Kenapa Astro First Bagus??

Astro: Making T. Ananda Krishnan's life richer



Bertambah lagi satu produk baru dari Astro. Astro First  yg bagi kemudahan kpd pelanggan Astro tengok movie Melayu dari rumah selepas 2 minggu keluar kat panggung.

Ngeh..

Masa pelancaran aku tgk David Teo, Norman KRU, dan produser filem yg lain tersengih lebar dgn org2 kuat Astro. Bak kata diorg, 5% je penonton filem Melayu yg tgk movie kat panggung wayang gambar. Jadi kemudahan ni Astro sediakan utk membantu produser meluaskan pasaran kpd penonton di rumah pula.

Aku ok je..  Tapi lepas beberapa hari meletup pula kisah Erma Fatima yg tak setuju dgn Astro First sbb katanya akan membunuh industri perfileman tempatan. What?? In what way?

I dont think so Mdm Erma.. Sebab kalau kajian yg 5% tu tepat dan jitu, maksud nya lagi 95% penonton yg tak pergi cinema dan tunggu keluar kat tv masa raya itu lah pembunuh filem Melayu tempatan.

Aku tak rajin pergi cinema pun. Seumur hidup aku ada la kot dalam 5 kali. Tu pn separuh dari tu member belanja. Haha.

Jadi from my POV, I think Astro First could bring a lot of goodness. Instead of murder.

#1 Berita baik kepada bapak2 yang tak izinkan anak dara sunti nya keluar rumah demi tengok cinema

Yeahh!! Ini aku baru sedar tadi bila Abah tetibe dalam 2-3 hari ni excited nak pilih mana satu movie dari Astro First. Of course la kami pilih Damping Malam coz Ngangkung kami da tengok last 3 weeks. Dan pastinya bukan Aku Masih Dara yg tajuknya menggelikan itu. So we all ada masa 48 jam utk hadam segala skrip dlm Damping Malam selepas tempoh pembelian bermula tengah hari tadi.

Abah memang x berapa gemar kami ke movie. Tempat nya syubahah. Ntah duduk dgn sape ntah dalam tu even pergi dgn Umi dan adek2 yg lain. Jadi Astro First bagi alasan yg kukuh kepada Abah utk halang kami keluar. Lagipun kat rumah mmg ada HBO dan Cinemax dan StarMovie. Jadi no excuse la nak tengok movie kt cinema lepas ni. Ngahahahaha


#2 Melekat kat rumah, beli pop corn, duduk atas couch dgn hubby. Ouhh.. Sangat romantik!

Haha.. Cuma aku x pasti cerita Melayu mana yg akan mewujudkan mood romantik itu. Lain lah kalau Pretty Woman atau P.S. I Love You. Tapi here's my point. Better spend your time kat rumah dari keluar dan terdedah dengan segala bahaya dunia di luar rumah. Of course kat rumah pn boleh kena macam2 bahaya. Tapi bukan kah agak seronok stay di rumah kita dan melakukan aktiviti jerit2 dan menyorok2 bila tgk citer seram bersama pasangan which of course tak boleh nak lebih2 kalau pegi tgk kat Movie?? Hoho..

#3 Senang student2 nak buat projek


Aaa? Dont get me wrong. Maksud aku student2 yang nak buat kajian kes ke atas filem.. Tak perlu la tonton movie berkali di pawagam. Boleh stay up or buat study group di mana2 rumah member yg ada Astro, langgan Astro First dan boleh aa hafal segala scene yg ada dalam movie tu. Kan ke jimat duet tu.. satu movie baru RM15.. berbanding kalo kena tengok kt cinema. Jadi duet yg tak guna tu boleh simpan utk prepaid or apa2 sahaja keperluan asas yang lain ..

Hah... 3 cukup. Aku da ngantuk. Esok kerja.. Papehal enjoy dulu commercial ini, dua je yg pasti, aku suka mamat chubby yg jd hero dan Fasha Sandha nampak gemok dlm ini. Hahahaha



"I am not a dark person and I don't consider myself dark"    (Tim Burton)

Comments

  1. ya...i totally agree with 'abah'
    hahahah...sebab x baek kalo anak dara lepak luar lama2..walaupun nk jalan2 ngan membe...heheheh...
    kat umh lg bes..boleh baring2..

    sweet post entry

    ReplyDelete
  2. ::Ayip::

    huhuhuhu... Pak Uda ko la tuh.. *__*

    ReplyDelete
  3. ::Faer::

    Rm15 for non stop tayangan tanpa iklan selama 48 jam. ko rasa? Murah ke mahal?

    ReplyDelete
  4. hurm...macam murah. Langgan time nak tengok je la kan?

    ReplyDelete
  5. ::Faer::

    Yup. Dia effective for 48 hours.

    cth nye ko beli hari ni.. so selama 48 jam ko dpt buka channel tu dan tgk movie itu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines