Elhana dan Zakuan, Bab 1
Salam readers!
Ini adalah projek hujung minggu FH. Tulis novel percintaan remaja. Naskhah ni dah lama FH tulis sejak sekolah menengah cuma telah diperbaharui mengikut gaya penulisan semasa. Naskhah ini sangat cliche mengenai dua pasang kekasih yang bercinta. Idea datang sekali sekala menerusi mimpi. Ya, memang asalnya FH mula tulis kisah ini bila FH bermimpi mengenai watak utamanya Zakuan. Macam dah tahu dah ending bila tengok tajuk, tapi cinta memang cliche kan? Jangan teruskan pembacaan melainkan anda benar-benar ada masa untuk membaca. Hehe.
Ini adalah projek hujung minggu FH. Tulis novel percintaan remaja. Naskhah ni dah lama FH tulis sejak sekolah menengah cuma telah diperbaharui mengikut gaya penulisan semasa. Naskhah ini sangat cliche mengenai dua pasang kekasih yang bercinta. Idea datang sekali sekala menerusi mimpi. Ya, memang asalnya FH mula tulis kisah ini bila FH bermimpi mengenai watak utamanya Zakuan. Macam dah tahu dah ending bila tengok tajuk, tapi cinta memang cliche kan? Jangan teruskan pembacaan melainkan anda benar-benar ada masa untuk membaca. Hehe.
Bab 1
Hatinya
berdebar. Sekolah baru tak mungkin lah teruk sangat. Dia cuba menenangkan diri
sendiri. Keadaan persekitaran sekolah nampak tenang sewaktu kereta yang dipandu
ayahnya memasuki perkarangan sekolah. Mesti semua pelajar dah ada dalam kelas
semula selepas waktu rehat tamat. Dia pada mulanya tak mahu pindah sekolah tapi
keadaan memaksa. Ikutkan dia hanya mahu habiskan tingkatan 5 di sekolah
lamanya. Tapi ibunya lebih memerlukan dia berada di rumah sepanjang dua tahun
ini kerana ayahnya akan bertugas di Tokyo jadi dia perlu menemani ibunya.
Dia
mahu menangis sahaja tapi apakan daya. Hidup perlu diteruskan dan apabila dia
diperkenalkan kepada rakan sekelasnya dan guru kelas, dia percaya dia mampu
untuk bertahan di tempat baru ini tanpa sebarang masalah.
“Kau
budak baru?”
Berderau
darahnya ditegur begitu. Kakinya berhenti melangkah dan mengangkat muka. Ada
dua orang pelajar lelaki berjalan disebelahnya. Seorang hanya diam sahaja tapi
yang menegurnya tadi masih menunggu jawapan.
“Ya”.
Jawabnya pendek.
“Macam
tu kami kena bawa kau pergi jumpa cikgu”.
Dia
cuba mencari akal. Dia tahu pelajar itu sengaja mahu mengusiknya. Bukan itu kah
perkara biasa yang perlu dihadapi pelajar baru. Usikan pelajar lama ataupun
senior.
“No
thanks. Semalam lagi saya dah mula masuk kelas saya.” Elhana cuba meneruskan
langkahnya. Lagipun waktu rehat hampir tamat. Dia taknak jadi orang terakhir
masuk kelas. Baru dua hari di sekolah dah buat hal.
“Siapa
nama kau?” Pelajar pertama tadi masih belum berpuas hati. Rakannya masih diam
tanpa berkata apa-apa. Mereka sedang menghalang jalannya kini.
Matanya
memandang tepat ke arah pelajar itu. Geram pula rasa hatinya.
“Elhana.
Kau?”
Pelajar
lelaki itu berderai ketawa. “Kau? Selamba je kau panggil kau. Aku Abang Ilhami.
Yang ni, kawan aku kau kena panggil Abang Zakuan” Sambil memegang bahu rakan
disebelahnya. Dia tersenyum sedikit.
“Oh..
Maaf. Saya tak tahu. Sekarang boleh saya balik kelas?” Dia malas melayan.
Kepalanya masih serabut dengan perihal sekolah baru ini. Perkara terakhir yang
dia perlukan ialah sebarang masalah dengan pelajar lain.
“Dengan
maaf je tak boleh lepas. Kau kena buat sesuatu dulu”. Ilhami masih tidak
berganjak nampaknya. Elhana perlu pantas memikirkan jalan keluar.
“Tapi…saya….
Eh, Cikgu Anwar!” Elhana menunjuk ke arah belakang pelajar lelaki berdua itu. Mereka
menoleh. Masing-masing tahu yang waktu rehat dah tamat jadi semua pelajar tidak
sepatutnya berada di luar kelas. Sudah kebiasaannya Cikgu Anwar sebagai guru
disiplin untuk meronda bagi memastikan tiada siapa yang masih berlegar-legar di
kawasan yang tidak sepatutnya.
Sebaik
sahaja dia terlepas pandang daripada pandangan mereka berdua, cepat-cepat
Elhana membuka langkah seribu dan berlari pergi meninggalkan mereka. Tak sempat
mereka menahannya sebaik sahaja mereka sedari tiada Cikgu Anwar pun di belakang
mereka sebenarnya. Harapnya mereka akan melupakan kejadian tadi dan tidak lagi mengacau
Elhana. Biarlah dia aman sahaja meneruskan pembelajaran tanpa gangguan. Walaubagaimanapun,
sedikit pun dia tidak tahu bahawa kedua pelajar itu, Ilhami dan Zakuan bakal
memainkan peranan penting dalam kehidupannya selepas ini.
Hari
Sukan Sekolah. Elhana hanya jadi pemerhati sahaja. Bukan dia tidak aktif
ataupun tidak gemar bersukan. Cuma dia memilih begitu kerana sudah puas aktif
sebelum ini. Mungkin tingkatan 4 ini ialah tahun berehat daripada sebarang
aktiviti kesukanan dan kecergasan. Dia terhibur sendiri melihat keletah pelajar
lain yang bersungguh-sungguh cuba memenangi acara masing-masing. Aktiviti kegemarannya
ialah lontar cakera dan lari 4 x 400 meter. Dia gemar lari jarak jauh
berbanding pecut 100 meter yang memerlukan ketangkasan badan.
“Tak
join ke? Tak minat?”
Elhana
tidak kenal suara yang datang dari belah kanan itu. Dia mengerling untuk
mengenalpasti empunya suara.
“Zakuan
kan?”
Fotografik
memori yang dimilki membolehkan dia mengenali lelaki tersebut. Zakuan
tersenyum. Baru Elhana perasan betapa manisnya senyuman Zakuan yang berlesung
pipit di kedua belah pipi. Walaupun Ilhami lebih segak dari segi keseluruhan
rupa paras, Zakuan nampak lebih manis dan sopan. Ditangannya memegang botol air
100 plus.
“Tak
sangka awak ingat saya. Macam mana sekolah baru?”
Elhana
sedikit canggung. Zakuan hendak memulakan perbualan dengannya dan ini bukanlah
sesuatu yang dia biasa lakukan dengan mana-mana lelaki. Zakuan mengambil tempat
di sebelahnya sambil melemparkan pandangan ke arah padang yang dipenuhi pelajar
lain.
“Awak
tak masuk pertandingan ke?” Elhana mengelak menjadikan dirinya topik perbualan.
Zakuan
menggeleng. “Tak boleh. Belum sembuh” Sambil menunjuk ke kakinya yang berbalut
di buku lali dan tumit. Elhana diam. Dia tidak tahu hendak respon bagaimana.
Adakah itu kekecewaan atau kelegaan yang terlahir daripada mulut Zakuan.
“Kalau
tidak masuk sukan apa?” soal Elhana. Nafas nya rasa tersekat sekarang. Entah
keluar atau tidak suaranya bila bertanyakan soalan itu.
“Lompat
kijang.” Zakuan kelihatan selesa duduk di situ berdua dengannya. Lelaki itu
bersandar ke ke bangku.
Perbualan
mereka berlarutan beberapa minit. Barulah Elhana tahu sebenarnya Zakuan dan
Ilhami ialah pelajar tingkatan 6 atas. Padanlah mereka nampak sedikit matang
berbanding pelajar lain. Dari perbualan yang singkat itu juga Elhana mengetahui
yang Zakuan anak yatim piatu yang tinggal bersama keluarga Ilhami. Mereka
berjiran sejak kecil jadi keluarga Ilhami menjaga Zakuan selepas ibu bapanya meninggal
dunia dalam kebakaran rumah mereka beberapa tahun lepas.
Elhana
juga sedar sesuatu bahawa ia tidaklah teruk sangat untuk berbual dengan lelaki.
Selama ini dia bersekolah di sekolah all-girl school dan sememangnya situasi
begitu amat asing baginya. Boleh dikatakan Zakuan ialah lelaki pertama yang
berbual dengannya seperti itu. Persepsi nya terhadap situasi itu telah berubah
sama sekali.
Hari-hari
yang mendatang dilalui dengan harapan bahawa dia akan mempunyai peluang sekali
lagi untuk terserempak dengan Zakuan walaupun hanya seminit untuk bertanya
khabar. Dia tidak tahu bagaimana hendak mencari Zakuan dan cara untuk
menghubunginya. Lagipun jika dia hendak telefon Zakuan, sudah tentu lah dia
perlu menelefon rumah Ilhami dan itu bukan lah sesuatu yang dia selesa untuk
lakukan.
Ilhami
ialah seorang yang kasar dan melulu. Sudah beberapa kali dia ternampak Ilhami
membuli pelajar junior dengan bermacam-macam kaedah seksaan. Peribadinya
bukanlah sesuatu yang Elhana gemari dan sikapnya yang angkuh buat Elhana
cepat-cepat mengelak jika ternampak Ilhami sedang berjalan di kawasan
berhampiran.
Dia
tidak faham mengapa manusia sanggup menganiaya manusia lain. Sikap belas
kasihan tidak wujud bagi seorang insan yang bernama Ilhami. Walaupun bila
disebut namanya kedengaran lembut sekali. Susuk badannya yang tegap buat dia
nampak macam gangster. Cukup kontra dengan Zakuan yang penuh senyuman dan tidak
bersuara. Sehinggalah pada suatu hari Elhana mengenali sisi Ilhami yang
berbeza.
Petang
itu ibu lambat sedikit menjemputnya. Jadi Elhana hanya duduk di surau sekolah
yang mempunyai penghawa dingin. Jadi tidaklah panas sangat menunggu ibu yang
akan datang pada jam 5 petang. Tiba-tiba sahaja dia mendengar suara yang amat
dikenali dan ditakutinya.
“Meow!
Meow! Meh datang sini dekat sikit dengan aku”
Elhana
mengintai di balik tingkap ruang solat perempuan ke kawasan belakang surau.
Kelihatan susuk tubuh lelaki sedang menunduk nunduk dan membelai sesuatu.
Elhana yakin dan pasti itu adalah Ilhami berdasarkan gaya lipatan lengan
bajunya. Tapi dia perlukan pengesahan. Jadi dia membuka sedikit tingkap.
Jelas
sekali. Lelaki itu ialah Ilhami! Dia sedang memberi makan beberapa ekor kucing
yang sememangnya berkeliaran di kawasan sekolah. Elhana menahan tawa. Tidak
sangka Ilhami seorang pencinta kucing. Ada anak kucing yang mesra dengannya dan
memanjat badannya.
“Eh
jangan la panjat. Kuku tajam lah!” jerit kecil Ilhami bila diperlakukan
sebegitu. Dia harus mengawal suaranya kerana tidak mahu sesiapa menyedari
perbuatannya di situ. Habislah rosak imej pembuli yang diusahakannya selama
ini.
Elhana
rasa geli hati melihatkan gelagat Ilhami dengan kucing-kucing itu. Tanpa dia
sedari dia telah tertolak sedikit kaca tingkap dan membuatkan sekeping kaca
terjatuh dan pecah. Bunyi yang kuat itu membuatkan Ilhami dan kucing-kucing itu
terkejut. Baru dia sedar dia diperhatikan. Lekas-lekas dia bingkas bangun untuk
mengetahui siapa.
Tapi
bila mengetahui tingkap yang pecah itu ialah dari tingkap kawasan solat
perempuan, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Takkan lah dia hendak masuk ke
kawasan itu walaupun jiwanya berang kerana perbuatannya dilihat orang lain.
Walau siapa pun dia. Kini rahsianya telah terbongkar dan dia perlu memastikan
orang itu senyap dan tidak buka mulut selama-lamanya.
Jantungnya
berdegup laju. Dia menunduk dan rapat ke dinding agar Ilhami tidak dapat
melihatnya. Matilah dia kali ini! Sekali dulu dia berjaya melepaskan diri tapi
takkan lah nasib baiknya akan berulang sekali lagi. Dia hanya duduk dan
akhirnya tertidur selepas beberapa ketika berada dalam keadaan ketakutan.
Telefon
berbunyi. Ibu nampaknya telah sampai. Elhana terjaga dari lenanya dan
mengemaskan barang-barangnya. Dia sudah lupa peristiwa dia menjatuhkan kaca
tingkap itu tadi dan segera bergegas ke pagar sekolah. Dia tak mahu Ibu tunggu
dia di sana terlalu lama. Selalunya dia akan bersedia 15 minit lebih awal dari
waktu yang dijanjikan ibu tapi kali ini dia tertidur jadi dia rasa bersalah.
“Oh
kau rupanya!”
Berderau
darahnya. Ini kali kedua dia berperasaan begitu. Langkahnya terhenti bila
mendengar suara garau itu yang datang dari belakang. Elhana tidak mahu menoleh.
Dia rasa hendak terkencing di situ juga. Tangannya menggeletar. Ilhami datang
berhadapan dengannya.
“Kau
intai aku kan tadi?!”
“Err..
Tak.. Ya..” Elhana tergagap-gagap. Muka Ilhami bengis sekali. Ayahnya pun tidak
pernah kelihatan marah begitu sekali. Cuaknya keadaan ini. Dia tidak dapat
merasakan tanah yang sedang dipijaknya.
“Baik
kau diam dan tak kecoh pasal apa yang kau nampak. Kalau tidak aku bagitahu
Ustaz Farhan kau yang pecahkan kaca tingkap tu!” Ugut Ilhami.
Elhana
mengangguk kecil. Seluruh badannya menggeletar ketakutan. Selepas berpuas hati
dengan respon Elhana, dia berpusing dan meninggalkan Elhana sendirian di situ.
Semasa dia berpusing beg nya terkena badan Elhana dan membuatkan dia hampir
terjatuh. Yang jatuh ialah buku dan beg yang sedang dipegang Elhana. Mungkin
dia sengaja atau pun tidak. Tapi dia tidak berpaling kembali untuk melihat
barang-barang Elhana yang bertaburan di atas tanah.
Kurang
ajar! Jerit Elhana di dalam hati.
Malam
itu, Ibu memanggilnya kerana terdapat panggilan telefon buatnya. Kawan sekolah
kata ibu. Pelik juga kerana dia tidak mempunyai kawan yang rapat di sekolah
itu. Tidak pernah pula dia memberi no telefon kepada sesiapa.
“Hello?”
suara Elhana kehairanan menyambut panggilan telefon itu.
“Assalamualaikum”
suara itu membalas.
Elhana
tersenyum sendirian. Dia kenal benar suara itu dan itulah yang dinantikannya
sepanjang beberapa bulan ini. Mendengar sekali lagi suara Zakuan membuatkan
segala masalah yang dihadapinya hilang dan hanya ketenangan yang hadir dalam
hatinya kini.
“Awak
okey?” Bila Zakuan bertanya begitu hatinya berbunga-bunga. Zakuan tahu ke yang
dia baru sahaja bertembung dengan masalah siang tadi?
“Saya
nampak semua yang berlaku. Jadi saya call nak tahu keadaan awak. Teruk awak
kena dengan Ilhami tadi” Betapa prihatin nya pemilik suara itu.
Elhana
menerangkan bahawa dia baik sahaja dan Zakuan tidak perlu terlalu risau.
Tindakan Zakuan itu amat menyentuh hati Elhana. Rupanya selama ini Zakuan
memang menyimpan no telefonnya. Zakuan berkerja sambilan membantu kerani
sekolah pada hujung minggu dan dia mengambil kesempatan itu untuk mencari no
telefon rumah Elhana dalam fail pelajar sekolah. Tindakan yang salah dan manis
dalam masa yang sama.
“Baiklah
selamat malam. Malam ni jangan dapat nightmare pula” pesan Zakuan. Elhana laju menafikan.
Mungkin dia akan dapat mimpi indah malam ini. Harapnya. Tapi dia tidak
memberitahu apa dalam fikirannya itu. Dia membalas ucapan selamat malam dan
meletakkan gagang telefon. Ini adalah perkara terbaik yang berlaku dalam
hidupnya sepanjang semester ini. Esok bermula cuti sekolah pertengahan tahun
dan dia positif hidupnya akan lebih baik sebaik sahaja sekolah dibuka semula.
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...