Harta Karun Lezato [Part 5]

“ Memang tabiat ente suka berfalsafah atau sengaja menarik perhatian daku?” Rossa sengaja memanggil pemuda itu dengan panggilan ente yang digunakan untuk lelaki asing.

Pemuda tidak segera lekas menjawab. Makanya Rossa mengambil keputusan untuk memerhatikan keadaan Pemuda. Nampak seperti naïf tapi tidaklah terlalu bodoh.

Barangkali dia sengaja untuk kelihatan bodoh untuk menarik simpati. Jemarinya kelihatan panjang seperti orang kelas atasan tapi dicemari dengan debu dan calar-balar akibat kerja keras. Sepatunya sebelah koyak dan melihatkan ibu jari kakinya dan dua lagi jari lain. Ehh?? Kuku kakinya biru?

“Memang tabiat enti untuk mentafsir orang asing atau sengaja menghukum daku di atas pakaian ku?” Pemuda menyoal.

Rossa jadi malu sendiri. Rupa-rupanya Pemuda juga memerhatikan anak matanya yang menatap tubuh Pemuda.

“Tapi ente belum jawab soalan saya lagi..?” Rossa membulatkan matanya sambil menongkat dagunya ke arah Pemuda. “Soalan bukan soalan dan jawapan bukan jawapan. Penafsiran terbaik adalah dari dalam mata hati kita sendiri.” Pemuda berfalsafah.

“Dan mata hanya memandang apa yang ingin dilihatnya. Juga telinga hanya memahami apa yang didengarinya..” Rossa menyambung.

“Itu benar juga. Barangkali kerana itu Tuhan memberi dua telinga dan dua mata. Jika hanya satu yang ada, pasti manusia seringkali tersalah tafsir.” Sambung Pemuda lagi.
Rossa mencari akal untuk membalas kata-kata hikmat itu. “Tapi bagaimana jika orang itu dilahirkan buta? Adakah orang buta seringkali tersalah tafsir?”

Tawa Pemuda berderai. “”Kerana itulah kita perlukan mata hati. Kerana mata hati manusia tidak pernah tersilap”. Dia mulai tertarik dengan kepetahan gadis ini. “Jadi orang yang tidak bijak menilai itu? Hatinya butalah?” Rossa cuba mendapat kepastian.
Akalnya sukar sedikit untuk memahami falsafah Pemuda kali ini.

“Iya. Barangkali benar kesimpulan enti. Nampaknya, Enti bukanlah bodoh sangat ya..” Ujar lembut Si Pemuda. “Opps… Bukan bodoh. Daku hanya lambat faham..” Rossa bersenda. Tawa Pemuda berderai kecil.

Beliza menuju ke arah mereka. “Rossa! Esok pagi sebelum perarakan kereta terbang, Sultan dan Sultanah akan mengumumkan gadis pilihan mereka!” beritahunya bersungguh-sungguh.

“Iyakah Beliza? Cepatnya mereka membuat keputusan. Tidakkah mereka takut tersalah pilih?” Rossa membuat andaian.

Beliza mengangguk. “Iya.. Tadi Datuk Bandar ada beritahu pada salah seorang Menteri. Kasihan Sultan dan Sultanah. Dahulu puteri mereka mati semasa kebakaran. Malang sekali kita tidak ada di sini esok untuk melihat gadis bertuah itu. Dikau bekerja esok kan?”

“Iya.. Baba minta daku kerja sebagai ganti aku tidak kerja pada hari ini. Semuanya kerana dikau yang meminta daku menjahit sapu tanganmu.” Rossa menyalahkan Beliza.

Beliza tersengih. Kemudian baru dia perasan kehadiran Pemuda. “Apa dia buat di sini?” soalnya laju lalu duduk di sebelah Rossa.

“Tak ada apa-apa. Kami hanya berbual..” Rossa senyum kepada Pemuda. “Hati-hati Rossa, Baba sudah ingatkan dikau tentang niat jahat orang asing kepada gadis-gadis muda.” Beliza mengingatkan.Matanya tajam menjeling ke arah Pemuda.

Pemuda hanya diam mendengar prasangka buruk Beliza kepadanya. Tidak seperti biasa, kali ini dia hanya diam mendengar Beliza membuat tohmahan. Beliza mengangkat keningnya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines