Bila kita rasa bijak dan bimbo pada masa yang sama
Salam readers!
OMG, Why am I writing a post on a lovely and amazing Saturday night? This is because I have something to share with all of you.
Oppsss... Bukan.. Belum lagi. Bukan pasal FH nak kahwin.
LOL
Siang tadi FH berpeluang menghadiri mesyuarat yang disertai oleh orang-orang penting dalam bidang Dietetik dari universiti seluruh Malaysia.
Can you believe that?
FH seorang dietitian yang baru je bekerja berpeluang join meeting dengan orang-orang hebat tu semua. Tapi FH cuba jadi normal dan tak rasa macam jumpa superstar sangat.
Walaupun YES.
They are superstar in Dietetics in Malaysia.
Well.... kenapa feeling awesome sangat ni? Ia adalah kerana dalam mesyuarat tadi FH telah mencadangkan satu cadangan yang sangat disukai oleh pengerusi mesyuarat tadi.
Seriously.
FH tak dapat nak cakap sekarang tapi basically cadangan FH tu sedikit sebanyak mempengaruhi jugalah apa yang akan dilaksanakan pada masa hadapan.
Tiba-tiba kan... FH rasa macam telah menyumbang sesuatu kepada negara.
I am exaggerating. But it is. Hopefully akan dilaksanakan untuk generasi Dietitian yang akan datang.
Please say Ameeen now. Ameeen....
Kemudian, bila FH pergi Setapak Central sekejap (kenapa Setapak Central? Sebab orang Setapak, kan? So pergi la Setapak Central. LOL) Bagi yang belum tahu, Setapak Central ialah nama baru bagi KL Festival City. Jangan tanya kenapa pemaju tukar nama. Misterius sungguh lah niat mereka itu. Mungkin nak meletakkan nama Setapak dalam peta Google. LOL
FH terus jadi bimbo.
Yaaaaa.... FH jadi bimbo sebab ada ke patut masa tekan tiket parking tu, masa nak masuk parking tu, FH pergi tekan dekat butang intercom.
HAHAHAHAHAHAHA
Pastu pelik kenapa lah tiket tak keluar juga.
Pastu kenapa benda tu keluar suara orang?
So FH tekan lagi sekali.
Dengar orang jerit: Yerrrrrr
Laaaaaa baru FH sedar yang dah tertekan butang intercom dua kali.
HAHAHAHAHAHAHAHA
Allah kan.. memang ada cara untuk bagi hamba Nya tak jadi riak sangat dan perasan bagus. Bila dah mula nak disemai biji benih riak tu, Allah terus tunjuk yang manusia ni tak sempurna.
Kena se das peringatan dari Tuhan straight dari langit. Astaghfirullahalazim!
FH memang tak sempurna.
Jadi FH nak cari lelaki yang tak sempurna juga supaya nanti kami sama-sama cuba jadi sempurna.
EH???
Kenapa cakap pasal benda lain pula ni?
Orait. See you guys till next sengal moment.
Only Allah can do that. Making you feel wise and..... (a little bit of) bimbo on the very same day!
Wallahua'lam
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...