Monday, August 29, 2016

Cara-cara aktifkan penggunaan Kad ATM di luar negara menerusi Maybank2U (Step by step)

Salam Readers!

Memandangkan ramai juga yang cari bagaimana nak aktifkan penggunaan kad debit/ATM di luar negara, kali ni FH nak kongsikan bagaimana pengguna Maybank2U boleh aktifkan menerusi laman web tersebut.

Hanya 5 langkah mudah. Easy peasy sahaja.

Step 1: Log-in ke akaun anda. Kemudian akan terjumpa begini kan? Pilih Card Management seperti yang dibulatkan.

Step 2: Anda akan terjumpa skrin berikut. Pilih Overseas ATM Facility
Step 3: Sila pilih mahu ACTIVATE atau DEACTIVATE. Kemudian click CONTINUE
Step 4: Masukkan tarikh anda akan berada di luar negara. Kemudian tekan Continue


Step 5: Click Request for TAC. Tunggu nombor TAC dihantar ke telefon anda dan isi kan nombornya. Kemudian CONFIRM.



Step 6: Ta-da! Sudah selesai.


Cuma FH lagi gemar kalau kita aktifkan secara telefon. Jadi boleh lah tanya dekat Customer Service tu, bank apa yang kita boleh guna tanpa charge. Boleh rujuk entri tahun lepas ni:

http://farahanani.blogspot.my/2015/04/cara-cara-aktifkan-penggunaan-debit.html

Selamat mencuba! You're most welcome!

p/s: Tarikh itu hanya contoh. FH tidak ke mana-mana sehingga akhir tahun. Hehe.

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata yang lahir dari hati itu adalah milik anda.. dengan ilham daripada Allah untuk anda..