Tolong orang untuk bantu diri sendiri

Salam Readers!

OMG, how is your Deepavali Holiday? Walaupun FH tak sambut Deepavali tapi somehow FH rasa seronok sebab masa ni la stesen radio pasang lagu Hindustan. Walaupun kebanyakan lagu tu bukan lah tema Deepavali, yang banyaknya lagu cinta dari filem, tak tau la the significance kan. Hehe. Tapi tetap best.

Best la sebab membayangkan hero filem tu menyanyi. Cuba bayangkan penyanyi sebenar yang buat performance? Alka Yagnik dan Udit Narayanan. Terus hilang feel. LOL.

Okay. Kenapa tajuk entri tu macam tu ek? Kenapa kita tolong orang untuk bantu diri sendiri? Macam tak logik je kenyataan di atas. Kejap FH repeat. Baca lagi sekali.

TOLONG ORANG UNTUK BANTU DIRI SENDIRI

HELP PEOPLE TO HELP YOUR SELF

Basically, inilah rumusan yang FH dapat selepas beberapa kali menyertai program secara sukarela. Yes. Sukarela atau yang orang selalu guna, volunteers.

Bila kita buat perkara secara sukarela, sebenarnya kita adalah tangan yang memberi. Pernah kan dengar ungkapan "Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima"? Ungkapan tu benar sekali. Lepas kita beri sesuatu kepada orang, kita rasa lebih baik sebenarnya selagi kita rasa ikhlas.

Harus readers faham sesuatu ye. Pemberian tu tidak semestinya berbentuk wang ringgit, harta ataupun baju-baju preloved. Duit paling mudah orang nak bagi. Tapi kan, paling susah ialah masa sebab masa itu sangat berharga. Padahal, masa dan tenaga juga boleh dibelanjakan kepada orang yang memerlukan. Mari FH bagi contoh untuk beberapa projek yang pernah FH sertai.

1) Projek Iqra
http://anarm.net/blog/img/2013/12/projek-iqra.jpg 

Projek Iqra ni dah lama dah FH nak join (sejak 2013) lagi, sebab sangat tertarik dengan konsep mereka yang beri tuisyen percuma kepada golongan yang memerlukan. Dalam seminggu, para sukarelawan akan meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam bersama adik-adik yang terpilih untuk belajar sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. 

Akhirnya baru-baru ni, FH dapat juga join mereka masa FH duduk di Kuantan. Bila hari Ahad yang FH free je, FH akan pergi Casa Harapan untuk join program mereka. Ada la juga hati tu tersangkut kat sorang budak ni nama Muaz. Tak ingat la umur dia berapa tapi FH memang suka dengan budak tembam ni. Muaz ni dah la tembam, nakal pula tu. Tapi dia mampu je selesaikan kerja. Tak dapat nak bayangkan kepuasan bila dapat membantu adik-adik tu belajar. Bukan senang tau mengajar budak rupanya. Kalau students FH dekat UiTM tu boleh lah dimarah kalau degil sangat. Tapi ni budak sekolah rendah takkan nak pegang rotan kot. Somehow, FH dapat merasai macam mana kehidupan seorang guru sekolah rendah, sekali seminggu.

Selain daripada tuisyen percuma, masa hari raya, Projek Iqra juga ada buat program Shopping Raya. Masa tahun 2014, FH join untuk Madrasah Hashimiah di Selayang. Dia ialah sekolah untuk pelarian Rohingya. Agak mencabar juga sebab kena komunikasi kan masa pilih baju raya tu. Teruji jugalah kesabaran FH masa tu.

2) Mercy Mission World

Mercy Mission (MM) ni ada beberapa projek yang FH terlibat. Ada 2 conferences, Twins of Faith dan Being Muslimah Empowered (BeingME). Setiap beberapa bulan ada kursus hujung minggu yang dinamakan Al-Kauthar Courses.

Bila FH join program mereka, FH hanya akan buat satu jenis kerja sahaja iaitu Project Manager for Catering Zone. Hehe. Well, bila kita nak buat kerja sukarela, mestilah kita buat perkara yang kita tahu je kan. Jadi untuk memudahkan FH sendiri yang dah ada kehidupan sebagai seorang Pegawai Dietetik, FH pilih hanya untuk buat Catering. Setakat ni sejak 2013, FH tak berniat lagi nak benda lain dan taknak keluar dari çomfort zone.

Mula-mula tu agak mencabar juga la sebab kena in-charge makanan  untuk VIP, Speakers dan Volunteers. Too many drama. Perlahan-lahan FH belajar dengan Sister Shazia untuk meningkatkan prestasi. Alhamdulillah sekarang ni FH dah ada sedikit pengetahuan dalam selok-belok pengurusan catering dalam skala besar.

https://i.ytimg.com/i/I8A_gm-23pF6TOXCMekczg/mq1.jpg?v=5228e051 https://www.alkauthar.org/img/template/alkauthar-inner-image.png  https://pbs.twimg.com/profile_images/521685464902680576/9MDlWptJ_400x400.jpeg

3) Ilm Arts Festival

Sama macam MM, FH pun in-charge untuk catering juga masa IAF. Dah la ramai orang dan kali ni venue ialah di Stadium Malawati Shah Alam. Can you imagine how tough is that? Alhamdulillah ia berjalan lancar dengan minor problems. Masa preparation ni tetiba kan ada orang approach FH dan sarankan FH join event management company. Like seriously, macam mana dengan students FH yang perlukan FH untuk membimbing mereka sewaktu latihan klinikal? Jadi FH kena betul-betul pertimbangkan kalau nak join company tu.

 http://gowhere.my/wp-content/uploads/2015/07/ILM-ARTS-FESTIVAL-2015-2.jpg  

Point FH di sini ialah, memberi bantuan ialah self-help kerana ia ibarat suatu terapi. Bila kita membantu, melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan, tanpa mengetahui apakah yang kita akan dapat, itu membuat kita rasa lega. Somehow, we feel good.

Weird. But it is the truth.

Pensyarah FH masa di UPM, namanya kami panggil Pak Ngah ada bercerita tentang 'Rantaian Pertolongan'.

Rantaian Pertolongan ni ialah, bila kita diberi pertolongan, lebih tinggi kemungkinan untuk kita membantu orang lain. Macam bila motor kita pancit tayarnya, lepas tu ada rider lain yang berhenti tolong kita. Besar kemungkinan, bila kita nampak ada rider lain yang tersadai sebab motor pancit, kita kan berhenti dan bantu dia.

Efeknya berterusan. Human nature, barangkali.

Jadi, readers kena ingat. 

Bila tolong orang yang memerlukan bantuan, kalian sebenarnya membantu diri sendiri. Apa juga balasan yang kita dapat, itu semua kuasa Tuhan untuk membalasnya. Bukan hak penerima budi yang kena balas. Tapi hak Tuhan.

Macam mana nak beri bantuan tu, kalau buntu idea boleh tengok macam mana Kindness.my buat ataupun Syed Azmi. Mereka sangat kreatif dalam memikirkan cara membantu golongan yang memerlukan kita.

Di luar sana, banyak NGO yang bukan sahaja perlukan wang ringgit sebagai penggerak, tapi tenaga dan masa kita, golongan belia. Selagi ada kudrat, kerja dan tugas hakiki dah selesai, bantulah mereka.

Wallahua'lam

Wassalam & Good Night

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines