Pemahaman Tentang Konsep Jodoh

Salam Readers!

OMG tanpa kita sedari lagi 2 minggu je Hari Raya Haji. Dulu Arwah Atok Batu Pahat (Haji Ab Rahman) pernah pesan kalau kita nak sambut Raya Haji, kita kena juga puasa sunat. Lagi afdhal katanya. 

Hurm... Bila FH nak start puasa sunat ni? Nanti lah kalau rajin. Apalah.. Sepatutnya kita kena adjust schedule kita ikut kehendak ibadat. Bukannya adjust ibadah mengikut kehendak schedule. (=__=)'

Hari ni FH nak tulis berkenaan Konsep Jodoh. Dulu kan sebenarnya FH memang suka tengok dan baca pasal Fairy Tales. Tapi bukan yang barat punya je. Boleh kata hampir setiap cerita lagenda masyarakat setempat FH suka baca. Habis buku lagenda ke, fairy tales ke FH dah hadam dah dekat dalam perpustakaan SRIAAG tu. Even cerita Barbie & ______ tu kebanyakan dah tengok dah.  Bukan apa, seronok baca perkataan "......and they live happily ever after".




Memang FH terpengaruh lah dengan frasa berhantu tu. Sampai la FH umur 21 tahun, FH percaya yang kalau kita berkenalan je dengan lelaki, lepas tu kita akan kahwin dengan dia. Bodoh dan bimbo nya diri ini. Hahahahaha.

FH tak pernah betul-betul bercinta  dengan sesiapa. Tapi ada lah berkawan rapat seperti yang pembaca sedia maklum. Ingatkan, Allah satukan persahabatan tu, nanti akhirnya happy ending la. Rupanya belum boleh baca lagi Frasa Keramat tu untuk bab kisah cinta FH ni. Hurm... Confuse lah macam ni. Itu semua dusta rupanya. Haha.

Beberapa tahun ni, FH banyak pula dapat nasihat berkaitan jodoh. FH lambat sikit nak faham benda-benda macam ni. Agaknya Allah nak FH faham dulu kot barulah nanti dapat jodoh. Benda ni selagi tak faham, maksudnya tak bersedia. Satu persatu nasihat FH terima dan dengar dan kaji dengan mendalam.  Jadi akhirnya dapat lah juga lahirkan beberapa kesimpulan. 

1) Jodoh ni bukan sebab kita suka orang tu, atau orang tu suka kita. Tapi sebab Allah yang tentukan.

Hurm... Kompleks ni nak hadam. Bila kita fikir balik la kan, memang nampak mudah. Ada lelaki datang merisik keluarga kita, bagitau dengan parents yang nanti nak datang meminang bawa cincin segala. Kita pun ingat semua dalam kawalan kita. Iyalah kan... dah siap buat Solat Istikharah dengan jelas sekali mimpi tu ternampak wajah dia. Hati pun dah nekad yang "Inilah jodoh aku". Sekalinya pap!!! Plan dibatalkan atas sebab kemalangan, hati berubah, atau sebab-sebab yang kadang-kadang macam tak masuk akal.


Rahul ingat Tina jodoh dia, tapi lepas kahwin Tina mati. Rupanya jodoh dia Anjali. 
Anjali ingat dia takde jodoh dengan Rahul so dia lari, rupanya akhirnya dia kahwin dengan Rahul


Ingat benda ni kita ke yang tentukan walaupun dah terpamer dah semua usaha? Jadi kita kena set mind yang perancangan Allah tu lebih baik. Memanglah kita dah berusaha dan berdoa, tapi tawakkal juga penting. Contoh kalau kita dah kahwin kan, kita dah lalui dah cabaran pertama alam pertunangan dan majlis pun selesai. Itu juga bukan pengakhiran kepada kisah cinta kita. Kesinambungan bab perkahwinan tu lagi dahsyat drama dia. Jadi FH pun dah stop dah berangan pasal majlis kahwin and all the details. FH mesti lebih realistik.

2) Jangan fikir nak kahwin dengan orang yang spesifik. Doa nak kahwin tu mesti buat tapi minta secara general dan mesti redha dengan siapa pun calon yang datang selagi dia tu tak pelik sangat. 

Hehe.

Sebelum ni FH ada la fikir; ok.... nak kahwin dengan orang tu, orang ni. FH ni memang la kelakar. Iya lah dah yang ada depan mata tu lelaki idaman kita. Tapi silap lagi sekali. Adoiii.. Banyak kali dah silap ni. Rupanya bukan minta macam tu. Kena minta dapat jodoh yang baik dan sesuai. Kalau jodoh, dekatkan lah. Kalau bukan jodoh, jauhkan lah. Haaa... camtu. 

Pastu kalau yang datang tu, memang takleh terima langsung ciri-ciri dia, tolaklah dengan baik. Tapi jangan la nampak keburukan orang je dan jadi perfectionist. Macam la diri ini takde keburukan langsung. Sebagaimana kita nak orang terima kita seadanya, kita juga harus lapangkan fikiran dan terima diri orang tu selagi kita mampu. Tapi itulah, bab keburukan ni selalu terserlah lepas dah kahwin. HAHA. Tapi kalau belum kahwin pun perangainya nampak dah teruk, lari lah cepat-cepat.



Dalam masa yang sama, perbaikilah hubungan kita dengan Allah. Elakkan fikir yang bukan-bukan seperti; Adakah aku lambat kahwin sebab ini balasan? Adakah aku tak kahwin sebab aku banyak dosa? Habistu ingat yang kahwin cepat tu sebab Allah sayang dia lebih ke? Tidak sama sekali. Ujian dan hadiah bagi setiap hamba Allah itu berbeza. Jadi kita kena stay positif dan percaya ada hikmah pada setiap kejadian.




Readers mesti ingat, FH ni dah desperate ke nak kahwin? Hoiii.. Bila cerita bab ni mesti sebab desperate nak kahwin ke? Judgemental betul pemikiran orang tu.

Siapa taknak kahwin kan? FH dah apply kan teori ni dan Alhamdulillah FH lebih tenang dalam menghadapi hidup seharian yang menghadap pasangan yang telah berkahwin dan kelihatan bahagia. FH ni lain sikit. Kena kaji dengan jelas baru lah boleh terima konsep sesuatu benda. 

Mungkin sesetengah orang anggap benda ni remeh, tapi bagi FH ini penting supaya FH tidak bersangka buruk dengan Allah.

3) Jodoh tu hadiah dan rahsia Allah

Sehinggalah ke hari kita bernikah, saat Tok Kadi melafazkan akad, kita memang tak tahu siapa jodoh kita pada masa itu. Jodoh juga bukan sesuatu yang kekal kerana ia boleh jadi jodoh sementara. Jodoh yang kekal dan abadi tu hanya nanti dalam Syurga. Habis tu kalau orang tu kahwin banyak kali atau banyak isteri, macam mana pula? Haaa... Itu semua urusan Allah yang kita tak perlu fikirkan. Buat apa pening-pening fikir dengan siapa #tilljannah kita. Yang penting dengan siapa pun kita buat masa sekarang, usahakan supaya kita sama-sama menjadi hamba Allah yang diredhai. 

Elakkan buat maksiat sebelum kahwin dan selepas kahwin. Eh kenapa pula lepas kahwin pun berdosa? Haaa... Di situlah masyarakat silap. Bila jadi isteri derhaka atau jadi suami yang dayus dan tak bertanggungjawab, disitu terdapat ruang dosa untuk kita. Sebab tu lah anak muda ni, jangan fikir nak kahwin sebab nak elak dosa je. Ingat orang yang dah kahwin tu semua automatik jadi maksum ke? Fikir panjang sikit ye, sekali kita masuk ke alam perkahwinan, ia pakej sekali dengan tanggungjawab. Macam mana kita toleransi pun sebagai suami isteri, Islam telah memberi garis panduan yang jelas tentang tanggungjawab dan hak suami-isteri. 

Ilmu Munakahat ni, semua kena ada. Persediaan sebagai isteri dan suami ni bukan lah Nafkah Batin semata-mata. Harus diingat tu yer.

Setakat ni, itu je yang dapat FH fikirkan. Siapa ada idea lain boleh tambah ruang komen. Amboi baca secara senyap je readers ni ye. Cuba la share sikit apa yang terlintas. Baru lah FH tak rasa macam syok sendiri cakap sorang-sorang je. Hehe.


Wallahua'lam..

Comments

  1. setuju dengan semua point. =) membuka minda. keep it up.

    ReplyDelete
  2. so... pasni... kalau agak2 kau merapu pasal jodoh ngan ak.. ak kena foward article ni ke camne? hehe always praying that u'll live happily ever after with someone u love.. inshaallah.. percaturan allah adalah yg terbaik.. hanya Dia yg tahu when, where and who will be the love of ur life.. bukan bab jodoh je.. semua benda.. kalau pergantungan kte dengan Allah kukuh.. inshaallah Allah akan balas dengan sebaik2 nya.. keep the positiveness ya! love u

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. aku tak sempurna. kau ingat aku mesin yg sentiasa zahir kan perkara positif ke? fine.. lepas ni taknak mengadu kat ko dah. =_=

      Delete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines