Harga Diri
Salam Readers!
Bagaimanakah hari anda? Ini entri personal dan bebelan di malam hari. Entri panjang jadi tak digalakkan teruskan pembacaan. Membuang masa anda sahaja.
Percaya tak kalau FH cakap yang sekarang ni I feel quite happy if I get to post something on this blog. Well, dalam keadaan yang single dan tiada sebarang komitmen selain daripada kerja hakiki dan kerja sampingan, FH rasa agak empty dan rasa macam perlu lakukan sesuatu. Kelakar kan?
Padahal, banyak je perkara yg FH buat setiap hari tapi tetap rasa macam kena buat sesuatu untuk melawan rasa empty tu. FH nak tanya sikit la dekat Readers, pernah tak rasa macam tak dihargai atau disayangi?
Ye betul, of course la ahli keluarga kita sayang kita. Ummi Abah FH tu, selalu nak tau pergerakan anak2. Walaupun sekarang ni FH dah berumur 28 tahun tapi mereka masih anggap yg mereka perlu jaga danambil tahu di mana FH berada. Kecuali la of course semasa hari kerja dah tentu lah FH ada dekat Office.
Dari dulu kan, entah mengapa perasaan harga diri ni selalu dikaitkan dengan 'approval' daripada masyarakat. Human is a social being. Social acceptance is considered as equal to self esteem. FH membesar dengan tanggapan yang FH kena buat semua orang suka kita. Tapi FH salah.
Ingat lagi, masa masuk Tingkatan 4 dekat SMKAKS, FH ialah seorang budak baru yang nak disukai oleh budak lama. Jadi masa diorang suruh FH masuk pertandingan lumba lari 4x400m, FH setuju walaupun sebenarnya FH tak mampu buat. Pada hari kejadian, masa sukan tu, FH pengsan. Almost pengsan. Buat malu je kan?
Punya la FH berusaha untuk buat orang suka dekat FH. Lastly, memalukan diri sendiri je.
Bila membesar, i mean, bila usia meningkat, perlahan lahan FH sedar hakikat yang kita patut sayangi diri sendiri dan hargai diri sendiri. Tak perlu heran dengan approval manusia lain melainkan Allah.
Tapi kan, ada sesuatu lah yg FH nak cakap dekat sini. Sebenarnya FH rasa agak low esteem dengan kemampuan diri. Ya.
Seorang gadis yang penuh keyakinan ini, memang ada rasa kekurangan. Disebalik watak seorang FH ini, ada rasa empty.
Dari kecil kan, FH tahu yang FH takkan digemari manusia ataupun dipuja kerana kecantikan. Wajah FH ni biasa2 je tak macam perempuan di luar sana. Jadi FH penuhi diri sendiri dengan bermacam pengetahuan.
FH baca banyak sangat buku supaya takde lah rasa awkward sangat dengan dunia. Itulah pemikiran FH, target supaya dapat at least berbual dengan manusia bila FH tahu banyak perkara. Tapi kan, Allah tunjuk juga dekat FH yang kadang2 rupa paras manusia itu memang akan menang dikalangan manusia.
Ada sekali tu FH buat satu design yang sebenarnya diarahkan kepada satu perempuan cun ni. Dah dia buat kerja lembab sangat So FH tolonglah dia. Kelakarnya, yang dipuji melangit ialah perempuan cun tu sebab bos ingat dia yang buat. Padahal design tu design simple je.
Seumur hidup FH la, tak pernah lagi dengar orang puji melangit macam tu. FH suspek bos tu memang mudah cair dengan perempuan cun.
Bila usia meningkat ni juga, FH kejar juga pengetahuan. Berbanding rakan2 yang mula sibuk dengan urusan rumahtangga. Sampai satu masa, FH rasa macam benda ni sia-sia.
Sampai bila FH ni macam ni? Kerja nya asyik membaca membaca membaca. Something wrong ni sebab sampai sekarang takde orang ajak FH kahwin. Kelakar kan? Kadang2 FH ni bengong juga dan bimbo. Sebab ada perasaan yg diri ini tak laku. Astaghfirullah memang lah berdosa fikir macam tu.
Tapi hidup ini macam ni lah. FH ni manusia normal. Bukanlah orang yang sentiasa fikir positif dan hanya akan cerita benda happy je dekat blog sebab hidup FH ni tak perfect.
Mesti BFF FH marah sebab tulis macam ni. Bukan senang tau nak sentiasa berfikiran positif 24 jam. Manusia ni terlalu dambakan rasa bahagia sampaikan kalau ada manusia yang bersedih tu macam berdosa pula.
Macam la kalau perasaan sedih tu datang, petanda kita tak bersyukur. Salah ke kalau sekali sekala kita meratapi hidup yang masih single dan tak bersuami? Hehe.
Satu lagi kan, FH rasa hairan dan amazing la kalau satu hari nanti FH kahwin. Lelaki yang nak kahwin dengan FH tu mesti ada something wrong sikit sebab sanggup terima diri ini. Seriously, FH ni ada banyak kekurangan. Tak tahu lah apa kelebihan yang ada.
So nampak tak konflik jiwa yang sedang melanda ini?
Jadi di mana letaknya harga diri kita sebenarnya? Adakah kita bahagia dengan diri kita sekarang atau kita mengharap kebahagiaan itu datang disebabkan orang lain?
Orang yang paling tidak faham permasalahan ini ialah orang yang dah berkahwin. Tapi orang yang single, mungkin ada yang faham, ada yang tak faham juga.
Hurm.. Ok lah dah rasa lega sikit dah. Readers jangan jadi macam FH yer. Everyone is awesome in their own way. I believe in that. Cuma biasalah, kita kan akan jadi pengkritik dan musuh utama kepada diri sendiri.
I know I shouldn't feel this way. But it is my bad habit to acknowledge my feeling and be real about it. FH tak reti nak sorok. Lagipun bukan tengah cerita pasal orang lain, pasal diri sendiri je pun. Hehe.
Jadi apa nak kena buat sekarang? Tapi lepas ni FH akan gila busy dengan banyak benda lagi. Jadi lama lagi kot benda mengada ada ni rasa balik.
Siapa yang baca sampai habis tu, terima kasih sebab sanggup bazirkan masa untuk baca luahan hati FH. Doakan FH tabah melawan hasutan syaitan ini.
Jadi single ni ujian, dah kahwin nanti pun ujian. Mungkin lah kot....
Wallahua'lam.

Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...