Tempat wajib pergi di Kota Kinabalu dan kawasan sekitar
Salam Readers!
:::::::: DISCLAIMER: ENTRI INI TERLALU BANYAK GAMBAR. TERLALU BANYAK::::::::::
Pernah tak FH cerita pasal trip FH ke Kota Kinabalu? Atau orang kita suka sebut nama singkatan sebagai KK?
Sebenarnya setakat ni FH dah dua kali pergi KK. Hehe. Sebabnya BFF FH yang dari umur 3 tahun tu iaitu Maisarah, tinggal dan kerja di sana sejak dia kahwin. Lepas tu, BFF FH lagi sorang nama Niza pun kerja dekat KK juga sekarang.
Hurmm... Perlu kah FH merancang trip kali ke tiga ke sana?
Yang pastinya FH akui, sangat suka kan KK (selain sebab dua orang buah hati ada kat sana), ialah kerana bagi FH, KK ialah satu lokasi pelancongan yang cukup versatil.
Nak gunung? Ada Gunung Kinabalu.
Nak pantai? Ada Pulau Manukan.
Nak Shopping? Ada Pasar Filipina dan Tamu.
Nak Makan? Ada seafood heaven.
OMG. Memang seronok la KK ni bagi FH. Pelancongan FH dekat sana biasa-biasa je. Cuti bajet yang takde lah mewah pun. Tapi cukup lah untuk menikmati dan melihat tempat yang patut kita lawat di sana.
Meh FH cerita satu persatu pasal tempat kat sana daripada kacamata seorang pelancong seperti FH ni.
#1 Kundasang Highland
Hahaha. Gah sangat nama tu. Tapi kenapa tidak? Walaupun fungsi dia adalah kaki Gunung Kinabalu, tapi Kundasang ada tarikan tersendiri yang buat FH suka sangat tidur di sana.
Jika Readers bukan seorang hikers sekalipun, rajinkan lah diri melawat Kundasang. Ada deretan gerai menjual sayur segar yang sedia di makan. Lepas tu ada pula sayur yang tak pernah jumpa di Semenanjung. Lagi lah FH suka.
Yang uniknya, masa FH pergi gerai tu, ada nampak penjual tu hidupkan api. Ingat kan untuk masak. Rupa-rupanya untuk panaskan badan. Haaa.. Itu buktinya yang suhu dekat Kundasang memang sejuk. Tak tipu.
Sakan FH membeli sayur dan buah. |
Pekedai sedang memanaskan badan dengan api |
Lagi satu, dekat Kundasang lah adanya tempat yang digelar New Zealand Malaysia. Desa Dairy Farm yang menempatkan banyak lembu. Berapa banyak tu tak pastilah. Selain lembu, ada juga kambing. Pastu kita boleh rasa pengalaman bagi minum susu dekat anak-anak kambing tu.
Perkara wajib buat di Kundasang:
1. Tangkap gambar dengan background Gunung Kinabalu. Carilah Spot dan kalau cuaca baik, nampak Puncak gunung dengan jelas. Boleh lah bergambar sambil menyanyi lagu:
Tinggi- tinggi Gunung Kinabalu
................(tak hafal lirik dia)
................ Hati saya rindu.
Rezeki dapat background puncak gunung |
2) Makan aiskrim susu kambing dekat Desa Dairy Farm
My BFF, Maisarah |
4) Rasa kepak ayam yang dibakar tanpa kipas. Sebab angin kuat dan segar, jadi memang tak perlu kipas untuk hidupkan bara.
5) Kalau boleh menginap di hotel/Chalet yang bila buka tingkap je nampak Mountain view. Tapi bagi FH, J Residence tempat FH tidur pun dah cukup wow dah.
Untuk tempahan boleh klik di Laman Web: J Residence
Di sekitar Kundasang juga ada Ranau, Poring Hot Spring. Tapi FH belum sampai ke sana lagi.
#2 Tamu, Gaya Street
#3 Island Hopping ke Pulau Manukan dan kawasan sekitar.
Kan FH kata, percutian bajet. So apa yg FH buat ialah ambil pakej paling murah ke Manukan dan mandi sampai puas di sana. Hehe. FH ni bukan suka pun mandi laut, tapi mandi kat sana tak rasa renyah pun. Tengahari kan patutnya panas, tapi air dia sejuk jer.
Masa inilah entah kenapa ntah FH sanggup pergi ikut satu lelaki ni ke tengah laut sket semata-mata nak tengok coral. Gila betul. Si Maisarah pula tanak ikut sebab dia takut mandi tempat dalam tanpa suami dia. LOL. Tapi Best la dapat tengok coral free je tanpa kena bayar upah. Apa ntah yang FH fikir masa tu. Nasib baik tak jadi apa-apa. Alhamdulillah.. Rupanya lelaki yang FH ikut itu ialah Lifeguard yang off duty.
Masa inilah entah kenapa ntah FH sanggup pergi ikut satu lelaki ni ke tengah laut sket semata-mata nak tengok coral. Gila betul. Si Maisarah pula tanak ikut sebab dia takut mandi tempat dalam tanpa suami dia. LOL. Tapi Best la dapat tengok coral free je tanpa kena bayar upah. Apa ntah yang FH fikir masa tu. Nasib baik tak jadi apa-apa. Alhamdulillah.. Rupanya lelaki yang FH ikut itu ialah Lifeguard yang off duty.
#4 Makan Seafood
Adoi. Susah lah nak cakap. Yang penting nya terlalu banyak pilihan untuk makan seafood dekat kawasan tepi Pasar Filipina tu. Murah pun murah. Cuma kena pandai pilih kedai je. Kalau kita selalu pergi, baru kita tahu. Tapi jadi macam FH, ikut gerak hati je.
Sempat jumpa universiti-mate: Dari kiri GeoAllen, Qilah, dan Hanif suami Qilah
#5 Shopping souvenir di Pasar Filipina
Souvenirs yang common ialah ikan bilis, Ikan kering, rumpai laut, kuih cincin. Semua murah. FH selalu beli dekat kedai yang Maisarah beli je sebab dia kenal penjual tu. Tapi tengok barang-barang dia lebih kurang je semua cuma kena pandai tawar menawar.
Yanti dan Hidayah sibuk memilih ikan bilis.
Souvenirs yang menjadi kesukaan FH ialah............. MUTIARA!
Gosh! Rambang mata nak pilih yang mana. Pergi KK, wajib beli mutiara. Nak beli dekat Jamilah Jewellery ke, dekat pasar ke, semua terpulang. Cuma mengikut apa yg FH tahu, JJ tu supplier kepada semua pekedai dalam pasar tu. Tapi masuk JJ tu rasa macam masuk kedai mewah walaupun harga dia takde la mahal sangat. Tapi bila pergi pasar, pekedai tu boleh custom made ikut design mana yang kita suka. Jadi rasa macam ada personal touch. Tapi brooch besar elok beli dekat Jamilah.
#6 Tip of Borneo, Simpang Mengayau, Kudat
Ini memang rare. Kita kena drive dalam dua jam untuk sampai Kudat. Perjalanan dia memang berbaloi sebab kita akan melalui satu lagi sisi berbeza Sabah. Kali ini kawasan desa siap ada sawah padi sekali. Cuba bayangkan sawah padi pastu latar belakangnya Gunung Kinabalu.
Rasa macam lukisan kita masa kelas Pendidikan Seni sekolah rendah tak? Hehehe. Satu lagi, berbaloi sebab Tip of Borneo tu, tempatnya amatlah cantik. Breathtaking view. FH suspect di situlah tempat penggambaran iklan Salem Cool Planet yang famous zaman 90-an dulu tu. Hihi.
Itulah 6 tempat yang wajib pergi kalau ke Sabah di bahagian KK. Betul tak hujah FH yang KK ialah destinasi percutian yang versatil? Kan? Kan?
Ada satu lagi tempat yang takde lah wajib sangat sebab kena bayar RM10 untuk masuk dalam. FH tak rasa berbaloi sangat sebab tak boleh tangkap gambar kat dalam dia. Boo!
#7 Rumah Terbalik
Bila ada masa, nanti rancanglah datang ke KK. Tak lengkap la kehidupan rakyat Malaysia kalau tak ke ibu negeri Sabah Di Bawah Bayu ni.. ;)
Dah lah, FH nak tidur. Sambil mimpi tengah bercuti dekat Kundasang.
Daaaaa! Good Night!
Wassalam.
Rumah Terbalik tu tepi kampung aje. Heheheh ☺
ReplyDeleteOh ye ke Natagach. Hehehe. Saya pergi sekali je dah cukup dah.
Delete