Persandingan: Aku tertanya-tanya....

Waktu kecil.. Umi dan Abah selalu berpesan.. jangan utama kan adat.. Ibadat itu paling utama. Terutamanya dalam memulakan sesuatu pekerjaan atau amalan.

Setiap kali kami pergi majlis perkahwinan sesiapa pun, umi dan abah akan mengeluarkan skrip yang sama : "Jangan bersanding masa kau nak kahwin nanti. Bersanding ni adat orang Hindu.."

Jadi tak pernah tertanam dalam diri sewaktu majlis perkahwinan ku nanti akan wujud upacara bersanding. (memang berkesan sesi brain wash Umi & Abah ni..) Tapi semakin aku membesar.. dan melihat bermacam2 perkara. aku jadi tertanya2 sejauh mana kebenaran dan rasional di sebalik adat bersanding dan bermacam2 adat lain sewaktu majlis perkahwinan..

 “Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW. melihat banyak wanita dan anak-anak kembali dari suatu pesta perkahwinan. Lalu beliau berdiri lama-lama degan gembira, seraya berkata: “Hai Tuhan! Kamu ini semua adalah termasuk orang-orang yang paling saya cintai” (Hadis Riwayat Bukhari)

Aku bukan lah mahu menghentam sesiapa tapi beberapa perkara dalam kehidupan kita mungkin kita dapat perhalusi demi menghindari sebarang unsur2 yg berkaitan dgn zaman silam nenek moyang semasa mereka masih belum memeluk Islam.

Apa hukum bersanding sebenarnya???? 
Sedara mara aku ramai cakap: Alah.. kalo tak bersanding.. x meriah la kawen ko..
Tapi hampir 90 peratus anak kawan2 Umi & Abah ku yg dah kahwin x buat pun sanding dan tetap meriah majlis mereka.

Apakah definisi perkahwinan yang meriah? Adakah dengan menayang wajah pengantin dan ada upacara tabur menabur.. menepung tawar.. menjadi suatu ukuran kemeriahan sesuatu majlis? Dan apa kepuasan yang pengantin dapat dengan menjadi bahan tayangan umum?? Nak orang puji si pengantin perempuan yang lawa ke??? atau nak tayang suami yang segak?? Kalau itu alasan nya aku memang tak akan bersanding.. Walaupun begitu aku tetap sanggup jadi tukang kipas pengantin yg kepanasan di atas pelamin a.k.a Pengapit.

Kat sini ada penjelasan yang lebih lanjut untuk adat persandingan dan adat2 perkahwinan yang lain  >>>>SANDING<<<< juga di sini >>>>TENTANGKAHWIN<<<<<

Aku juga mengharapkan perkahwinan yang meriah.. Meriah pada ertinya semua tetamu rasa seronok datang majlis tu dan bukan hanya datang untuk makan. ( Aha... spesis tetamu macam ni boleh outlisted dari majlis aku). Jadi tak boleh ke kita lari dari kebiasaan majlis perkahwinan Melayu yang tipikal dan wujudkan sesuatu yang lebih Islamik dalam salah satu upacara penting dalam kehidupan kita??

Dalam kubur pun bukannya Malaikat tanya kita kaum apa.. Melayu/India/China/Jawa/Minangkabau/Banjar.. Tapi kita akan ditanya apa Agama kita... Sudah Islam kah kita sepenuhnya???

Jadi kaum2 Nabi Muhammad di luar sana.. Sudah bersedia kah meninggalkan amalan kuno nenek moyang kita?? Marilah kita mula kan 'Masjid' kita dengan sesuatu yang suci dan murni yang di berkati Allah biarpun tidak redhai manusia kerna sedikit lari daripada kebiasaan...
Wallahua'lam..

Comments

  1. abah kata:
    nanti korang kahwin abah buat pentas je.
    hahahahha

    ReplyDelete
  2. hahaha... pentas utk band.. boleyy.. aku nak jemput Al-Gebra.. aha.. perlu ke??

    ReplyDelete
  3. sy pun xnk bersanding..cm malu je..lg pun musybahah kn..ish2

    ReplyDelete
  4. huhu.. yes Shaz dear..
    agak meragukan.. tp xkan lah kita nak cakap kt smua org yg berhajat bersanding n teros jatuh kan hukum bersanding tu haram..

    so we just stick to our opinion.. n harap Allah guide us to the right path.. ^__^

    ReplyDelete
  5. Orang kita memang pentingkan adat lebih daripada agama bukan? Tak bersanding, tak ada cacat-celanya majlis. Tetap meriah. Yang penting barakah.

    Ermmm...tuan rumah mahu berkahwinkah?;p

    ReplyDelete
  6. ye betol wahai Pei Pan..

    urm.. siapa yg x mahu berkahwin??

    tapi bukan sekarang..

    saya menunggu Sunan dtg menjelma..
    kalau Sunan x dtg.. keturunannya Dani pn saya sanggup...

    ^___^

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas artikel ini...saya memang 'tak minat' akan majlis perkahwinan yang pleik-pelik sangat.heheh

    ReplyDelete
  8. sama2 Fid.. :)

    marilah kita sama2 merasional kan pemikiran.

    huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines