Senarai 5: Pesan Nenek (Pantang Larang Melayu)
Musim perayaan datang lagi.. Masa inilah sanak saudara berkumpul. Walaupun mungkin x semeriah sambutan Aidil Fitri.. Namun Aidil Adha tetap memberikan makna tersendiri pada setiap insan. Bagi yang pernah menunaikan ibadah haji.. Ketika inilah saatnya terbayang2 kan Kaabah melambai untuk menziarah kembali. Bagi yang selalu menyertai aktiviti melapah daging.. Inilah saat yang di tunggu untuk terlibat dalam sebuah acara bersejarah dan berdarah ini.. (serius.. mmg banyak darah..)
Dalam bertemu dengan sanak saudara yang lebih tua.. Tidak dapat tidak kita pasti akan terdengar soseh2 orang berusia mengenai ribuan pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu yang meramal pelbagai perkara pelik jika dilakukan.. Saya yang selalu cuba mencari fakta disebalik sebuah lagenda.. cuba merungkai apa sebenarnya tujuan mereka (atuk dan nenek) mereka segala pantang larang ini.
Pertama: Larangan kepada anak dara untuk duduk di tangga rumah.
Masa pertama kali dengar.. memang takut sebab nenek kata nanti lambat kahwin.. Bila besar baru saya sedar.. anak dara yang 'bersidai' menebeng muka di tangga itu amat lah kurang manis jika di lihat orang yang sedang melintas rumah.. Nanti di kata orang.. tayang muka dan terhegeh2 mencari jodoh.. Jadi haruslah semua anak dara menjadi anak dara pingitan yang hanya keluar rumah semasa pergi sekolah ataupun ketika mengambil daun serai di tepi rumah..
Kedua: Larangan menyanyi semasa memasak.
Ni sangat saintifik... Demi mengelakkan ahli keluarga yang akan makan makanan yang di masak daripada terkena virus dari air liur yang boleh menyebabkan sakit berjangkit. Umum mengetahui 'body fluid' daripada air liur boleh menjadi agen pembawa virus dalam badan orang yang sudah dijangkiti.. Justeru, Anak dara di tegah keras daripada menyanyi semasa memasak di dapur. Nanti akan kahwin dengan orang tua katanya.. Walaupun sebenarnya hendak mengelak daripada sebarang jangkitan dan pencemaran di dalam makanan yang disediakan..
Ketiga: Larangan memotong kuku semasa malam.
Betulkah harimau akan datang jika kita potong kuku masa malam?? Kat tengah bandar ni ada harimau ke? Sebenarnya harimau yang dimaksud kan adalah dari segi kecederaan yang mungkin berlaku jika memotong kuku di bawah cahaya yang tidak seterang cahaya matahari. Jika kita imbas semula, dahulu kala manusia belum di ilham kan oleh Allah untuk menghasilkan lampu elektrik. Oleh itu, perbuatan memotong kuku di dalam cahaya malam adalah tersangat bahaya dan boleh mendatangkan luka jika tersilap potong.
Keeempat: Larangan kaki di angkat tinggi semasa baring meniarap.
Anak dara yang pakai kain batik memang golongan yang paling terancam jika melakukan perbuatan yg agak menggiurkan ini. Jadi sejak kecil nenek menghalang dan mengatakan ibu akan meninggal dunia jika berbuat demikian.. Pada hemat saya bukanlah ibu akan meninggal secara literal tetapi ibaratnya menjatuhkan air muka ibu ayah kerana anak mereka berkelakuan tidak sopan dengan menayangkan betis dan tapak kaki kepada orang lain.
Kelima: Larangan menghabiskan tong beras sehingga kosong sebelum membeli yang baru.
Paling ekonomikal. Larangan ini menganjurkan tindakan yang terancang dalam berbelanja. Cuba bayangkan jika tong beras telah pun kosong dan kemudia barulah tergesa2 hendak membeli beras yang baru. Tindakan ini akan menyebabkan ahli keluarga terpaksa makan nasi di luar dan belanja nya tentulah lebih mahal daripada makan di luar. Ini juga akan menyebabkan ahli keluarga menjadi lapar demi menunggu beras yang baru dibeli di Giant atau Carrefour mahupun Tesco..
*Semua perkara adalah berlaku di atas kehendak ALLAH yang Esa. Jika sesuatu yang buruk berlaku.. tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai ujian daripada ALLAH kepada hambaNya.. Wallahua'lam.. ^__^

Saya tak percaya dengan pantang larang. Dan, nasib baik keluarga saya tak punya pantang larang turun-temurun.
ReplyDeleteSaya juga tak pernah percaya.. Sebab itu saya selalu cuba mencari kelogikan di sebalik setiap pantang larang yg wujud.. :)
ReplyDelete