Posts

Showing posts from April, 2016

Trip Sehari ke De-Militiarized Zone (DMZ), Korea

Image
Salam Readers! Bagaimanakah minggu anda? Hari ni selepas genap setahun FH ke Seoul, akhirnya baru ada peluang dan pemikiran untuk kongsi cerita mengenai  LAWATAN SEHARI KE DMZ, SEMPADAN KOREA UTARA DAN SELATAN Mesti tak ramai tahu apakah Demilitiarized Zone ni kan? Almaklumlah kalau cakap pasal lawatan ke Korea ni mesti ramai target Everland la, Nami Island la. Jadi pada trip kami bertiga tahun lepas, kawan-kawan dan FH buat keputusan untuk cuba sesuatu yang lain daripada yang biasa orang buat. Kami memang bukan peminat taman tema, jerit-jerit takut naik roller coster itu semua. Jadi kami dapat tahu ada satu tempat menarik yang tak ada kat tempat lain di dunia iaitu DMZ. Oleh itu kami ambil pakej lawatan sehari yang dijumpai menerusi carian google. Apakah itu DMZ? Berdasarkan sumber Wikipedia, DMZ ini ialah sekeping tanah yang merentasi sempadan antara Korea Utara dan Korea Selatan. Macam dalam gambar bawah ni, boleh nampak kan kedudukan DMZ ini di mana? C...

Elhana dan Zakuan, Bab 4

Bab 4             Setahun berlalu pantas. Elhana berjaya menyelesaikan pelajaran dan kini dia menanti hari konvokesyen. Sementara itu dia ligat mengedarkan resume ke syarikat pilihan untuk mencari pekerjaan. Lagipun majlis konvokesyen hanya akan berlangsung 6 bulan lagi. Sedikit pun dia tidak biarkan perihal peribadi mengganggu plan pengajiannya. Dia berjaya menyimpan kemas bab Zakuan di dalam lipatan kenangan dan tidak berniat untuk membukanya lagi sama sekali.              Salah sebuah syarikat yang dipohon menerusi jobstreet memanggilnya untuk temuduga.             “Tell us what is your strength and weakness?”             Wajah penemuduga dipandang tepat bagi menzahirkan keyakinan. Antara tips temuduga yang berjaya ialah selindungkan rasa gemuruh ...

Elhana dan Zakuan, Bab 3

Bab 3             Mengah pula larian hari ini. Ini bukan kali pertama dia pusing Bukit Ekspo dan menggunakan laluan belakang dari kolejnya. Tapi entah mengapa badannya penat sekali. Mungkin sebab tidak cukup tidur malam semalam.             “Awak seorang je ke ni?”             Terkejut Elhana.             “Awak ni stalker saya ke? Kenapa selalu tiba-tiba ada?” Zakuan tersengih sambil menghulurkan air 100 plus dan disambutnya dengan senang hati sebab air tu macam baru keluar peti ais.             “Selama ni tak. Tapi sejak minggu lepas, ya. Sejak saya tahu awak ada di UPM” Jawapan itu walaupun tersangat poyo tapi Elhana senang hati mendengarnya.        ...