Posts

Showing posts from 2016

Martabat wanita yang telah berkahwin

Salam Readers, Seperti yang kalian tahu, FH masih bujang dan belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Bila kita diletakkan dalam situasi begini, FH berpeluang memerhatikan sikap manusia terhadap wanita bujang. Masyarakat Melayu kita ni, memandang tinggi kepada wanita yang telah berkahwin. Kalau dah kahwin, kira dia dah dianggap berjaya. Selagi masih bujang, itu dianggap satu masalah. Berkerut, menggeleng dan memberi respon, cerewet sangat kah memilih suami? Kadang-kadang FH rasa, adakah bila kita dah kahwin ni, kita naik taraf seperti para wali? Disaat lafaz akad nikah disaksikan 2 saksi dan para tetamu, seolah-olah tertutup sudah segala pintu dosa dan peluang maksiat. Hanya rahmat yang diberikan kepada insan berkahwin. Satu perkara lagi, seperti kalau dah kahwin tu, dah boleh mati dengan aman. Kenapa masyarakat penting kan semua itu? Alhamdulillah FH tidak pernah ditekan oleh keluarga untuk berkahwin. Mungkin sebab tiada pasangan lagi jadi FH terselamat di...

Kenangan menjadi Panel Rancangan Assalamualaikum TV Al Hijrah

Image
Salam Readers! FH dah lama tak menulis di sini akibat kesibukan dan komitmen lain. Ada readers yang tonton FH di TV Al Hijrah tak hari tu? Hari tu FH dijemput jadi salah seorang panel dalam rancangan Assalamualaikum, dah 1 bulan dah, pada 1 Oktober yang lepas. Agak nervous juga lah FH masa tu dah la produser tu whatsapp pukul 10.30 malam sebelum tu sebab last minute dia kena cari pengganti kepada panel lain yang sepatutnya hadir.  Mana ntah dia dapat nombor telefon FH. Jadi rezeki FH la dapat masuk TV. Hehe. Sebenarnya memang impian FH nak masuk TV pun. Tak malu kan FH mengaku yang selama ni berminat nak jadi pengacara rancangan tv. Tapi rupa tak ada. Bakat apa ntah lagi. Memang tak berpeluang dan tak ada keberanian lah nak rajin pergi ujibakat yang selalu diadakan tu.. Pernah sekali je pergi ujibakat rancangan, tapi tak berjaya. HAHAHA Ia satu kenangan manis dalam hidup FH yang akan dikenang sampai bila-bila. Malam tu juga bila FH dah pastikan yang whatsapp itu bukan...

Rasa

Aku melutut kepada kisah silam Yang lebih nyata daripada masa depan. Perihal perasaan yang masih tebal Mencucuk cucuk jiwa untuk berpatah kembali dari jendela Kerana fajar terlalu menyilaukan Lalu aku menyarung selimut hari semalam Setiap langkah ke hadapan Membawa kembali ke halaman itu Di hari aku kenal empunya nama Di hari aku sedar ku punya rasa Di hari aku letakkan hati di atas meja Di hari aku buka peti simpanan Di hari aku lontar dan simpan semula Halaman ku kini lusuh Kelabu. Hambar. Gemuruh Longlai Mengharap senja lekas betamu FH, kala ini.

Elhana dan Zakuan, Bab 6

Bab 6             “Aku nikahkan dikau dengan Elhana binti Zamri dengan maskahwinnya RM22.50 tunai.”             “Aku terima nikah Elhana binti Zamri dengan maskahwinnya RM22.50 tunai”                           Dua orang saksi mengangguk tanda lafaz itu sah. Jurunikah juga mengangguk tanda pernikahan itu sah dan selesai. Dia melarikan pandangan ke arah Elhana.             Terbit titisan airmata di hujung anakmata gadis itu yang cantik berpakaian serba putih pada hari ini. Putih itu lambang kesucian cinta mereka berdua. Biarpun menempuhi onak dan duri, mereka tetap mengharungi setiap ujian dengan tabah. Kini hidup baru bakal bermula setelah bergelar suami isteri.     ...

Cara-cara aktifkan penggunaan Kad ATM di luar negara menerusi Maybank2U (Step by step)

Image
Salam Readers! Memandangkan ramai juga yang cari bagaimana nak aktifkan penggunaan kad debit/ATM di luar negara, kali ni FH nak kongsikan bagaimana pengguna Maybank2U boleh aktifkan menerusi laman web tersebut. Hanya 5 langkah mudah. Easy peasy sahaja. Step 1: Log-in ke akaun anda. Kemudian akan terjumpa begini kan? Pilih Card Management seperti yang dibulatkan.   Step 2: Anda akan terjumpa skrin berikut. Pilih Overseas ATM Facility Step 3: Sila pilih mahu ACTIVATE atau DEACTIVATE. Kemudian click CONTINUE   Step 4: Masukkan tarikh anda akan berada di luar negara. Kemudian tekan Continue Step 5: Click Request for TAC. Tunggu nombor TAC dihantar ke telefon anda dan isi kan nombornya. Kemudian CONFIRM. Step 6: Ta-da! Sudah selesai. Cuma FH lagi gemar kalau kita aktifkan secara telefon. Jadi boleh lah tanya dekat Customer Service tu, bank apa yang kita boleh guna tanpa charge. Boleh rujuk entri tahun lepas ni: http://farahanani.blogspot.my/20...

Mengenali personaliti diri

Image
Salam readers! Nampaknya FH perlu tune semula otak ni kepada mode rajin. Walaupun selama berpuluh tahun ni, FH tak pernah kategori kan diri sebagai manusia rajin. Tapi kali ini kena juga siapkan proposal second draft. Semalam, kami di fakulti ada buat ujian personaliti. Baru FH tahu yang diri ini ialah Personaliti Dominan: SANGUINE. Personaliti kedua ialah: CHOLERIC Kami kena jawab 60 soalan yang seterusnya akan mendedahkan jenis personaliti kita mengikut:   THE FOUR TEMPERAMENTS   Readers yang nak cuba kenalpasti identiti diri boleh cuba test di sini>>>> http://personality-testing.info/tests/O4TS/ Bagi FH, ciri-ciri Sanguine ni memang 99% diri FH. Lepas tu ada la campur 50% Choleric dalam diri ini. Tak sabar pula nak buat satu lagi test esok dengan kaunselor. Bila dah berusia hampir 30 tahun ni, baru dapat define perangai sendiri.  p/s: Ilm Arts Festival bakal diadakan pada 22 Oktober ni. Siapa nak tahu apa itu Ilm Arts F...

Appreciation from the expert. Such an honour!

Image
Salam Readers, This is the same post I uploaded to both my FB: Farahanani Amir Hamzah and Instagram: farahanani33 Few weeks ago I received top 10 consolation prize for participating in "Peraduan Ulas Buku ITBM". This time I am at 4th place. It was my 5th year joining this competition and 4th time winning a consolation prize. Yes. I got top 10 in 2013, 2014, 2015 and 2016. Surely winning top 3 will be better, but, can I have the prize for consistency? LOL. I noticed that all 12 top 3 winners in the past 4 years are all male! Never in my observations any female reviews won top 3 places. I must continue writing reviews till I manage to break that record and win for the girls. (Fighting!) Big thanks to ITBM for a marvelous literacy journey. I never knew this scientific mind (read: me) can write something and contribute to the literature world in my own way (writing book reviews). Don't ask me to write anything other than that. I don't know....

Letters to Heaven

Dear, I screwed up again. But this time you are too far away beyond reach.  They don't get me. You too don't get me but at least you will listen to me and be my team. This time I dont have a team. Do you think I will always be alone in this journey? How crazy I am to ask you such questions. How can you be responsive as our priorities are different now. What matters to me no longer matters to you. You have your own battle now while I am still stranded on earth barely able to breath and think. I often trying to picture what will be your words if you are still around. What will you say to me when I have my insecurities and doubt. I miss you. More like.. I miss you when you were here. Breathing, listening and well functioning. Most of the days I am okay. But sometimes I am not. There is this little space in my heart which I reserve for you since the day you leave me. More and more,  I am accepting the fact that maybe, this is the battle which I need to fight without you....

Offline Treatment from Social Media Accounts

Salam readers! Remember last year when I went on hibernation period from Social Media? Yes actually I managed to do it for a few weeks and actually went on to not contacting certain person for 2 months. The extensive use of social media has taken certain tolls on me. I mean, why I need validation from strangers through likes and comments on my posts? Seriously. So now, I started again my social media treatment and un-install both FB and Instagram from my phone. Even though there are so many things I want to update to people who seems to 'care' about me, but this has to be done right at the peak of all my glory. I must do this hibernation period when too many things happening and will happen to me in the upcoming months. So the temptation will be bigger and making me harder to resist. Well I guess you'll see more posts from me from this medium (blogging). At least, I don't know who you are and it is the time for me to re-think who I am. Pray for me peeps. Mayb...

Elhana dan Zakuan, Bab 5

Bab 5             “I ada satu pengakuan”             Kata-kata Elhana itu membuatkan Ilhami berhenti menaip. Telefonnya diletakkan di atas meja dan perhatian diberikan sepenuhnya kepada gadis di hadapannya itu. Pasti ia sesuatu yang besar. Wajah Elhana nampak serius. Tak mungkin serius sangat. Dia menahan tawa.             “Hari tu, Zakuan jumpa I.”              Tawa Ilhami kendur. Dia menyandarkan bahunya ke kerusi, menyilangkan tangannya memeluk tubuh.             “Zakuan? Dia nak apa?”             “Berbual kosong. Tanya khabar, perkembangan diri”             Ilhami berkerut. Baga...