8,900 won (Tiket AREX + T-Money). Rupa T-Money FH adalah begini:

Cuba tengok perbandingan harga Tambang bila guna T-Money Card.

Seoul Transportation Fare Information / Transportation Card vs. Cash

Transportation Age group T-money Cash Note
Subway Adults 1,050 won 1,150 won Base fare (first 10㎞): 1,050 won
10-40㎞: 100 won per 5㎞
+40㎞: 100 won per 10㎞
Youth 720 won 1,150 won
Children 450 won 500 won
Blue Bus / Green Bus (4-digit number) Adults 1,050 won 1,150 won Up to three children (age 6 and under) accompanied by an adult may ride the bus for free
Youth 720 won 1,000 won
Children 450 won 450 won
Green Village Bus (2-digit number) Adults 750 won 850 won
Youth 480 won 550 won
Children 300 won 300 won
Yellow Bus Adults 850 won 950 won
Youth 560 won 800 won
Children 350 won 350 won
Red Bus Adults 1,850 won 1,950 won
Youth 1,360 won 1,800 won
Children 1,200 won 1,200 won

REFUND: 

Untuk balance dalam kad yang kurang dari 20,000 won, boleh buat refund di semua tempat yang kita boleh beli T-Money tu dengan service charge 500 won. Ye lah kadang2 kita terlebih reload, so kalau nak balik duit tu misal kata semua cash dah habis kan, kita keluarkan la balik duit dalam tu.

Untuk travelling days below 7 hari, better guna T-Money Card berbanding M Pass Card. 

Juga ada satu lagi Seoul City Pass Plus. Kad ini khas untuk tourist yang berjalan di sekitar Seoul Metropolitan Area. Konsep sama je dengan T-Money tapi ada banyak lagi benefit sebagai pelancong sebab ada discount untuk Entrance Fee Tourist Spot.

Oh ya, bagi pelancong yang tak guna khidmat agent, or tour. Sila lah download Metroid HD Apps untuk memudahkan kita mencari route paling mudah bila travel guna subway.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEir5afmFrIaRSQZ6XQY7r1YQzQ1miq6bQSHpLpBYmc0wEPImiQAeIBI6PEb3Gw0IZgupKiTnons-iI1gH7mrDTRq9rd4XXpBGCFjdJ6yJtyNod1K-2J_18wk3VtgT89fCfQc6MZDdnnsOVm/s1600/Screenshot_2015-03-14-13-40-03.png  http://m.img.brothersoft.com/android/d6/d6497fd0a55df194151b509ae011a621_screeshots_0.jpeg 

Kita boleh select Departure Station dan Arrival Station. Lepas tu dia akan estimate dan berikan panduan station mana yang kita perlu naik atau transfer. Sangat berguna dan tak perlu buka map setiap kali.

Contoh paparan Metroid HD Apps bila kita tekan simbol search dekat atas tu.

Harap dapat membantu!

Comments

  1. Sy akn k korea 7 hri... Sis rekemen tmoney or mpass card?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya, pilih T-Money. Sebab dia boleh refund balik balance. Agak rugi beli 7 day pass tapi sebenarnya penggunaan kita tak sebanyak tu.

      Delete
  2. Sis nak tnya jika dr incheon airport ke seoul station kene beli Ticker Arex + tmoney atau boleh beli t money sudah memadai?

    ReplyDelete
  3. Kalau transit mcm mana nk guna kad t. Money tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines