Aku Tak Tunggu Lagi

Dalam ramai-ramai orang yang aku kenal.. Ada seseorang yang membuat aku selalu tak keruan. AKu selalu risaukan keadaan dia. Selalu mengingati dia dalam setiap apa yang aku lakukan. Dah lama aku kawan dengan dia.. Memang sekadar kawan biasa. Tapi suatu hari aku sedar yang aku ingin kan lebih dari sebuah persahabatan biasa. Aku ingin menjadi orang yang terpenting dalam hidup dia selain ibu, ayah dan adik dia.

Tapi semua tu dah terlambat. Di saat aku sedar aku suka atau mungkin lebih dari suka kan dia.. DIa sebenarnya milik orang laen sejak bertahun dahulu.

Suatu hari.. Dia cerita yang hubungan dia hanya tinggal sejarah. Dalam hati aku terasa simpati dan sedih. Terasa macam aku yang kena tinggal dek kekasih. AKu macam boleh rasa kesedihan hati dan perasaan dia. Selepas itu kami jadi lebih rapat dari sebelumnya. Masa tu aku selalu berdoa yang dia akan segera pulih dari luka perpisahan dan mula kan hidup baru secepat mungkin.

Mungkin doa ku belum diterima Tuhan.. Makin lama kami makin renggang. Dia dah tak hiraukan aku lagi. Malahan layanan nya semakin menyakit kan hati. Aku meronta dan teros membentak di dalam hati. Tersilap langkah kah aku dalam menjalin persahabatan dengan nya? Dia tak pernah melihat aku sebagai girl friend material.

Ada seorang sahabat lama pernah berpesan: Kalau orang tak nak, jangan paksa. Aku macam tersentak dan terjaga dari lamunan. Kata-kata nya benar sekali. Selama ini aku bermimpi mencapai awan. Tapi sang angin selalu meniup awan itu pergi jauh dari aku.

Jadi buat apa aku tunggu lagi Awan itu? Aku sudah terluka. Terluka berulang-ulang kali. Aku sedang lemas dalam kepedihan hati sendiri. Kini aku dah buat keputusan. Aku tak mahu tunggu lagi Sang Awan.. Tak Ingin Tunggu Lagi..

Comments

  1. duka cinta tidak terubati kecuali dengan cinta juga.. mungkin masanya kau lepaskan dia jauuhhhh-jauhhhh..n bagi can kt org laen singgah kt hati ko tu.. :-)

    ReplyDelete
  2. huhu.. skrh dh lupa pn.. without any new love in the air.. aha..

    ReplyDelete
  3. singgah blog kak farah jap..pandai akak mengarang..i like~

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines