Harta Karun Lezato [Part 3]
“Orang yang suka mengutuk orang adalah manusia yang tidak bersyukur kepada Tuhan. Hidupnya tidak akan bahagia dan selalu ditimpa kesusahan.” Satu suara asing menyebabkan tawa mereka terhenti. Rossa menelan air liurnya. Orang itu betul. Jahat betul aku mengutuk Sultan sendiri.
“Apa yang dikau tahu, si pengemis? Barangkali dikau juga suka mengutuk orang dan terkena kutukan Tuhan.” Laju sahaja Beliza menempelak. Mereka berdua melihat pemuda yang berpakaian buruk dan compang camping itu. Badannya kelihatan tegap seperti selalu mengangkat benda-benda berat.
“Maafkan kawan saya.. Kadang-kala dia memang terlepas cakap.” Rossa meminta maaf bagi pihak Beliza.
Pemuda itu tersenyum sinis memandang mereka. Beliza tidak puas hati. “Tapi dia yang mulakan dahulu..” Rossa cuba meredakan. “Tak mengapa.. Mari Beliza, kita pergi lihat Ahli Nujum. Dikau suka berjumpa Ahli Nujum kan?”
Dia cuba beredar dari situ. Sebenarnya dia malu dengan perangainya sendiri yang telah mengutuk keadaan fizikal Sultan yang berbadan besar. Siapa tahu suatu hari nanti dia pun akan menjadi gemuk bila sudah tua.
Beliza tidak berkata apa lagi. Dia memang suka berjumpa Ahli Nujum. Nanti bolehlah dia bertanya bagaimanakah wajah bakal suaminya. Rossa senyum kecil kepada pemuda itu. Tanda memohon maaf. Pemuda itu mengangguk dan membalas senyuman Rossa.
Dia menepuk-nepuk baju berlubangnya yang terkena habuk berkilat daripada belon-belon yang pecah dipanah Sultan. Mungkin juga dahulunya dia juga suka mengutuk orang dan terkena sumpahan Tuhan. Dan kini dia terperangkap sebagai seorang pengemis muda yang hina dipandang orang.
Pertunjukan bunga api bermula. Para pahlawan memanah bunga api nan indah berwarna-warni ke langit Kota Silhouette dan mencerahkan pawana. Orang ramai terkesima dan bertepuk tangan setiap kali melihat sebutir bunga api memancar dan mulai membentuk pelbagai jenis rupa dan wajah.
farah!pandainya karang...best la wey, serius.cepat2 sambung
ReplyDelete