Pekerjaan Impian FH

Salam Readers!

Why I love Weddings?

Kalau readers perasan, FH ada tulis dekat bahagian atas sebelah kanan blog ni yang pekerjaan impian FH ialah menjadi seorang Perancang Perkahwinan.

Yer sekarang ni memanglah FH bekerja sebagai seorang Pegawai Dietetik cum Clinical Instruktor di UiTM. Ia adalah pekerjaan yang serius giler sebab berdepan dengan hidup mati patient dan juga masa depan pelajar-pelajar FH. Sumpah ini tak boleh di bawa main-main.

Not something you can really have fun. Unlike events and weddings. 

Silat tak pernah lapuk dek usia. Wedding Dr Abdul Rahman dan Ezlin
Lokasi: Kampung Puah, Kuala Lumpur (Basically depan rumah FH)

Sebab tu kadang-kadang FH lupa pasal impian tu dan kenapa itulah impian FH. Bila FH lihat atau terbaca di internet mengenai kisah cinta pasangan yang berkahwin dan melihat impian mereka untuk berkahwin, ataupun paparan kemanisan percintaan kawan-kawan FH, barulah FH teringat balik dekat pekerjaan impian yang sangat lah diidami itu.

Terlalu banyak perasaan yang tak dapat digambarkan bila kita sebut pasal majlis perkahwinan ini. Tapi tema utama ialah cinta. Bila tengok pasangan yang disatukan tu, FH pula yang rasa terharu dan tahan airmata. Ni baru FH yg jadi penonton. Apatah lagi sang pengantin berdua tu.

Kelakarnya, bila tanya apa perasaan pengantin, majoriti cakap; "Tak rasa apa-apa"

LOL.

Selain daripada tema cinta, majlis perkahwinan juga ada banyak tema sampingan lain contohnya drama, kisah kemasyarakatan dan juga kasih sayang. 

Wedding Izyan Farhana dan Hairi
Lokasi: UIA Gombak
 
Readers ingat kalau orang rewang tu tak ada rasa persaudaraan sesama Islam, dia sanggup ke bertahan di dapur untuk mengupas bawang dan tanak nasi?

Sebab tu lah kalau dekat kawasan kampung, kalau kita ni jenis tak tunjuk muka tolong kenduri orang, nanti kenduri anak kita orang taknak tolong. Yaa... soal membalas budi itu juga jadi tema dalam majlis perkahwinan. Tema ini juga tidak hanya wujud dalam perkahwinan di kampung. Kalau di bandar pun sama juga, Masyarakat kita ni tetap sama.

Satu lagi yang FH perhatikan majlis perkahwinan juga ibarat pertunjukan fesyen. Masa ni lah kita nak pakai cantik-cantik walaupun kita tahu sebenarnya orang datang nak tengok pengantin. Tapi sebagai cara meraikan pengantin, ada yang sanggup beli baju baru dan ikut warna tema pilihan keluarga pengantin. Sebenarnya itulah simbol kasih sayang yang tidak dinyatakan menerusi kata-kata.

  
Makcik makcik yang paling bergaya setiap kali kenduri terutama Mak Anjang.
Dari kiri: Mak Uda Zaleha, Mak Usu Timah (Ummi FH), Mak Anjang Lijah, Makcik Hanim 

Apa yang drama dalam majlis perkahwinan? Jarang sikit la kita dengar orang bergaduh masa majlis kenduri. Tapi behind the scene tu, Masya Allah. Mesti ada juga pertelingkahan idea dan pendapat yang sebenarnya masing-masing berniat nak menjayakan majlis. Setakat ni FH terlibat secara langsung dengan banyak majlis kahwin. Percayalah sebagai pengantin, banyak drama yang akan terjadi. Jadi anda harus banyak bersabar.

Kadang-kadang drama tu terjadi bukan kerana pertembungan idea. Tapi kes seperti kelewatan katering, mak andam bertegas nak pasang bulu mata palsu dekat pengantin, kek pengantin terlanggar, ataupun makanan tak cukup.

Satu lagi yang seronok mengenai majlis kahwin ialah makanan.

FH suka kenduri kahwin yang tuan rumah tak lokek berbelanja lebih untuk memastikan makanan yang sedap dinikmati oleh tetamu. Tak semestinya kena menu yang banyak, yang basic pun cukup. Kadang-kadang kesian juga kalau pihak yang memasak tu sediakan makanan yang kurang rasa. Maunya 10 tahun katering tu kena ban dengan tuan rumah dan tetamu.

Setiap kenduri kahwin juga menggambarkan adat unik masyarakat setempat. Meh FH bagi contoh ringkas bagi majlis kenduri yang FH pernah pergi.

1) Kenduri masyarakat Jawa. Lokasi: Tanjung Karang, Selangor

Pengantin perempuan dan lelaki akan melemparkan gula-gula ke arah tetamu yang dah bersedia nak sambut. Kebanyakannya kanak-kanak tapi FH tak sangka ada juga makcik yang join sekali. Comel je tengok.

2) Kenduri di Kelantan. Lokasi: Tanah Merah, Kelantan

Orang Kelantan ni, sesetengahnya mereka tak buat canopy untuk tetamu yang datang. Sangat ringkas. Hanya hidangkan buffet dan tetamu makan di dalam rumah atau mana-mana kerusi yang kosong. Ada juga yang hidangkan makanan dalam talam yang dah siap dicedok ke dalam pinggan lauk. Sangat tradisi. 

Kenduri Syamimi dan Zhafran.
Perkenalan dari sekolah rendah tak sangka hingga ke jinjang pelamin


3) Kenduri orang Johor. Lokasi: Johor

TOL. Pengapit pengantin lelaki tu standby la berpuluh keping duit angpau untuk diberi kepada makcik-makcik yang jadi tollgate girl. Habis dikepung satu pelamin tu sampai lah semua puas hati. Paling mahal mestilah Mak Andam yang tutup muka pengantin. Disebabkan Ummi FH orang Batu Pahat, kemungkinan besar Adat Tol ni akan dibuat masa kenduri FH. 

Tengoklah aksi pembayar duit tol ni. Wedding Rehan dan Hashim
Lokasi: Batu Pahat, Johor

Satu lagi bagi orang Johor, ada Keluarga Sakinah sewaktu Majlis Akad Nikah. Ada skrip yang pastinya mengundang airmata kepada pengantin. Ia umpama ucapan penyerahan amanah daripada ibu bapa pengantin perempuan kepada si pengantin lelaki. FH tak pernah dengar betul-betul tapi menurut Ummi FH yang dramatik itu, momen Keluarga Sakinah ni memang bikin tangis.

4) Kenduri orang Kedah. Lokasi: Kedah

Apa lagi features wajib masa kenduri dekat Kedah?? Mestilah Laksa Kedah. Setakat ni semua kenduri yang FH pergi dekat Kedah mesti ada Laksa Kedah. Haish.... Tergoda sungguh dengan kesedapan Laksa Kedah yang dihidangkan tu. Adat lain yang unik setakat ni tak pernah jumpa lagi.

5) Kenduri orang Melayu Sarawak. Lokasi: Sarawak

Ini menurut cerita rakan. Betulkan kalau ada fakta yang silap. Kenduri dekat sana bermula seawal 10 pagi. Jadi menjelang tengahari, semua orang kampung dah siap makan. 

Itulah yang setakat FH tahu. Exposure FH kepada perkahwinan di Malaysia ni takdelah banyak sangat. Adat semasa majlis itu yang buat tambah perisa kepada majlis perkahwinan yang dah sedia penuh drama. Selagi adat itu tidak melanggar ibadat dan tidak melibatkan perkara syirik, FH rasa tiada salahnya. Tapi jika ada keraguan, sila lah merujuk kepada yang pakar.

Perbelanjaan semasa majlis kahwin haruslah bertemakan ukur baju di badan sendiri. Nak buat sesuatu tu asalkan jangan sampai berhutang besar. Seperti kata-kata yang FH pernah terjumpa dekat mana ntah.

"Kalau ada rasa nak bercerai tu, ingat balik kepenatan orang rewang masa majlis kau"

Gelak besar.

Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines